CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3005|Reply: 41

Cari sebab mengapa Melayu dipertikai di bumi sendiri: Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 28-10-2010 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Cari sebab mengapa Melayu dipertikai di bumi sendiri: Ahmad Zahid


2010/10/28
KUALA LUMPUR: Bangsa Melayu harus berfikir secara kritis dan mencari sebab mengapa nasib, hak dan perjuangan mereka sering dipertikaikan di bumi sendiri, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata sikap orang Melayu yang terlalu bertolak-ansur akhirnya akan menyebabkan maruah dan prinsip mereka dipermainkan sewenang-wenangnya oleh pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.
"Orang Melayu itu terlalu bertoleransi, orang Melayu itu terlalu kumulatif, orang Melayu sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur.
"Jangan dengan sikap bertolak ansur ini, kita sanggup menanggalkan harta dan maruah keindukan kita...dengan mempasrahkan sebarang sistem nilai yang sedia ada pada kita untuk kita pasar-malamkan dan boleh dibeli dengan murah oleh sesiapa saja," katanya ketika berucap pada majlis perasmian buku ''Nasib Melayu di Bumi Melayu'' di Perpustakaan Negara Malaysia di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, buku hasil penulisan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah itu mampu mengubah persepsi tentang nasib Melayu yang mana ia akan dilihat dalam perspektif yang lebih luas dan dinilai secara holistik.

Turut menghadiri majlis pelancaran buku itu ialah Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Lt Jen Datuk Wira Allatif Mohd Noor; Pensyarah Fakulti Sains Pertahanan dan Pengurusan UPNM, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan bekas Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang.

Terdahulu, Allatif dalam ucapan pembukaannya berkata, buku itu adalah satu karya akademik yang perlu bagi memangkin bicara mengenai bangsa Melayu.
"Buku ini menyentuh maruah dan kelangsungan Melayu, dan ia dilihat berdepan dengan risiko yang amat tinggi, lebih-lebih lagi kerana ia adalah karya seorang ahli akademi yang bukan Melayu.

"Bagaimanapun, saya pasti di kalangan masyarakat umum terutama akademia Melayu pasti akan melihatnya dari pelbagai perspektif dan dimensi yang tersendiri," katanya.

Buku itu adalah sebahagian daripada perhimpunan tulisan Mohd Ridhuan dalam akhbar Mingguan Malaysia dan majalah Al-Islam.

Ia banyak berkisar tentang politik silang budaya, terutama antara Melayu dan bukan Melayu.

Buku ini dijual di pasaran dengan harga RM22.50 senaskhah dan boleh diperoleh di semua kedai buku utama di seluruh negara ataupun melalui laman web http://www.mybooks.com.my. - BERNAMA


jom sama2 kite list kan ape sbb musabab nye....

btw Ridhuan Tee Abdullah nih dah jadi MELAYAU ke....?
nak kena check kat Kad Pengenalan nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2010 05:27 PM | Show all posts
jom sama2 kite list kan ape sbb musabab nye....

btw Ridhuan Tee Abdullah nih dah jadi MELAYAU ...
luvly_eone Post at 28-10-2010 17:13


Nape? Dia xbley bercakap pasal orang melayu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 05:29 PM | Show all posts
PIGI DOK MARIKH KALU NAK JADI MELAYU
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 05:29 PM | Show all posts
dah melayu x nak kaji bab tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 05:30 PM | Show all posts
silap2 kacau konsep 1 malaysia lak ni..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 05:31 PM | Show all posts
Reply 4# kenabubuh


    melayu terlalu bertolak ansur dan baik sangat,sampai orang nak tikam belakang tak sedar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-10-2010 05:35 PM | Show all posts
Reply  kenabubuh


    melayu terlalu bertolak ansur dan baik sangat,sampai orang nak tikam bela ...
27oktober Post at 28-10-2010 17:31



yg menikam pon org MELAYAU sendiri....
busuk2 pon orang kite kekdahnye....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2010 05:36 PM | Show all posts
dah melayu x nak kaji bab tu...
kenabubuh Post at 28-10-2010 17:29


melayu sibuk nak mengkaji mcm mana nak songlap duit....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2010 05:37 PM | Show all posts
Reply 7# luvly_eone
entahlah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 05:38 PM | Show all posts
Reply 6# 27oktober


    itu lom lg wat kajian diskriminasi yg berlaku dlm company puak2 depa...pe jd kat peniaga bumi di KLCC...dah pupus...Alamanda will b next...ada sapa peduli???   sapa pun x leh bantu... santa clause lg cpt sampai dari bulan n ketupat
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 05:38 PM | Show all posts
dengan mempasrahkan sebarang sistem nilai yang sedia ada pada kita untuk kita pasar-malamkan dan boleh dibeli dengan murah oleh sesiapa saja,"

Kecik ati peniaga2 Pasar Malam:re:
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 05:39 PM | Show all posts
motip lom cukup berkuasa...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 05:40 PM | Show all posts
melayu terlalu bertolak ansur dan baik sangat,sampai orang nak tikam belakang tak sedar...
27oktober


Bukan setakat dari belakang, kiri kanan atas bawah rusuk kiri rusuk kanan malahan dari depan pun depa dah berani tikam:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2010 05:42 PM | Show all posts
Nape? Dia xbley bercakap pasal orang melayu ke?
BlueHand Post at 28-10-2010 17:27


mana pegi org2 MELAYAU dari parti MELAYAU....?

~Zahid kena masukkan dlm list sbg salah satu sbb nih....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 06:01 PM | Show all posts
haaaahhh? bumi sendiri? sejak bila mulayu jadi tohan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 06:05 PM | Show all posts
fakap la ,,cerita melayu ka sana melayu ka mari,,,belakang kasi tikam kasi anak bini ,,,,,bodo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2010 06:05 PM | Show all posts
masalahnya melayu makan melayu...kalau melayu tolong melayu takpe...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 06:07 PM | Show all posts
org tolol ja percaya kaki klepet parti melayu kunun
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 06:43 PM | Show all posts
Reply  27oktober


    itu lom lg wat kajian diskriminasi yg berlaku dlm company puak2 depa...pe ...
kenabubuh Post at 28-10-2010 17:38


elehh melayu ade hati nak bisnis kat klcc, meniage kat pasar mlm cukupla,kite kene tau bersyukur nanti tuhan tarik balik nikmat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 08:00 PM | Show all posts
i wonder, dh 50 thn siapa yg slalu tikam dr blkg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.068356 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list