View: 4446|Reply: 0
|
Tak Perlu Tukar Mata Wang, TnG eWallet Kini Boleh Digunakan Di China
[Copy link]
|
|
Tak Perlu Tukar Mata Wang, TnG eWallet Kini Boleh Digunakan Di China
Touch 'n Go eWallet telah memperluaskan lagi sempadannya ke Tanah Besar China melalui kolaborasi bersama AliPay+ daripada Ant Group.
Ini merupakan eWallet daripada Malaysia yang pertama untuk pergi jauh sehingga tahap antarabangsa. Ianya bertujuan untuk memastikan rakyat melancong ke luar negara dengan lebih selamat.
Kini pengguna boleh melancong dan menggunakan pembayaran tanpa tunai serta tidak perlu menukar nilai mata wang.
Touch 'n Go eWallet boleh digunakan di mana-mana kedai yang menerima pembayaran AliPay+. Maknanya, apabila kedai tersebut memaparkan kod QR AliPay+, pengguna Touch 'n Go eWallet secara tidak langsung boleh melakukan pembayaran.
Servis ini tersedia di beberapa buah negara seperti Singapura, Jepun, Korea Selatan, Britain, Itali, Perancis dan Jerman.
AliPay+ telah digunakan secara meluas pada hampir 1,000 platform atas talian, 10 buah pusat penerbangan dan juga lebih 90,000 buah kedai serbaneka.
E-Wallet Malaysia hanya tersedia kepada negara-negara di belah timur laut Asia. AliPay+ pula telah tersedia di beberapa buah negara yang besar seperti Korea Selatan, Jepun serta di sekitar Asia Tenggara.
Melalui kolaborasi yang kelihatan seperti kecil ini telah membuka langkah besar kepada hampir 2.5 juta pedangang di seluruh dunia. Hubungan mereka bersama pelanggan lebih diperluaskan melalui penyediaan jenis pembayaran secara digital yang pelbagai.
Sumber: TheEdgeMarkets
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|