View: 2851|Reply: 31
|
[Politik]
Tiada pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO Disember
[Copy link]
|
|
Tiada pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO Disember
https://www.bharian.com.my/berit ... agung-umno-disember
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - November 24, 2022 @ 2:48pm
[email protected]
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember ini tidak membabitkan pemilihan parti.
Menjelaskan perkara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata pemilihan parti akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU) seperti ditetapkan dalam pindaan Perlembagaan UMNO.
"PAU yang diadakan bulan depan bukanlah pemilihan parti. Seperti yang sedia maklum, tahun ini ada dua kali perhimpunan agung disebabkan COVID-19. Hari itu kita buat untuk tahun 2021 dan bulan depan untuk tahun ini.
"Jadi selepas PAU 2022, kita akan buat pemilihan parti pula. Kita ada tempoh enam bulan untuk pemilihan," katanya kepada BH, hari ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dalam kenyataan memaklumkan MKT UMNO yang bermesyuarat malam tadi memutuskan PAU 2022 akan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember ini.
Mengulas lanjut, Mohd Razlan berkata, bagi tujuan untuk mengadakan pemilihan parti, Setiausaha Agung kebiasaannya akan mengadakan mesyuarat Biro Politik bagi menentukan tarikh penting sebelum dibawa kepada mesyuarat MKT UMNO sebelum pengumuman mengenainya dibuat.
"Setiausaha Agung kemudian akan memberi notis kepada cawangan dan seterusnya bahagian.
"Apabila ada pemilihan, akan ada proses menawarkan diri selepas mesyuarat cawangan diadakan. Mereka yang menawarkan diri untuk bertanding, akan mengisi dan menghantar borang pencalonan," katanya.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebelum ini meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO yang diputuskan parti itu sebelum ini.
Kelulusan itu menyaksikan pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu PRU Parlimen (Dewan Rakyat).
|
|
|
|
|
|
|
|
power zahid ni..ingatkan dh kena pulau |
|
|
|
|
|
|
|
iols nak muda2 gen plak naik, jenuh dah ngadap muka tua2
harap2 shahril hamdan, isham jalil , KJ be part dalam pemilihan
undur zahid undur |
|
|
|
|
|
|
|
Harap tak ada siaran langsung himpunan agung UMNO sama seperti zaman PH untuk kali pertama dulu |
|
|
|
|
|
|
|
tengok dulu, siapa Menteri Penerangan...
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalau Ahmad Maslan Menteri Penerangan, mungkin ada siaran langsung kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah. Kalau umno ni x mau revamp parti dia sempena pru Kali ni, maksudnya umno mmg suka status quo & x mau berubah sampai bila2
Bagi la org2 bagus pegang. No more muka recycle, geng2 nepotism semua tu. Amik semua new blood. |
|
|
|
|
|
|
|
umno ni dah kenapa dah kalah teruk pun masih nak hadap wak jahit lagi |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kebal tul wak jahit ni.. Xsiapa berani lawan. Bomoh power ooo |
|
|
|
|
|
|
|
KJ Nuar Muso Hishamuddin stendbai. keahlian bakal digantung haha |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dapatler kavajayjay menabur bakti yg lebih pada paklah...dari bergasak lagi berebit kedudukheun presiden partai....
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm masa 6 bulan sempat la masing-masing susun strategi nak menang.
Sure broker for both sides ada funder untuk berkempen
Shahril boleh bertanding KP
Paya Besar boleh bertanding NKP
Tok Jo boleh try semula bertanding VP |
|
|
|
|
|
|
|
apalancut replied at 24-11-2022 09:02 PM
KJ Nuar Muso Hishamuddin stendbai. keahlian bakal digantung haha
Setau iols ahli umno ni selalunya setia taktaulaa kalau yg tersakiti tu nak blah mcm tokdan tu.
Nuo muso tu gaya mmg pro PN.
Tp KJ tu nampak mcm dia nak reform umno tu, takde plak dia duk puji2 PN tu. Dia tu urban mana mau masuk ngn puak pas tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini pemain saham tersenyum lebar girang rasa di hati untung besar
Antaranya ialah 3/4 org pemimpin BN popular yg kalah recently.
Seorang client aku iaitu owner SMEs untung 300K+ hari ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|