CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 554|Reply: 2

Janda Nekad Jual Buah Pinggang Untuk Langsai Hutang, Anak Tak Guna Lesap Entah Mana

[Copy link]
Post time 24-11-2022 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita di Tuban, wilayah Jawa Timur nekad mahu menjual buah pinggang miliknya demi melangsaikan hutang anaknya yang kini hilang kerana melarikan diri, lapor laman berita Kompas.


Wanita yang hanya dikenali sebagai ER itu dirakam berdiri di tepi sebatang jalan sambil memegang poster bertulis ‘Dijual ginjal’  atau mahu menjual buah pinggang yang turut disertakan dengan nombor telefonnya.


Dia kemudian dihampiri pasukan unit Polis Perkhidmatan Awam yang sedang meronda sebelum dibawa ke pejabat khidmat sosial untuk memberi keterangan.




Foto: Detik.com




Menurut ibu tunggal dengan tiga anak itu, dia mahu menjual buah pinggang untuk melunaskan hutang anak keduanya yang mencapai ratusan juta rupiah.


Dia terpaksa menanggung hutang anaknya  yang sudah lebih setahun melarikan diri kerana tidak sanggup membayar hutang tersebut.


“Hutang anak saya kira-kira 200 juta rupiah (RM57,300) dan sudah setahun lebih dia tidak membayar,” kata ER.


Tambah wanita tersebut, anaknya yang berusia 31 tahun itu membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan namun, disebabkan tidak sanggup membayar jumlah hutang dan faedah pinjaman, dia kini ‘lesap’.


Katanya, meskipun menyedari bahawa tindakan menjual buah pinggang dilarang oleh pemerintah dan agama, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana pihak pemiutang sering datang ke rumah untuk menuntut hutang anaknya.


“Saya ditagih hutang tersebut sehinggakan mereka datang ke rumah. Wang bayaran bulanan adalah berbeza, ada yang 800,000 rupiah (RM229) sehingga 1 juta rupiah (RM286),” katanya. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2022 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ginjal tu elok ke tak nk jual tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:10 AM | Show all posts
adan ukeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.095954 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list