View: 3910|Reply: 48
|
[Tempatan]
Berita Baik! Majoriti Saham Di Bursa Malaysia Naik Mencanak Susulan Anwar Dilantik PM-10
[Copy link]
|
|
Kemelut politik negara baru-baru ini turut menimbulkan sedikit keresahan terhadap kedudukan ekonomi negara ditambah lagi dengan parlimen yang tergantung beberapa hari tanpa kerajaan.
Kadar pertukaran mata wang asing negara iaitu Ringgit berbanding Dolar AS menunjukkan kesan kejatuhan.Ringgit mengalami susut nilai sebanyak 3.3 peratus iaitu berubah dari 4.19 kepada 4.22 per Dolar AS.
Namun berita baik, Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur mengalu-alukan berita positif daripada mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada November apabila pegawai bersetuju bahawa kadar kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan berkemungkinan wajar tidak lama lagi.
Pada 9.07 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 13.55 mata kepada 1,457.05 daripada 1,443.5 pada Rabu.
Saham pandu pasaran dibuka tinggi 7.18 mata kepada 1,450.68.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 261 berbanding 92 manakala 190 kaunter tidak berubah, 1,790 tidak diniagakan dan 84 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 464.42 juta unit bernilai RM186.57 juta.
Dalam kalangan saham perbankan, Maybank naik 15 sen kepada RM8.70, Public Bank meningkat sembilan sen kepada RM4.37 dan CIMB menambah 10 sen kepada RM5.61.
Secara keseluruhan, saham ini menyumbang 7.84 mata kepada indeks komposit.
Bursa serantau juga berada pada aliran meningkat dengan Nikkei 225 Jepun naik 1.32 peratus kepada 28,485.54, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.27 peratus kepada 3,264.67 dan Kospi Korea Selatan meningkat 0.52 peratus kepada 2,430.48.
Dalam negara, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata sokongan belian berkemungkinan daripada institusi tempatan, yang boleh menyebabkan indeks mengakhiri hari ini melebihi paras 1,440.
Dari aspek politik, katanya keputusan UMNO untuk menyokong cadangan Yang di-Pertuan Agong mengenai kerajaan perpaduan berpotensi untuk menamatkan kebuntuan politik yang berlaku dan ini boleh menyuntik keyakinan dalam bursa tempatan.
“Oleh itu, kami menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,440-1,460 hari ini,” katanya kepada Bernama. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga terus naik dan naik nilai ringgit |
|
|
|
|
|
|
|
Yek yek je |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lebai… pakat2 merudum org tengok muka pon meluat!
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 B40 kesah ka? Yang dia nak tau BRIM BSR dah masuk belum ja |
|
|
|
|
|
|
|
Naik sebab kemelut dah berakhir...pasaran kembali positif berikutan sentimen lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
Dijangka bursa saham akan turun kerana adanya serangan terbaru dari wak yidin. ..hati-hati semua katanya serangan terhebat zaman ini |
|
|
|
|
|
|
|
sentimen ja tu. nk tgk solid ka x, tgk slps bbrapa minggu |
|
|
|
|
|
|
|
Highflyer19 replied at 24-11-2022 06:27 PM
Naik sebab kemelut dah berakhir...pasaran kembali positif berikutan sentimen lebih baik
Harap2 dlm ms 12bulan ni stabil lg.. kang jd mcm sblm ni..naya makcik kisah tersangkut di pucuk dah la sifu saham asyik mengelentong je.. dia nk keluar dia duk canang makin naik..yg aku Bodo p msk..lama terbeku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh tadi sebelum tutup sampai 1500 dah.lepas lama terjunam dek mail lemau |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa update bulan depan, makin menaik atau beshe2 her |
|
|
|
|
|
|
|
Bila Elon Musk nak tolong korek nadir bumi berbiliyun-biliyun kt Kelantan? Sian Kelantan dek.. |
|
|
|
|
|
|
|
cptla pulih. nk ujong tahun dh ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dont tell me hang pun taktau sentiment stock ni. Apa kaitan acik B40 yg hang bitter sgt?
dah tentu la naik since now dah ada gomen.. lagipun dollar pun lemah sikit dr last week.
but next year just wait & see.. most tech companies dah freeze hiring & layoff dari last month.. lain2 industries tggu jer la.
takkan ni pun salah acik2 b40 yg dpt brim bsr?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni meolss saspek sindiket insider trading nih.. cuolls tengok le minggu depana atau bulan depan trend dia naik ke turun bearish ke bullish market.. ekekekek |
|
|
|
|
|
|
| |
|