CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

[Selangor] Lima rumah di Kampung Sungai Sireh terjejas banjir

[Copy link]
Post time 12-11-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode

MANGSA banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Sungai Sireh selepas rumah mereka terjejas akibat banjir. FOTO IHSAN JBPM

Tanjong Karang: Sekurang-kurangnya lima rumah membabitkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga di Kampung Sungai Sireh, di sini, terjejas akibat banjir selepas hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 8.26 malam.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dihantar ke lokasi kejadian.


"Berdasarkan laporan awal, sebanyak empat lokasi di Kampung Sungai Sireh terjejas banjir iaitu Lorong 14, 15, 18 dan 19.

"Pada masa sama, paras air di lokasi kejadian pada kedalaman 0.3 meter," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Norazam berkata, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh.

Menurutnya, pihak bomba akan terus melakukan pemantauan terhadap paras air dari semasa ke semasa.

Untuk rekod, di Selangor, beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat serta parit yang tersumbat.

Susulan itu, negeri ini membuka tiga PPS iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Johan Setia, SK Sungai Binjai dan Masjid Al Falah Kampung Budiman.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... reh-terjejas-banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.076914 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list