View: 1315|Reply: 10
|
Terbalikkan Meja, Ugut Nak Pukul, Koyakkan Kain Rentang-Pakcik Tua Mengamuk Dalam Mesyuarat Parti Politik
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki ditahan polis selepas menimbulkan kekecohan dalam satu mesyuarat parti politik dengan bertindak menterbalikkan meja dan mengugut memukul pengerusi mesyuarat di sini, semalam.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 50-an itu ditahan kira-kira pukul 10 malam di pejabat parti di kawasan pentadbiran Melaka Tengah.
 Gambar Hiasan
“Semalam kita telah menahan seorang lelaki selepas menimbulkan kekecohan dengan menterbalikkan meja, kerusi dan mengoyakkan kain rentang.
“Suspek juga mengancam akan memukul pengerusi mensyuarat ketika perbincangan sedang dijalankan di pejabat itu di Melaka Tengah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan berkaitan khiasat dan ugutan.
“Setakat hari kelima kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlangsung, kontinjen Melaka telah membuka dua kertas siasatan berhubung kes khianat,” ujarnya.
Kelmarin Kosmo! melaporkan, polis Melaka membuka satu kertas siasatan berkaitan jenayah khianat mencabut bendera parti pada hari ketiga tempoh berkempen PRU15.
Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila terdapat bendera parti dicabut dan dicampakkan di atas jalan raya di dalam daerah Melaka Tengah.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
banyak nau makan cencalok ni |
|
|
|
|
|
|
|
keje level2 macai gini, memang ala2 gangster je.. bikin kecoh, hiruk pikuk..
dah dapat dedak la tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
kuat ke nak pukul pengerusi mesyuarat tu? nanti jadi macam pakcik road rage.. terus cium tar jalanraya |
|
|
|
|
|
|
|
Overdose cencaluk sotong kot nih |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tu gurau je sbnrnya
org luar melaka nmpk kasar
kan org melaka terkenal ckap kasar/marah2 bagai?..
sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
xdakk masalah carikk masalah. xpasai ke dalam. menyusahkan diri sendri n keluargaa  |
|
|
|
|
|
|
|
Rdizz replied at 10-11-2022 04:41 PM
Parti apa tu?
Merah putih
 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Rdizz at 11-11-2022 06:21 PM
juboqhang replied at 11-11-2022 04:08 PM
Merah putih
Mana bukti, tunjuk gambo.
Dah terbukti parti biru dacing
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5092006&extra=page%3D1&mobile=2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|