CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 4

[Pulau Pinang] Gangguan bekalan air berjadual di kawasan Seberang Perai

[Copy link]
Post time 23-11-2022 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Gangguan bekalan air berjadual di kawasan Seberang Perai



November 23, 2022 @ 11:38am



Foto hiasan



GEORGE TOWN: Kawasan Seberang Perai Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam bermula 2 hingga 4 Disember ekoran Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) akan menghenti tugas sebahagian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, dekat sini.

PBAPP dalam kenyataan hari ini memaklumkan henti tugas sebahagian LRA Sungai Dua itu bagi membolehkan kerja penggantian injap berdiameter 1350mm dan 1200mm yang rosak di loji itu dapat dilaksanakan.

"Selain penggantian injap itu, PBAPP akan turut menjalankan kerja lain pada masa yang sama bagi mengelak gangguan bekalan air berulang di kawasan yang sama jika ia dijalankan secara berasingan.

"Kerja itu ialah pembaikan paip berdiameter 1200mm di Permatang Ara dan penyelenggaraan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Rumah Pam Bukit Minyak," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan 197,851 akaun air meliputi tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT ) dan Seberang Perai Selatan (SPS) terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual itu.

Menurut kenyataan itu daripada jumlah itu, 24,615 akaun air akan mengalami tekanan air rendah manakala 173,236 akaun akan terputus bekalan air.

PBAPP menganggarkan tempoh 48 jam untuk kerja fizikal di tapak dan tempoh pemulihan dalam sistem agihan bekalan air PBAPP.

"PBAPP akan memaksimumkan jumlah pengeluaran air di LRA Air Itam dan LRA lain di bahagian pulau bagi meminimumkan kesan di bahagian pulau. Selain itu, simpanan air di kolam takungan juga akan ditingkatkan," katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, bagi meminimumkan kesulitan pengguna yang terjejas, PBAPP bersama-sama dengan Pasukan Bomba Sukarela yang diselaraskan oleh kerajaan negeri akan menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki selepas 12 jam gangguan bekalan air berlaku.

PBAPP memohon maaf atas sebarang kesulitan sementara yang berlaku dan menasihatkan orang ramai agar menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan semasa gangguan air 48 jam itu.

"Sila hubungi Pusat Panggilan PBAPP di talian 04-255 8255 untuk sebarang pertanyaan," menurut kenyataan itu. – BERNAMA








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2022 12:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 23-11-2022 12:41 PM
@novelloverzz

Tq utk info kaka. 48jam. 2hb cuti replacement. 3&4 hb keje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2022 05:57 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 23-11-2022 05:42 PM
Tq utk info kaka. 48jam. 2hb cuti replacement. 3&4 hb keje

wc nov. 2hb cuti utk apa. 3 & 4 sabtu ahad nov kena keje?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 09:22 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 23-11-2022 05:57 PM
wc nov. 2hb cuti utk apa. 3 & 4 sabtu ahad nov kena keje?

adoi la
td br kolig pun tny soalan yg sm
kaka tau x nov dah advance sebln
nov refer bln jan pny date
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.186937 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list