View: 1161|Reply: 9
|
"8 Tahun Berlalu, Semoga Kak Nyah Mendapat Pembelaan, Penjenayah Dihukum Setimpal"- Waris Penumpang MH17
[Copy link]
|
|
Ipoh: "Selepas lapan tahun pemergian 'Kak Nyah' kita mengharapkan hukuman setimpal diberikan terhadap penjenayah yang mengakibatkan kehilangan ramai nyawa dalam tragedi itu," kata Noorlin, adik bongsu kepada Allahyarham Noor Rahimah Mohd Noor, 67, yang maut dalam insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine, lapan tahun lalu.
Noorlin berkata, itu harapan keluarga ketika ditanya mengenai keputusan Mahkamah di Belanda terhadap keempat-empat tertuduh yang akan diputuskan esok.
Menurutnya, keputusan mahkamah itu sangat dinantikan bagi membela pemergian kakak keduanya selepas hampir dua tahun setengah perbicaraan berlangsung serta dilihat seolah-olah tidak berpenghujung.
 Foto: Harian Metro
"Saya sangat berharap yang bersalah diberi hukuman sangat setimpal bagi kami waris mangsa penerbangan MH17 yang selama ini menunggu dan tidak lagi 'ding dong' (dolak-dalih) sana sini dan tiada keputusan akhir.
"Sudah lama kami menunggu keputusan, memang tiada apa lagi yang kami harapkan selain hukuman mahkamah yang sepatutnya kepada pesalah kerana ini adalah kes kehilangan nyawa dan nyawa tidak boleh dibeli," katanya.
Meskipun lapan tahun sudah berlalu, Noorlin yang mesra dipanggil Acu mengakui sangat rapat dengan arwah kakak dan sehingga ini merasai seolah-olah arwah masih ada.
"Lapan tahun Kak Nyah pergi, tetapi saya masih rasa kakak ada, apa yang saya rindu adalah panggilan telefon kerana setiap minggu kakak mesti telefon.
"Kami memang tinggal berjauhan tetapi Kak Nyah ibarat pengganti ibu. Kami memang selalu berhubung, memberi nasihat dan mengambil berat semua perkara, kalau dia balik Malaysia makan pun bersuap," katanya sambil memaklumkan masih terngiang-ngiang hasrat arwah ketika itu yang mahu pulang beraya di kampung halaman selepas lebih 30 tahun tidak dapat pulang beraya atas tuntutan tugas.
Sebelum ini media antarabangsa, France 24 melaporkan, warga Russia, Igor Girkin, Sergei Dubinsky, Oleg Pulatov dan warga Ukraine, Leonid Kharchenko berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan dengan tuduhan membunuh dan menyebabkan sebuah pesawat terhempas.
Memetik laporan itu, keempat-empat suspek masih bebas dan enggan menghadiri perbicaraan selama dua setengah tahun di Belanda, yang mengikuti siasatan antarabangsa.
Mahkamah Keselamatan Tinggi berhampiran Lapangan Terbang Schiphol akan memperdengarkan keputusan panel tiga hakim pada Khamis (esok).
Noor Rahimah adalah salah seorang daripada 298 penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas MH17 yang terhempas selepas ditembak jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
sampai sekarang ai teringat gambar mayat penumpang budak yg ditemui masih dlm seat, dgn mulut ternganga (mungkin menjerit sebelum mati) dan mayat perempuan yg jatuh menembusi bumbung rumah. terkesan sungguh ya, susah nak lupa... ai akan ingat sampai bila2. semoga semua roh mangsa MH17 tenang dan aman damai di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox: sampai sekarang ai teringat ga ...
Paling ngeri bab mayat jatuh dalam bilik tido tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh hiba la rasa. Senyap mcm tu je tragedi ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu Najibon kata nk reveal kotak hitam tu pada rakyat sampai skrg x dgr kabo .... .. katanya yg bleh dpt kotak hitam tu hasil kak mah buat 1 panggilan je kat sana terus boleh bwk balik hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
AWEKSAMURAI: Tunggu Najibon kata nk reveal kotak hitam tu pada rakyat sampai skrg x dgr kabo .... .. katanya yg bleh dpt kotak hitam tu hasil kak mah buat 1 panggi ...
Hebatnya kak mah
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox: sampai sekarang ai teringat gambar mayat penumpang budak yg ditemui masih dlm seat, dgn mulut ternganga (mungkin menjerit sebelum mati) dan mayat pere ...
Kat mana nak tengok gambar tu sis?
|
|
|
|
|
|
|
|
ini pun salah DSN & BN juga??? |
|
|
|
|
|
|
|
aiyooo nokksss ade dlm artikel ke tiba2 sentap???
payah tui ummah fanatik politik ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|