View: 661|Reply: 7
|
Gula-Gula Tak Ada Rasa Dijual, Rasa Macam Nasi Putih
[Copy link]
|
|
Tokyo: Rangkaian kedai serbaneka Jepun, Lawson, baru-baru ini melancarkan produk baharu yang agak menarik iaitu gula-gula tanpa rasa.
Lawson, salah satu rangkaian kedai serbaneka terbesar di Jepun sedang menguji beberapa produk, termasuk Aji no Shinai yang dinamakan 'Aji no Shinai? Ame' (Tasteless? Candy), yang tidak mempunyai rasa.
Mengikut maklumat pada pek pembungkusan, gula-gula 'Aji no Shinai? Ame' hanya mempunyai dua bahan iaitu polydextrose pengganti gula sintetik dan erythritol pengganti gula organik.
Foto: Agensi
Seorang lelaki di SoraNews24 mendapat pek percubaan itu dan terkejut dengan betapa hambarnya, gula-gula itu.
Tetapi walaupun pembuat Aji no Shinai? Ame dapat mengurangkan rasa kepada hampir langsung tiada rasa, gula-gula itu nampaknya mempunyai aroma yang sangat samar apabila diuji SoraNews24, berbanding dengan minuman yang lain.
Terdapat juga sedikit kemanisan padanya, yang dikatakan seperti rasa nasi putih. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
tu kalau makan tu agak2 paras gula naik berapa tu kena check juga even tasteless |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe la
Skang pung banyak makanan ada ajinomoto..
Aji no shinai tak yah lah
Kita dah makan dah ajinomoto |
|
|
|
|
|
|
|
macam xda pekdah je makan |
|
|
|
|
|
|
|
ni utk pendiet nak hilangkan ketagih mkn gula2kah?
atau utk pesakit diabetis...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|