View: 529|Reply: 1
|
Orang Muda Pun Suka, Ramli Sarip Diibaratkan Macam 'Kuih Lama' Yang Sedap
[Copy link]
|
|
Persembahan konsert jelajah Ramli Sarip Cinta Di Sebalik Musim yang berlangsung di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim, Mu’adzam Shah di sini malam tadi menerima sambutan hangat penonton termasuk peminatnya dalam kalangan generasi muda.
Ujar Ramli, dia tersentuh, terkesan dan berterima kasih kepada penonton termasuk anak muda kerana mengikuti perjalanan seninya walaupun berada dalam generasi berbeza.
Pada masa sama, penyanyi berusia 70 tahun itu menyifatkan dirinya umpama kuih lama (tradisional) yang masih enak dan dicari penggemarnya sehingga ke hari ini.
Foto: awani
“Saya umpama kuih lama yang masih dicari sehingga ke hari ini.
“Kalau kuih itu sedap, saya akan cari kuih itu. Orang lain juga akan cari makanan yang sedap.
“Sama seperti nyanyian dan persembahan. Kalau bagus dan kena dengan sentuhan, persembahan itu dikira bonus. Penonton faham dan suka, secara tidak langsung mereka sama-sama membina irama lagu Melayu Nusantara,” katanya.
Bagaimanapun, penyanyi yang digelar ‘papa rock’ itu tidak menafikan pendengar dalam kalangan generasi muda lebih gemar mendengar muzik-muzik semasa seperti k-pop, namun genre sebegitu tidak akan bertahan lama.
“Sekarang pendengar (generasi muda) banyak dengar muzik-muzik terkini seperti k-pop. Tapi muzik sebegitu tidak akan kekal lama.
” Apabila semakin dewasa, merek akan mengubah selera mendengar lagu-lagu yang lebih matang dan bersifat kerohanian,” ujarnya.
Bercakap tentang konsert jelajah Ramli Sarip Cinta Di Sebalik Musim di Kuching, Sarawak, Ramli sangat berterima kasih kepada penganjur iaitu Yayasan Kepimpinan Koperasi Al-Bait kerana mengambil berat dan memberi kerjasama yang baik.
“Alhamdulillah konsert ‘full house’. Terima kasih kepada penganjur Yayasan Kepimpinan Koperasi Al-Bait kerana mengambil berat dan memberi kerjasama.
“Mereka menghargai perjalanan seni saya. Kedatangan saya ke sini (Sarawak) kerana saya mahu berkongsi dengan rakyat bahawa kita mempunyai bahan-bahan yang sangat dewasa.
“Insya-Allah saya akan kerap ke sini nanti. saya sudah ada beberapa tempat. Cuma saya mahukan suasana konsep yang santai dan dapat memberi kepuasan pada peminat,” jelasnya.
Dalam konsert yang berlangsung sekitar dua jam tersebut, Ramli mendendanhkan lebih daripada 20 buah lagu di hadapan lebih 1,000 penonton.
Antara lagu-lagu yang dinyanyikan Ramli adalah seperti Kamelia, Istilah Bercinta, Teratai, Nyanyian Serambi dan Doa Buat Kekasih. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
hi bam sarip, semoga cukop amal nk dibawa kubir nanti. tiberhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|