CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 840|Reply: 4

Buat Lawak Je, Harith Iskander Bukan Anti Kerajaan Pun

[Copy link]
Post time 17-11-2022 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Sering menghentam dan mengkritik kerajaan melalui lawak jenaka, pengacara dan pelawak Harith Iskander menafikan dia serta kebanyakan pelawak lain bersikap anti kerajaan.


Sebaliknya, Harith, 56, berkata, mereka lebih mudah menjadikan pihak yang menang dan dikenali ramai sebagai bahan lawak berbanding golongan yang kalah atau minoriti.




Foto: IG




“Sebenarnya bukan sebab kami anti kerajaan. Ramai orang tak faham, pelawak akan buat komedi tentang sesuatu yang megah.


“Contohnya kita tak boleh buat lawak pasal penganggur kerana subjek itu ‘underdog’. Sebaliknya kena buat lawak tentang sesuatu yang orang semua tahu.


“Sewaktu parti Pakatan Harapan menang pada 2018, ramai pelawak buat lawak pasal mereka. Bukan pasal Barisan Nasional sebab mereka kalah,” ujarnya.




  



Tambah Harith lagi, konsep komedi sebegitu bukan sahaja diamalkan di Malaysia bahkan di luar negara.


“Sama juga seperti di Amerika Syarikat, pelawak buat jenaka tentang presiden Joe Biden, Donald Trump dan bukan parti pembangkang kerana lebih mudah dan ramai yang faham,” ujarnya.


Dalam pada itu, Harith berkata, dia menolak beberapa tawaran menyertai parti politik berikutan enggan memikul beban parti.




  



Dia juga sedar penglibatan dalam sesebuah parti politik akan menjadikan dirinya sasaran dan dibenci pihak tertentu.


“Bila seseorang masuk sesuatu parti politik, mereka akan memikul beban parti.




  



“Ada parti politik yang minta saya sertai mereka tapi saya tolak. Saya tak mahu pikul beban dan sejarah parti itu yang tiada kena-mengena dengan saya.


“Macam Afdlin Shauki, dia masuk PKR dan automatik dibenci oleh orang yang tak suka parti itu. Mereka dah tahu kesannya tetapi tetap teruskan asalkan berjuang untuk sesuatu yang baik,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ek eleh..ko tu klu melawak tak sah klu tak petik melayu islam sampai ajm..klu ada yang melawak pasal pihak fav ko tak dan dan ko nak merempan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Elehhh... nak cover letewww... mcm kita ni budak darjah 3 tak reti pikir..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 10:47 PM | Show all posts
tatu blues clues versi anju kerr tuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini ade phd mcm mne la bole sangkut dgn jantan cmni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.036253 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list