CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4251|Reply: 21

Fezrul Khan Bengang Dituduh Cekik Reen Rahim, Dah Serik Nak Berlakon Sama Lagi Selepas Ini

[Copy link]
Post time 16-11-2022 06:49 PM | Show all posts |Read mode
Reen Rahim baru-baru ini dikatakan berang selepas dirinya didakwa telah dicekik oleh seorang pelakon senior  ketika menjalani penggambaran sebuah filem bergenre seram.


Menurut Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, dia kini sibuk dengan perniagaan dan pengambaran drama mahupun filem.


Namun sejak terlibat dalam bidang lakonan 11 tahun yang lalu, ini adalah kali pertama dia mengalami insiden sedemikian.


Foto: IG




“Saya rasa saya tak ada cerita-cerita panas, menarik tu banyak. Insya Allah saya busy sangat, shooting break seminggu kalau saya free saya akan busines pula, busy betul.


“Saya ni lurus tau, kalau tak tanya saya simpan je…  Tapi kalau dapat sumber yang kata saya mengamuk tiba-tiba, selama berapa belas tahun ye saya dalam industri… saya  tak pernah mengamuk, tapi tak tahulah siapa yang mulut ringan berkongsi dengan Melodi.


“Sebenarnya itu macam insiden lah, babak tu tidak sepatutnya di lakonkan betul-betul sehinggakan saya ‘hilang’ sekejap. Babak apa semua tu saya tak nak cakap, nanti anda boleh cari sendiri… tak nak panjang-panjang cerita.


“Nampak je saya ni happy go lucky, tapi kalau anda dah nak meninggal di situ takkan tak mengamuk. Walaupun itu lakonan dan banyak je scene yang berat-berat dan ganas saya dah shoot dah… tapi, ni penonton yang nampak saya terseksa padahal kita dah ada skill. Tapi benda dah nak jadi kan?” katanya menerusi temu bual bersama program Melodi.





Dalam pada itu, ramai warganet beranggapan, kejadian cekik yang dilakukan oleh pelakon senior itu adalah kerana mahu menjiwai watak semata-mata dan tidak lebih dari itu.


“Saya minta maaf sangat kalau benda-benda negatif ni sampai dekat telinga anda. Tapi, kalau orang tak usik saya, saya tak mengamuk. Kali ni tak kisah lah, senior ke, junior ke, kalau nak berlakon,  berlakon je lah tak payah buat betul-betul, sakit!


“Kesilapan-kesilapan bodoh ni yang saya tak boleh. Engkau bukan pelakon baru pun mestilah tahu skill. Berlakon je lah tak payah buat betul-betul. Sebab saya dah nak pengsan dah masa tu. Dekat situ yang saya nampak, dia tak rasa benda tu real. Jadi nak salahkan siapa kalau sendiri tak rasa benda tu salah?” jelasnya.







Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran video berdurasi 20 saat di TikTok milik pelakon Fezrul Khan, dia dilihat memuat naik babak dimana Reen Rahim dikatakan telah dicekik ketika penggambaran filem berlangsung.


“This is ending scene for Batu Syaitan. Anda boleh tengok dan nilai kan. Kalau belajar Jujitsu pun, anda tak boleh cekik dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Tanya lah teman lelaki awak yang stuntman tu.


“Bila director cut, awak boleh jerit dekat saya? Saya dah berlakon lebih 20 tahun tau,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Sementara itu, Fezrul menegaskan dia tidak akan berlakon dengan Reen selepas ini kerana baginya berlakon harus jujur dan bukan semata-mata mahu mengejar glamor. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa..dulu pun ada jugak kes,kununnya kena cekik dengan ikram.rupanya promosi filem..sapa ntah pompuannya..bini pekin rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 16-11-2022 08:03 PM
Alaaa..dulu pun ada jugak kes,kununnya kena cekik dengan ikram.rupanya promosi filem..sapa ntah pomp ...

Raudhah kan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk video tu mmg nmpk muka reen dh lain mcm xbnfas.. Mgkin ni slh phm je.. Fezrul pon xprsn.. Yela tgn lelaki rs mcm sikit je tp tekan kt leher mmg kuat la rasa
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Beria sangat...berlakon je ku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape tak cekik anjing dia je? Nape nk cekik Reen Rahim yg sooo talented tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 10:07 PM | Show all posts
Menurut Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, dia kini sibuk dengan perniagaan dan pengambaran drama mahupun filem.


nama kau noreen. perangai pon cam noreen?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 16-11-2022 12:26 PM
Tgk video tu mmg nmpk muka reen dh lain mcm xbnfas.. Mgkin ni slh phm je.. Fezrul pon xprsn.. Yela t ...


Itulah, nampak macam reen tu betul2 susah bernafas. Lepas tu baru fezrol tu alihkan tangan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 10:04 AM | Show all posts
eleh promosi drama la tu nokarem btol
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 11:26 AM | Show all posts
tapi memang nampak la reen  mcm susah nak nafas time tu. ke ni kes bila reen gtau then mamat tu xle terima?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Menjiwai sangat la pulok nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 11:29 AM | Show all posts
cara murah nak bikin kontroversi ke ni dak reen oi
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 01:36 PM | Show all posts
Halah halah halah.. hujung2 propa jahh mcm Pricne chiki2 berlakon ngan bini pekin tu (apekenamdiantah)
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa tak sengaja sbb tak mengadap, lagipun Fezrul tu kena pegang dua orang. Asalkan tak jatuh. Mana nak perasan tgn pegang takat mana. Mintak maaf je la Fezrul.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 04:16 PM | Show all posts
klo da tcekik rse nk mati xkn tggu director cut bru nk maki? hurmmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak reen susah nak bernapas, then dia ada cuba capai/tarik rambut fezrul, nak notify fezrul lah kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 17-11-2022 03:24 PM
Nampak reen susah nak bernapas, then dia ada cuba capai/tarik rambut fezrul, nak notify fezrul lah k ...

diorang patut kena ada prearranged signal la kalau kecemasan perlu stop. pastu someone kena alert focus hal ni. orang nk ngeseks buat aksi pelik2 pun ada isyarat stop.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 17-11-2022 04:31 PM
diorang patut kena ada prearranged signal la kalau kecemasan perlu stop. pastu someone kena alert  ...

Kann...pihak produksi patut kena alert lah.
Minah tu dah tercungap2 dah, maybe diaorg ingat menghayati watak gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk reen struggle smbil tarik rmbut fezrul..kdg2 laki tak prasan kekuatan diorang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.126513 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list