CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6440|Reply: 16

KALIBER RIFLE TEMPUR YANG SESUAI UNTUK PERTEMPURAN SEKARANG

[Copy link]
Post time 24-10-2010 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Perbandingan Peluru 7.62 (kiri) dengan 5.56 (tengah)
1. Pakar-pakar industri pertahanan serta pemerhati industri pertahanan sedang hangat membincangkan keperluan yang sesuai untuk menjadikan rifle tempur yang sesuai untuk digunakan pada keadaan pertempuran sekarang. Rifle tempur menjalani satu evolusi yang boleh dikatakan amat panjang dengan permulaannya dikenali sebagai muskeet dan menggunakan peluru dari jenis bebola yang perlu diisi dari hadapan muncung laras. kemajuan teknologi serta kajian yang dilaksanakan hasil daripada penglibatan dalam pertempuran telah menjadikan rifle tempur sebagaimana yang kita lihat sekarang.2. Kriteria utama yang menjadi perbincangan adalah jenis peluru yang sesuai digunakan. Sekarang 2 jenis peluru yang digunakan secara meluas oleh tentera-tentera di serata dunia iaitu 5.56 dan 7.62. Bagi kedua-dua peluru ini ia adalah berlainan di antara jenis yang digunakan oleh Pakatan NATO dan juga Pakatan WARSAW. Sebelum peluru 5.56 diperkenalkan semasa Perang Vietnam, kebanyakan rifle menggunakan peluru dari jenis 7.62 yang mana NATO menggunakan 7.62 x 51mm NATO(nombor pertama ialah diameter, nombor kedua ialah panjang kelongsong dalam ukuran metrik) dan bagi Pakatan WARSAW menggunakan 7.62 x 39mm. Peluru 5.56 diperkenalkan adalah untuk membolehkan anggota membawa jumlah peluru pada bilangan yang lebih sekali ganda berbanding peluru 7.62 pada kadar berat yang sama. Sebagai perbandingan secara kasar bagi berat 1 kg, 30 butir peluru 7.62 boleh dibawa manakala bagi peluru 5.56, sebanyak 60 butir peluru dapat dibawa pada jumlah berat yang sama. Ini dapat dikatakan dapat meningkatkan kuasa tembakan melalui jumlah peluru yang dibawa dan ianya kelebihan kepada anggota untuk sustain  di medan pertempuran. Kuasa sentakan pada senjata dapat dikurangkan akibat recoil senjata. Disebabkan itu ia dipilih menjadi peluru bagi rifle tempur kerana ia ringan dan upaya meningkatkan kuasa tembakan.


3. Keadaan ini berubah setelah After Action Review (AAR) yang dilakukan oleh tentera Amerika semasa pencerobohan ke atas Iraq dimana kebanyakan tentera mereka mengatakan bahawa kaliber peluru 5.56 yang digunakan oleh mereka tidak dapat membunuh musuh sebagaimana berbanding apa yang dilakukan oleh peluru 7.62. Peluru 5.56 tidak mempunyai daya atau kesan robekan yang kuat danini menyebabkan ianya tidak dapat menembusi halangan seperti pagar yang dibuat dari lumpur dan juga dinding batu. Tentera Amerika dapat melihat kesan tembakan senjata AK 47 yang menggunakan peluru 7.62 yang mana ianya sedikit sebanyak memberikan kesan psikologi terhadap mereka. Selain itu juga, kebanyakan veteran kita juga gemar menggunakan senjata SLR 7.62 walaupun saiznya amat berat dan panjang. Ianya dikaitkan dengan ketepatan tembakan dan juga penembusan peluru tersebut yang mampu dilakukan terhadap pokok-pokok apabila komunis berlindung.

7.62 (kiri), 6.5 grendel (tengah),
5.56 (kanan)

Senjata QBZ - 95 dan pelurunya
4. Bagi mengatasi kekurangan pada peluru 5.56 dan 7.62, beberapa negara telah memperkenalkan peluru yang dikatakan mempunyai saiz yang optima dengan kesan yang memberangsangkan. China telah mengejutkan dunia dengan memperkenalkan kaliber peluru yang baru bagi senjata baru mereka. Apabila senjata QBZ - 95 (yang mempunyai bentuk seakan FAMAS) diperkenalkan semasa penyerahan Kepulauan Hong Kong, mereka didapati menggunakan peluru 5.8 x 42 mm. Selain daripada peluru 5.8, satu lagi peluru yang dikatakan mempunyai sifat 5.56 dan 7.62 telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Peluru tersebut adalah hasil daripada kajian Pusat Operasi Khas Amerika Syarikat (SOCOM) dan hasilnya adalah 6.5 x 38mm dikenali sebagai Grendel. Walaupun peluru ini dikatakan amat sesuai sebagai peluru yang optima bagi senjata rifle tetapi ia akan mengambil masa kerana ia melibatkan kos dan juga keperluan logistik. Ini akan menyebabkan ada sesetengah negara tidak begitu senang dengan pertukaran peluru ini.

5. Walau apa saiz yang difikirkan untuk mendapatkan kesan yang yang diingini, marksmanshippengguna senjata tersebut adalah amat penting kerana mereka yang akan menentukan titik jatuh peluru tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2010 11:58 AM | Show all posts
Walau apa saiz yang difikirkan untuk mendapatkan kesan yang yang diingini, marksmanship pengguna senjata tersebut adalah amat penting kerana mereka yang akan menentukan titik jatuh peluru tersebut


Untuk pengetahuan semua Forumer kita patut bangga sebab M'sia ada kilang peluru iaitu SMEO di Batu Arang dibangunkan oleh anak tempatan menggunakan teknologi luar dan dalam...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:26 PM | Show all posts
Bagus ni dapat info tentang peluru...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2010 12:30 PM | Show all posts
Bagus ni dapat info tentang peluru...huhu
amir_70014 Post at 24-10-2010 12:26



    Benci ngan peluru 7.62 sebab,,masa latihan gonzales lasak dulu kena bawak GPMG.. bawak 7.62 beribu-ribu lemon....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:33 PM | Show all posts
Reply 4# perang_sivil

Oo banyaknya kena bawak..huhu riban2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 08:20 PM | Show all posts
peluru yang cuba diperkenalkan amerika tu dapat bantahan anggota NATO sbb masalah logistik yg dihadapi oleh negara pakatan , bayangkan kos nak ubahsuai senjata lagi , setahu aku unit khas je yg guna saiz tu sekarang
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2010 08:31 PM | Show all posts
Reply 6# hyazinth79


    unit aku pun guna peluru mcm tue gak..yang tracer pun ada.... Unit khas pakai peluru sniper yang khas..this common ammo actually
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 01:29 AM | Show all posts
Untuk pengetahuan semua Forumer kita patut bangga sebab M'sia ada kilang peluru iaitu SMEO di Ba ...
perang_sivil Post at 24-10-2010 11:58


SMEO  tu buat peluru under licensed from COLT. CO AMERIKA SERIKAT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2010 01:39 AM | Show all posts
SMEO  tu buat peluru under licensed from COLT. CO AMERIKA SERIKAT
eltoro Post at 25-10-2010 01:29



    Sangat betul..tapi dibangunkan oleh tenaga tempatan.. aku pergi sana tahun lepas tgk pekerja2 dia semua local people, makcik2 ramai..no bangla indon.. tapi warga tua ni nampak profesional walaupun kerja isi belerang heee
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 01:49 AM | Show all posts
Sangat betul..tapi dibangunkan oleh tenaga tempatan.. aku pergi sana tahun lepas tgk peker ...
perang_sivil Post at 25-10-2010 01:39


locally assembled  by malay & u have to pay fee to colt. co america
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 07:09 AM | Show all posts
Reply 10# eltoro


    every technologie we had to pay..semua kena bayar bagi hak paten..M'sia tak semaju US dalam teknologi persenjataan dan peluru..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 11:16 AM | Show all posts
Pleuru kat SMEO tu SS109 ke M193?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 11:29 AM | Show all posts
Reply 12# alphawolf


    dua2 jenis ada ... banyak peluru dihasilkan disana..Manager dan tokey dia kayaraya..gemuk2 mcm ayam daging nak naik keta tak muat tapi ada hati nak pakai ferrari..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 12:53 PM | Show all posts
Reply 10# eltoro


lalu... ada yang takut terketq-ketaq ...

ato sakit hati wak???
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 11:50 AM | Show all posts
kalau pakai lee enfield macam dalam citer bukit kepong tu,orait tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2010 05:12 PM | Show all posts
Reply 15# jkkkj


    sangat konvensional..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2010 11:59 PM | Show all posts
SMEO  tu buat peluru under licensed from COLT. CO AMERIKA SERIKAT
eltoro Post at 25-10-2010 01:29



Colt mana buat peluru. Dah sepuluh tahun aku dok menembak kat US tak pernah lagi aku dengar Colt buat peluru. Peluru untuk US forces are made by  gov arsenals(Radford, Lake City) or private companies such as Winchester or Federal.
Kalau dulu kat US nih boleh beli suplus ammo dari Malaysia. Dalam kotak putih, kat luar tulis "20 butir Ball M193" dan "SMEO". Shooters kat US regard Malaysian surplus ammo highly. Better quality and performance than other surplus ammo and most commercial ammo. It's hot, velocity out of a 16 in barrel is close to 3300fps. Sekarang tak de dah supply. So something to be proud of. Malaysian made ammo are good to go.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.065511 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list