CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 4

[Borneo] Cuti umum Isnin ini: DS Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 25-11-2022 06:26 AM | Show all posts |Read mode



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 28 Nov sebagai cuti umum sempena pembentukan Kerajaan Perpaduan Nasional dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Beliau berkata cuti yang asalnya dicadang diberikan esok terpaksa dianjak ke Isnin depan untuk terus memberikan ruang kepada nilai ringgit dan Bursa Malaysia yang menunjukkan perkembangan positif hari ini.

“Saya bersyukur kerana hari ini dan sebelumnya keadaan dan keyakinan pelabur juga berubah, ringgit diperkuat dan bursa lebih segar.

“Justeru, saya putuskan esok tidak boleh diberi cuti umum tetapi diganti dengan hari Isnin (28 Nov),” katanya pada sidang media pertama beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberikan cuti umum itu namun ia tertangguh susulan urusan penubuhan kerajaan belum selesai selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lepas.
Terdahulu, orang ramai mula mempersoal di media sosial sama ada esok akan diberikan cuti peristiwa atau sebaliknya sempena pengumuman Perdana Menteri ke-10 pagi tadi.

Ringgit meningkat 1.8 peratus ke paras tertingginya dalam tempoh dua bulan berbanding dolar AS hari ini dan pada 6 petang, ringgit naik 815 mata peratusan kepada 4.4910/5000 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5725/5775 pada Rabu.

Bursa Malaysia ditutup tinggi pada paras tertinggi tiga bulan dengan indeks utama meningkat sebanyak 4.04 peratus berikutan sentimen pasaran menaik susulan situasi politik tempatan mereda serta perkembangan luaran positif yang mendorong minat risiko pelabur.

Ditanya tentang pendiriannya yang sebelum ini enggan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata beliau kekal dengan keputusan itu.

Tegasnya keputusan itu sebagai langkah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, menteri dan pemimpin parti.

“Tidak… saya telah umumkan bahawa itu langkah pertama untuk pulihkan keyakinan rakyat supaya tak lihat menteri dan pemimpin itu, tak kira parti dan agama, semuanya hanya fikir gaji, kepentingan, kontrak dan saham… maka saya pilih untuk tolak gaji PM,” katanya.

Anwar juga memaklumkan beliau akan memulakan tugas sebagai Perdana Menteri secara rasmi di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya sebelum 10 pagi esok.

Perdana Menteri berkata pegawai beliau telah memintanya berada di pejabat pada 8 pagi namun terpaksa dianjak ke 10 pagi kerana terdapat mesyuarat yang perlu dihadiri sebelum ke sana.

Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong selepas negara berdepan kemelut politik yang menyaksikan Parlimen tergantung apabila tiada parti yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada PRU15. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2022 06:35 AM | Show all posts
Sidang media DSAI:
1. Pertahankan hak & keistimewaan orang Melayu.
2. Hak dan peluang kaum lain dijaga.
3. Kerajaan perpaduan terbentuk dari PH, BN & GPS.
4. Sidang Parlimen pertama 19/12/2022.
5. Usul undi percaya pada hari pertama sidang parlimen.
6. Fokus untuk ekonomi.
7. DSAI tak ambil gaji sebagai Perdana Menteri.
8. Menjamin “good governance”
9. ISNIN CUTI 28/11/2022
10. Jawatan TPM, satu untuk BN, satu untuk Sarawak atau Sabah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2022 06:36 AM | Show all posts
7 ...

wow ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 07:37 AM | Show all posts
Tolak gaji

Elaun tetap sebat

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2022 07:38 AM | Show all posts
tagas replied at 25-11-2022 07:37 AM
Tolak gaji

Elaun tetap sebat
elaun skit ja ...
ada lain lebih bosar


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 6789 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.106209 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list