View: 3023|Reply: 25
|
[Politik]
Tular audio komplot menjatuhkan Najib, dimasukkan ke penjara
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 26-11-2022 12:30 AM
Susulan tular rakaman audio yang ditular dalam akaun Facebook Datuk Seri Najib Razak, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad membuat laporan polis bagi mengenal pasti dalang yang membocorkan rakaman tersebut.
Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu dalam rakaman audio tular tersebut didakwa merancang strategi politik untuk menjatuhkan Najib sehingga dimasukkan ke penjara.
“Saya terkejut dan kecewa dengan penyebaran audio berkenaan yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan bekas Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.
“Penularan audio palsu itu merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik. Tindakan itu juga membuktikan usaha berterusan untuk memusnahkan reputasi saya sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri kesembilan,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Laporan polis dibuat Syed Mohd Fazmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini berhubung rakaman itu.
“Saya berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan ini,” katanya lagi.
Terdahulu, tular audio didakwa membabitkan Fazmi dan Mohd Salim yang dikatakan mahu menjatuhkan Najib dengan memastikannya dimasukkan ke dalam penjara.
Susulan itu, pengendali akaun Facebook Najib meminta individu terbabit tampil membuat penjelasan.
Untuk rekod, Najib dijatuhkan hukuman penjara pada Ogos lalu selepas didapati bersalah pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Transkrip penuh rakaman audio tular:
Salim: Ya
Syed Fazmi: Kita kena bunuh kredibiliti Bossku, boss
Salim: Ya
Salim: Memang la apa pun dia kena masuk dulu… Syed, kalau lepas dia bukan apa dia nak jadi PM.
Syed Razmi: Hemm… memang la.
Salim: Tak boleh. Dia sebenarnya dia ada RM114 juta… dia boleh main beli orang… Yang ni pun Jamal cerita kat aku. Jamal Pak Tongkol… Aku pergi itu hari kat Sungai Besar… aku jumpa dia, borak dekat dia punya ni water, water park dia… aku borak lama dia bagi aku bilik… so tidur la, aku tidur la… aa apa ni kan… jadi dia bercerita benda tu, dulu kan jeneral dia tu… dan ingat, menang Johor ni bukan semata-mata kita ya… TMJ pun main peranan… TMJ panggil ketua polis Johor… saya ingat tiga kali dia panggil.
Syed Fazmi: Yes
Salim: Hamzah tak boleh masuk… Hamzah masuk habis.
https://www.agendadaily.com/politik/setpol-ismail-sabri-dikaitkan-dalam-rakaman-audio-jatuhkan-najib-buat-laporan-polis/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Plan nak keluorkan Bijan dari jel lattew.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam2…bijan baru check in kalau bijan check out sapa lak nak check in? |
|
|
|
|
|
|
|
tu diaa... geng2 politik main game tak habis2
bola world cup pun 4 tahun sekali... tapi diorg punya game ni setiap detik setiap saat setiap waktu berterusan tak habih2 |
|
|
|
|
|
|
|
siap petik jamaika eh, tp aku tak rasa la bosskurap tu dipitenah cuma dicepatkan je kena humban |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 25-11-2022 09:32 PM
Tula td iols dengar gak kat fb najib tu yg nak gelak tu boleh lak dia panggil jamal tu sama je mcm netizen panggil iaitu jamal pak tongkol
Pastu mcm sengaja je sebut berulang2 siap petik nama putera raja jamaica lak tu
Btw kenapa skrg baru muncul semua audio nih ye? |
|
|
|
|
|
|
|
ahjib jibby ah gor
|
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 25-11-2022 08:27 PM
siap petik jamaika eh, tp aku tak rasa la bosskurap tu dipitenah cuma dicepatkan je kena humban
bosskurap. LOLLLL iols pon rasa xdifitnah tp mungkin ini plan nak masukkan dia ke dalam jail je. ok je kan asalkan memang dia buat salah. |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnya daripada audioni wak jahid xde duit kantong umno lah? yang pegang jibby dengan holy water h20?
lobakman pun ada sound h20 kt tele rk
rasanya cerita dalaman ni kemaruk dan rashiman lg pandai kurang cerdik lah tiada duit pg bubar parlimen. cerdik betul wak tempe |
|
|
|
|
|
|
|
sebab umno dah split beberapa kem. dan kem2 utama tengah gabung dengan bang non mesti ada sebab audio ni keluar sekarang. atau ni perangkap untuk gulingkan bang non?
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 25-11-2022 10:30 PM
sebab umno dah split beberapa kem. dan kem2 utama tengah gabung dengan bang non mesti ada ...
Panda....if anwar loses the confidence votes this 19th....will he lose his premiership status and new piyem be appointed?
Can you please check? |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 25-11-2022 10:30 PM
sebab umno dah split beberapa kem. dan kem2 utama tengah gabung dengan bang non mesti ada ...
Gitulaaah.. muaknya rasa dgn politik negara kita nih
Agong pun mesti dah bosan nak hadap, masa langkah sheraton tu pun dah berbelit2.
Ekceli kem bang non ni pun bkn baru dah lama sblm pak mael dilantik jd pm lagi kan sprt mana yg nuo muso ckp tu laa.
Adakah yg pro PN akan terciduk kali nih? Bermula serangan pada ex pm 9 dulu.
Malah tiber juga kuar bideo cctv menantu dia juga.
Kalau PN masuk unity gov gamaknya diserang juga ke idak?
|
|
|
|
|
|
|
|
114 juta wooooo…. Korek.. korek! |
|
|
|
|
|
|
|
No wonder la permohonan najib nak tukar peguam dan lain2 request ditolak
Gelojoh giler perbicaraan najib dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Afie13 replied at 25-11-2022 10:53 PM
Politik kotor gitu la
Najib masa jadi PM x baik mana jugak. Dia pun sama mengikut cara tun M perint ...
AG waktu tu ghani patail yakni AG zaman atok masih PM lagi
Najib tak ambik kesah pon pasal kes nih
Kalau ada berlaku kecurangan, dah konfem ghani patail spill the tea masa dia kena buang najib dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|