CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1293|Reply: 27

Kebuluran Di Aghanistan, Ibu Bapa Terpaksa Bagi Ubat Penenang Supaya Anak Lupa Rasa Lapar

[Copy link]
Post time 25-11-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Krisis kebuluran yang semakin meruncing di Afghanistan menyebabkan segelintir ibu bapa sanggup memberikan anak-anak makan ubat penenang yang boleh mencetuskan rasa mengantuk bagi membolehkan mereka ‘melupakan seketika rasa lapar’.


“Anak-anak kami sering menangis kerana lapar dan disebabkan lapar, mereka tidak boleh tidur.


“Tapi, kami tiada makanan untuk diberikan kepada mereka, jadi kami pergi ke farmasi untuk dapatkan ubatan yang boleh buatkan mereka mengantuk dan tidur.




Orang ramai beratur untuk menerima roti percuma sempena kempen Selamatkan Penduduk Afghanistan daripada Kebuluran di Kabul pada Januari lalu. - AFP





“Jadi, mereka akan tidur dan lupakan seketika rasa lapar,” kata seorang bapa, Abdul Wahab.


Abdul Wahab menceritakan, bukan dia sahaja yang memberikan ubatan kepada anak-anak supaya mereka tidur, malah ramai lagi ibu bapa mengambil tindakan yang sama.


Antara ubatan yang diberikan kepada golongan kanak-kanak adalah alprazolam iaitu ubat yang sering diberikan kepada individu dengan masalah kemurungan.


Seorang lagi penduduk, Ghulam Hazrat berkata, dia turut memberikan ubat tersebut kepada anak bongsunya yang berusia setahun.


Selain alprazolam, penduduk juga memberikan ubat escitalopram dan sertraline kepada anak masing-masing, dengan kesemua ubatan itu turut digunakan untuk merawat kemurungan.


Menurut pakar perubatan, pemberian ubatan tersebut terhadap kanak-kanak yang tidak cukup nutrisi boleh menyebabkan hati mereka rosak, selain menyebabkan keletihan akut dan gangguan tidur serius.


Di kebanyakan farmasi di negara ini, kesemua ubatan berkenaan boleh dibeli dengan mudah dan pada harga lebih murah berbanding makanan.




Gambar hiasan/BBC




Kebanyakan keluarga terpaksa mencatu bekalan makanan atau tidak berpeluang menjamah sebarang roti sekiranya tiada duit untuk dibelanjakan.


Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan krisis yang berlaku di Afghanistan ketika ini seperti ‘malapetaka’.


Golongan lelaki di Afghanistan kebanyakannya bekerja sebagai buruh kasar dengan bayaran 100 Afghanis atau AS$1 (RM4.50) sehari.


Ada juga penduduk yang sanggup mengambil langkah lebih ekstrem bagi memastikan keluarga mereka tidak berlapar, termasuk menjual buah pinggang dalam pasaran gelap.


Seorang pemuda yang dikenali sebagai Ammar memberitahu, dia menjual satu daripada buah pinggangnya tiga bulan lalu bagi mengisi perut keluarganya, selain membayar hutang.


“Saya tidak ada pilihan lain, saya perlukan duit untuk beli makanan, bukannya bermewah dan jual buah pinggang merupakan jalan terbaik,” ujarnya.


Ammar menerima bayaran sebanyak AS$3,100 (RM14,069) selepas menjual buah pinggangnya.




Sumber: Utusan








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 11:09 AM | Show all posts
Allahuakbar, terasa kufur nikmat lak sbab aku slalu rasa x bersyukur..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.....
Tak dpt nk bayangkan kalau kena buat mcm ni dkt anak meols....
Allahu Akbar.... Aku bersyukur diatas segala apa yg Kau berikan padaku....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah jauhkan malapetaka macam ni kat malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 25-11-2022 08:14 PM

Tumbuhan apa yg boleh hidup sana boleh tuai hasil 3-6 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Haram jadah punya us...semua sbb depa ni la masuk campur urusan negara org sampai hancur lebur lepas tu blah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
AllahuAkbar, sedihnya baca
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah, kesiannya. Padahal Afghanistan dlu2 kaya kot, kenapa jadi teruk sebegitu Rupa.
Xboleh berani ke mcmne, bercucuk tanam produce makanan sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan skrg taliban ke berkuasa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar.. semoga dipermudah urusan mereka n kita. Semoga Allah jauhkan Malaysia dr segala bencana
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Taliban yang berkuasa kan. Dulu Afghanistan tak macam ni. Ada gambar dulu2 Afghanistan perempuan dia pakai skirt, rambut cantik2. Sejak ada Taliban semua bertutup litup pakai hitam, mata aje nampak
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
apa yg tak kena ni sbnrnya? yaAllah kesiannya bantuin mereka Ya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobais dahulu ber sorak taliban ambil semula afghan tidak pernah fikir financial aid datang dari mana....ingat US tinggal afghanistan masih bagi duit untuk tolong... Kena diajar begini baru ada akai....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 09:44 AM | Show all posts
kesian anak2. gila ubat lagi murah dari makanan. apak2 kumpul je lah duit sikit2 kasi anak lapar kejap dah cukup nanti beli makanan. jgn beli ubat terus. adoihai kesian nya lah anak2 kecik tak berdosa. apa pemimpin buat negara macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya..nsb la jd rakyat afghan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 11:31 AM | Show all posts
Sedihnya ya Allah anak2 kecik2 dh disumbat ubat kemurungan. Apalah takdir dan ujian yg Allah nak tunjuk kat dorang ni ya? Kesian anak2 kecik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 11:35 AM | Show all posts
Sebab tu ramai cuba melarikan diri bila taliban berkuasa semula, sampai ada yang sanggup bergayut pada sayap kapalterbang,  Mereka dah tahu hasilnya nanti akan macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 11:39 AM | Show all posts
ubat penenang murah ker harganya?

ker sebab xde makanan langsung untuk dibeli

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 11:42 AM | Show all posts
negara2 Islam patut jual beli dgn Afghanistan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 12:54 PM | Show all posts
kesiannya membayangkan budak2 tu makan ubat dgn perut kosong
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.503359 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list