CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2132|Reply: 20

“Dia Gunakan Saya Sebagai Jambatan Untuk Banyak Perkara" - Zahid 'Dilondehkan' Annuar Musa

[Copy link]
Post time 21-11-2022 11:24 PM | Show all posts |Read mode
Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menggunakan platform media sosial termasuk aplikasi TikTok membawa persoalan apakah muslihat Zahid Hamidi.


Pendedahan secara eksklusif ini dibuat oleh bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dengan harapan, menjawab dan memberi pencerahan kepada semua yang ingin mengetahui mengapakah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak sedemikian.


Dengan rasa rendah diri, Annuar berkata, beliau bukan sesiapa tapi bercakap jujur dan tidak melibatkan cerita atau perkara-perkara yang tidak baik sebagai seorang individu.




FB Annuar




“Kita kalah kerana kita gagal sebagai sebuah parti untuk menunjukkan kepada rakyat, kita ada will power untuk tidak melakukan atau untuk tidak membuat sesuatu yang rakyat tak suka.


“Kita terlepas peluang untuk menunjukkan pada pilihan raya yang lalu. Sepatutnya tak ulang. Rakyat tak suka penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah atau unsur-unsur yang sama.


“Tiba-tiba kita masuk dalam pilihanraya dengan cuba mempertahankan individu dalam golongan itu.


“Sebelum penamaan calon, dah bincang, bolehkah kita masuk pilihan raya dan bawa imej individu-individu tertentu.


“Kita bawa formula yang salah. Kita tak serik, kita kelihatan tak insaf dan tak ada will power nak ubah apa yang rakyat tak suka.


“Rakyat beri undi kepada parti yang bukan mereka suka tetapi tolak parti yang mereka suka. Di kalangan undi Melayu, terpaksa lambakkan undi mereka kepada Perikatan Nasional.


“Jelas mereka tak suka PH, DAP dan sebagainya tapi mereka bukan fanatik atau penyokong kuat PN tetapi mereka tak suka dan tak nak beri kemenangan kepada Barisan Nasional,” jelas Annuar.


Annuar tidak suka apabila menyalahkan pengundi termasuk pengundi muda. Ini satu sikap yang salah dan bagi beliau, pengundi muda telah buat satu keputusan yang betul.


“Kita yang buat tawaran yang salah, bukan pengundi yang salah,” tegas Annuar.


Terus terang, kata Annuar, Datuk Seri Zahid tak popular dalam kalangan rakyat.




FB Zahid




“Dalam PRN Melaka dan Johor, Presiden UMNO kebelakang. Kita lebih tonjolkan Perdana Menteri yang baru mengambil alih jawatan.


“Kita tahu beliau, Zahid, perlu melalui satu proses. Tapi beliau dilihat terlalu kedepan. Pemilihan calon, beliau pancung, poster boy ke belakang.


“Kelantan 14 – 0 di mana Pas ada pace, Bersatu dan saya pernah kata ini tapi orang tak percaya. Salah strategi kita ketengahkan satu watak kalau berkuasa.


“Satu survey yang dibuat 2016, kalau kita nak menang cemerlang, perlu bergabung lawan satu sama satu dengan PH. Saya diarahkan buat beberapa perkara.


“Lahir Muafakat Nasional (MN) dalam Piagam, saya terlibat, penyatuan semula orang Melayu melalui MN adalah jawapan yang tuntas untuk kita kembali kuat dan tuntas.


“Kita akan buat keputusan dan jika ada perbezaan pendapat, kita rujuk kepada sunnah dan Al Quran.


“Itu satu loose commission. Saya jelaskan kepada parti-parti bukan Islam, MCA, MIC dan sebagainya.


“Satu commission Sabah, satu di Sarawak. Formula MN selaras dengan strategi, selari dengan tuntutan dan baiki perbezaan pendapat dulu.


“PRN Tanjung Piai, orang Melayu kuat bersatu, kita dapat sokongan orang Cina di Tg Piai.


“Kita letakkan calon bukan Melayu. Orang Pas kerja, orang UMNO kerja dan kita menang dengan besar. MN satu formula yang ultimate, tuntas untuk UMNO, Pas dan ketika itu kita menentang Bersatu.


“Malangnya formula itu telah di amended. Mati tanpa gugurnya MN. Orang di luar tak begitu faham apa yang berlaku.


“Setelah tubuh MN hujung tahun 2019, perhimpunan ummah, menang siri pilihan raya sampai Tg Piai.


“Berlaku satu game politik dalaman. Saya diarahkan membuat jemputan kepada Bersatu sebab UMNO tak nak masuk. PN dijemput masuk.


“Julai 2021 Biro politik UMNO buat keputusan tuntut jawatan TPM. Di kantin Parlimen, Zahid bisik kepada saya, bagitau Tan Sri Muhyiddin, lantik dia TPM atau Menteri Dalam Negeri.


“Dia gunakan saya sebagai jambatan untuk banyak perkara, berunding parti-parti, SD untuk Saarani jadi MB di Perak.


“Tan Sri Muhyiddin bertegas, siapa-siapa pun boleh daripada UMNO tapi bukan Zahid. I don’t trust this man,” kata Annuar.





FB Annuar



Tambah beliau, “Mereka putus asa tak dapat sokongan isu-isu mereka. TSM declare, dia tak boleh campur urusan mahkamah tapi soal Bersatu nak masuk bawah MN, tak mengapalah.


“Arahan Zahid tak proceed bawa masuk Bersatu bawah Perikatan Nasional.


“Telah ada perjumpaan dibuat Julai dan Ogos di Ampang, Anthony Loke, Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi. Merancang Anwar jadi PM.


“Itu waktu nak buat pilihan raya di Sabah. Anwar keluar statement, dia cukup sokongan jadi PM.


“Terbukti Presiden tandatangan satu surat, bersetia dengan Anwar Ibrahim jadi PM. Maka timbullah perbezaan pendapat. Saya dituduh tak setia kepada parti, dituduh sebagai pengkhianat, Setiausaha Akhbar saya digantung.


“MN tak lagi buat mesyuarat sebab Pas tegas tak nak Anwar. No Anwar No DAP. Sampailah ke akhirnya sekarang. No Bersatu, No Pas. Formula going solo.


“Noh Omar, Nazri Aziz, Tajuddin Rahman terlibat dibawa formula going solo. Agenda peribadi, maksudnya membantu PH. A disaster.


“Bersatu dan Pas nak bunuh UMNO? Pas bantu kita. Pilihan raya Cameron Highlands, calon UMNO, Tg Piai, Kimanis semua Pas sokong. Kita tidak boleh berbelit dalam politik.


“UMNO tak da duit, berpuluh juta Bersatu membantu kita. Jajaran baru telah bermula, sengaja mewujudkan kebencian pada Bersatu dan Pas. Kita bertindak berdasarkan al Quran dan sunnah.


“Tak harus memerangi sesama Islam. Nak bina kekuatan, jangan berpecah belah. Saya berpegang pada itu,” kata Annuar dengan jelas dan jitu.


Kata Annuar, “Kita nak menolak sahabat, parti yang amalkan dasar sosialis, bahaya. Kalau dah gagal begini teruk, masih bawa naratif, gagallah kita.


“Persepsi yang sangat salah. UMNO kerjasama dengan orang Cina, India, Dayak, Kadazan. Kalau ada titik persamaan dalam perjuangan, hatta DAP, kita boleh bekerjasama.


“Kalau DAP ubah dasar lain. Saya nak guna perumapaan yang agak kasar bunyinya. Kalau daging babi tu haram, hanya tukar tukang masak, dia halal?


“Dia tetap DAP yang sama. Bukan atas dasar race, kaum. Itu DAP Melayu, DAP Islam.


“Kita tak sealiran. DAP perjuangkan sosialisme. Dia kalau ekstrem, pergi ke komunis. Liberal, datang LGBT dan macam macam.


“Kita berteraskan Islam. Bersatu, Pas, itu dasar yang serupa tapi personaliti lain-lain. Titik pertemuan yang sangat fundamental. Deklarasi Setapak, Dasar Malaysian Malaysia tak pernah dipinda.


“DAP buat silap, dia rakus. DAP zaman Anthony Loke, pisaunya lebih halus. Tajamnya, lebih halus,” kata Annuar.




Sumber: Suara Merdeka










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang semua toksah berlagak suci. Semua busuk hancing bacing.


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko tu bkn level wan faysal smpai bodoh sgt nk ikut ckp zahid cmtu je. Pape jela anuar. Yg penting geng2 korang da kena dgn anwar.

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat video tiktok islam itu ini kena satukan melayu bagai la tp ko nk sedapkan perut dan hati ko je
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jadi calon hari tu,mesti diam2 jer kan??? Acah betul demo nihh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-11-2022 11:25 PM
Korang semua toksah berlagak suci. Semua busuk hancing bacing.

Itula. Kelakar, dia ingt dia ni wan faysal. Dia tu lg byk pengaruh dari zahid aku rasa. Tp senyap je selama ni knp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2022 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam la.. pencen YB byk dok sendu pilu apa lagi.. sore loser oi.

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 11:37 PM | Show all posts
Kenapa baru nak bersuara?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2022 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually ni semua salah korang sendiri...dulu masa pemilihan presiden umno uols jugak yang angkat dia jadi presiden kan...padahal masa tu dah ada bau2 heols bakal kena bicara...maaaaasih juga pilih heols sebagai presiden..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 21-11-2022 11:29 PM
Itula. Kelakar, dia ingt dia ni wan faysal. Dia tu lg byk pengaruh dari zahid aku rasa. Tp senyap  ...

Cukup dia,kj,h20,mail,nazri bersuara aku rasa zahid dah boleh tarik diri sebelum prn15 ni.
Tapi apa beruk2 5 ekor nii buat.. sumer simpan telorrrz baculll .kakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tobobon replied at 21-11-2022 11:43 PM
Actually ni semua salah korang sendiri...dulu masa pemilihan presiden umno uols jugak yang angkat di ...

Alih2 kes nya pon tiada. Saja je anwar buat mcm ada. Tp mahadey mmg sial. Dia la punca PH jatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ejans replied at 21-11-2022 11:44 PM
Cukup dia,kj,h20,mail,nazri bersuara aku rasa zahid dah boleh tarik diri sebelum prn15 ni.
Tapi ap ...

Bukan nazri pon sokong anwar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 11:46 PM | Show all posts
org bagan datok memang bodoh2 belaka yekk undi wak ponorogo ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 21-11-2022 11:45 PM
Bukan nazri pon sokong anwar ke?

Teksi tu kalau tak silap dari dulu mcm pro ph?

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2022 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 21-11-2022 11:45 PM
Bukan nazri pon sokong anwar ke?

Sebab tu kena siapa MP BN yg sokong anwar start dari langkah sheraton
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2022 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Haih

Mase berbaik xnk nasihat
Dah bergadoh kuar taik
Ke dulu Sama2 buat taik
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjelasan yg tepat
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo tak berubah, next pru 1 kerusi pun belum tentu dapat sis
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 07:47 AM | Show all posts
bodohlah budu ni. dah bertahun2 ko kena buat keje tahi zahid tu ko diamkan je. ko pun subahat sama. dah kalah, takut perut kosong ko tikam boss ko. sama je la korang ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.086187 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list