CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: richard303

kisah sorang hmba Allah : tanda besar kiamat (seminit utk bca) (discussion)

[Copy link]
Post time 12-11-2011 12:27 AM | Show all posts
Rasulullah s.a.w. berpesan kpd kita perihal tanda² tibanya hari kiamat bila gambaran yg diturunkn kpdnya dgn tafsiran dan penyampaian tersendiri baginda s.a.w. berdasarkn sekitaran/gambaran 1400 thn dahulu.

...bila dikatakan Dajjal menunggang keldai terbang
adakah kita nk nilai sbg 'terus' atau 'simbolik'?

...bila Dajjal dikatakan disyaki oleh rasulullah pd masa hidupnya
adakah kita nk katakan Dajjal sdh memulakan misinya atau skadar kebetulan?

...bila diceritakan Dajjal dikurung di sebuah pulau
adakah kita nk katakan Dajjal sdh muncul atau di alam lain?

...bila rasulullah dikatakan terjaga dr mimpi bila tembok Yakjuj & Makjuj ditebuk
adakah kita nk katakan Yakjuj & Makjuj blm dibebaskan atau temboknya sdh dihancurkan?

...bila dikatakan semua tanda² kecil sdh jelas dgn mata kasar spt mana digambarkan
adakah tanda² besar sdh mula kelihatan atau masih lama lg?

Ruang dan masa antara tujuh langit (samawat) dan bumi merupakan hak Allah dan Allah Maha Mengetahui.

Kita hanya perlu beriman kpd Allah dan hari kiamat yg sgt hampir berdasarkan peringatan rasulullah s.a.w. (keistimewaan yg diberi kpd umatnya sbg penghuni Jannah)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2011 10:16 AM | Show all posts
memang HAK DIA keseluruhannya
tapi
adakah TUHAN itu  kedekut
tak suka memberi

HANYA MENGUJI PARA HAMBANYA
SIAPA YANG PALING TAAT PADANYA
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 02:06 PM | Show all posts
Umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah yg plg dimanjakn krn terlalu byk kelebihan dikurniakan oleh Allah...

Tp kpd yg masih ingkar...balasan yg plg dasyat bakal menunggu mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 05:01 PM | Show all posts
seronok sy membaca posting dzulkarnain selama ini, nampaknya tuan byk melakukan pembacaan, dan pengkajian, nak2 melibatkan isu2 akhir zaman ini....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 07:21 AM | Show all posts

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 04:56 PM | Show all posts
satu huruf al-quran boleh menceritakan pelbagai kejadian. fikirkan. dari segi kerohanian...maksudnya seperti ini...dari segi fekah..maksudnya begitu,..dari segi tauhid, maksudnya begitu..dari segi akidah..maksudnya begini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2011 02:48 AM | Show all posts
Ubat kpd iman/hati yg sakit hanyalah dgn taubat...
'Gilap'kan sekilat²nya luaran pelita kaca kita yg kotor/kabur
agar cahaya dpt menerangi kita berlapis² terangnya
NUR kita...

p/s: Salam & Tq AuReusium, sebar/sampaikan lah ilmu²Nya. Salah, silap, sila tegur/ingat²kn ye. Baca dan baca dan baca³...smbil berpegang kpd al-Quran dan sunnah rasulullah s.a.w. moga pencarian ilmu²Nya memberkati kita semua. Insya Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 07:16 PM | Show all posts
apa yg sy tau, kalau mandi xpakai pape, malaikat xdatang tgk 30 hari..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2011 11:39 PM | Show all posts
Bila kita kumpulkan kenalan² kita
ratusan manusia yg kita katakan sahabat
Bila ditanya siapa di kalangan kita yg tahu
isi kandungan al-Quran?
Pasti yg kita lihat hanyalah
satu jari kelengkeng yg bengkok...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 05:08 AM | Show all posts

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:29 PM | Show all posts
masalahnya
ILMU yg sedikit
bila dirungkaikan
diterjemahkan
maka melalut2 leeeee
dgn sipengilmu tu
tanpa ILMU YANG MEMBENARKAN.............
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 08:39 PM | Show all posts
Bagaimana pula bila dikatakan carilah ilmu hingga ke negeri China?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 08:48 AM | Show all posts
Senang cerita, fahaman sesat tu, lama lama akan membentuk Agama baru
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 12:53 AM | Show all posts
Mengapa China pd zaman dinasti² dulu³ bina tembok sebesar² dan sepanjang²nya, wlpn pd waktu itu kita tahu kekuatan tentera mereka besar dan teguh?

Adakah mereka tahu akan cerita² Yakjuj & Makjuj lbh awal drpd Rasulullah s.a.w. yg mana hanya Allah shj yd boleh menghapuskannya?

Bkn kah tanah Rusia skrg ni (timur Eropah - utara Asia), dulu³ diduduki oleh puak² nomad gasar/barbarik yg ganas dan kuat serta tdk beragama? Apa dh jd kpd mereka skrg ye?

Hanya Allah Maha Mengetahui...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 11:38 AM | Show all posts
pasal NABI ajar
agar MUDAHKAN
jadi apa susah
anything
TANYA je kat TUHAN
kan TUHAN tu cukup cukup cukup baik
takkan TUHAN tak nak JAWAB kottttttttt

kenapa????
ada TUHAN yg lain lagi keeeee
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 12:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by namirulmukminin at 22-11-2011 12:43

Berikut merupakan Hadith2 yang dikumpul sebagai Peringatan oleh baginda Rasulullah SAW buat umatnya di akhir zaman sebelum kedatangan Hari Kiamat... Sama-samalah kita amati dan renungkan secara mendalam kata-kata baginda :

Menentang kaum memakai kasut dari bulu;-
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga kamu sekelian (Umat Islam) memerangi suatu kaum yang kasutnya dibuat dari bulu. Dan tidak akan tiba hari kiamat sehingga kamu memerangi kaum yang wajahnya bagaikan perisai yang diratakan;- (Muttafaq Alaih)

Bencana Yang Menimpa Umat Manusia Di Akhir Zaman;-
Abdullah ibn Umar berkata, Rasulullah s.a.w. telah menghampiri kami lalu bersabda: “Wahai Muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana; semoga Allah tidak mengizinkan kamu hidup untuk menyaksikannya: (1) Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya. (2) Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka. (3) Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan ke atas mereka. (4) Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka. (5) Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332)

Seorang Ammah (Hamba Perempuan) Melahirkan Majikannya;-
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: "Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?" Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: "Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT." Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim";- (Riwayat Ibn Majah).

Kesilapan Manusia Di Zaman Kekeliruan;-
Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.”;- [Musnad Ahmad, 3/220].

Bahaya Munculnya Golongan Yang Engkar Pada As-sunnah;-
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan (menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama. Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat Malaikat serta laknat semua manusia;- (Riwayat Ad Dailami).

Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid;-
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid;- (Riwayat Abu Dawud).

Kesilapan Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Sahaja;-
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa, percakapan mereka dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata. Allah tidak memerlukan mereka. Dan janganlah kamu duduk bersama mereka (pada waktu dalam masjid);- (Riwayat Hakim).

Bahaya Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;-
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ";-(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kesilapan Ulama Yang Merugikan Umat Dan Agama;-
Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperoleh keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka;- (Riwayat Ibnu Majah).

Kesilapan Menggadaikan Agama Kerana Dunia;-
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)";- (Riwayat Tirmidzi).

Bahaya Terlepasnya Islam Satu Demi Satu;-
Dari Umamah Al-Bahili dari Nabi s.a.w. bersabda: “Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap terlepas salah satu pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk bergantung kepada yang lain. Adapun yang pertama kali terlepas itu adalah persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara solat.”;- (Riwayat Ahmad).

Kesilapan Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi Dan Nasrani;-
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi s.a.w. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka";- (Riwayat Muslim)

Bersambung.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2011 12:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by namirulmukminin at 22-11-2011 12:53

Bahaya Terjangkit Penyakit Umat-umat Dahulu;-
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi";- (Riwayat Hakim).

Bahaya Akibat Berhenti Menyeru Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran;-
Anas ibn Malik r.a. berkata, “Ditanya kepada Nabi s.a.w, “Ya Rasulullah, (apa akibat) apabila kami berhenti menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran?” Nabi s.a.w. bersabda: “Apa yang telah berlaku kepada Bani Israel, akan berlaku kepada kamu. Apabila zina berleluasa di kalangan pemimpin kamu, ilmu pada urusan orang yang terendah di kalangan kamu dan kuasa dimiliki oleh orang yang rosak di kalangan kamu.””;- [Riwayat Ibnu Majah, juga Kitab al-Fitan (Hadith 4015), 2/1331; Musnad Ahmad 3/187.].

Bahaya Ulama’ Yang Menyebar Fitnah;-
Dari Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Nanti dalam waktu tidak lama, datang kepada manusia suatu zaman, di mana agama Islam tidak tinggal kecuali hanya namanya sahaja, dan tidak ada yang tinggal daripada Al-Quran kecuali hanya huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama’ mereka adalah yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit, dari mereka (ulama’) itu akan muncul bermacam-macam fitnah, dan fitnah itu akan kembali kepada lingkungan mereka itu sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).

Bahaya Akan Ilmu Agama Beransur-ansur Hilang;-
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- "Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." ;- (Riwayat Muslim)

Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak;-
Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik";- (Riwayat Thabrani).


Jika kita perhatikan, kebanyakan amaran dan peringatan yang diberikan oleh Rasulullah telahpun berlaku di sekeliling kita... Itulah petandanya bahawa Kiamat sudah dekat... InsyaAllah saya akan huraikan bukti-bukti telah berlakunya perkara-perkara tersebut jika ada kesempatan di masa akan datang... sementara itu, fikir-fikirkanlah peringatan ini wahai orang-orang yang dikurniakan akal...

Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 10:50 PM | Show all posts
Reply 157# namirulmukminin

Terima kasih kerana berkongsi.

Semoga kita sedar akan 'akhir zaman' yg dimaksudkan tlh lama berlangsung...menunggu hari pembalasan yg bakal tiba.

'1 minit' yg sgt bermakna...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:44 PM | Show all posts
pasal NABI ajar
agar MUDAHKAN
jadi apa susah
anything
TANYA je kat TUHAN
kan TUHAN tu cukup cukup cukup baik
takkan TUHAN tak nak JAWAB kottttttttt

kenapa????
ada TUHAN yg lain lagi keeeeeorangbesi Post at 19-11-2011 11:38


لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله


minta akhir qalam mcm Muhammad Haq
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 04:48 PM | Show all posts
Reply 159# mr_evergreen


    minta
jangan tak minta
yakin
percaya
tawakkal

itulah RABB SEKALIAN ALAM
bukan
tuhan diri sendiri
atau tuhan kroni masing2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.062097 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list