CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1029|Reply: 14

[Tempatan] 'Pilot darat' dapat gaji RM10K sebulan

[Copy link]
Post time 9-11-2022 01:57 PM | Show all posts |Read mode
'Pilot darat' dapat gaji RM10K sebulan

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -gaji-rm10k-sebulan

Redzuan Muharam dan Izzati Zaidi
[email protected]

Disiarkan pada: November 9, 2022 @ 12:00pm


MOHAMAD Rais mampu raih pendapatan lumayan dengan menjadi pemandu treler walaupun pekerjaan itu dipandang sinis masyarakat.

Klang: Kerja duduk sahaja dan karier orang malas. Itu tuduhan sinis pernah dilemparkan beberapa individu terhadap lelaki dikenali sebagai Mohamad Rais, 31, menerusi laman sosial hanya kerana bekerja jadi pemandu treler.

Hakikatnya ramai yang tidak mengetahui kerjaya sebagai 'abang lori' mampu membolehkannya hidup selesa serta meraih pendapatan bulanan antara RM7,000 hingga RM10,000.

Melalui pendapatan lumayan itu, dia mampu menyimpan wang serta membeli kereta model luar negara selain memiliki kondominium, di sini.

Di sebalik kesenangan dikecapinya kini, Mohamad Rais memberitahu dia hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya merantau dari kampung halaman di Sandakan, Sabah, ke ibu kota kira-kira 12 tahun lalu demi mengubah nasib hidup.

"Pada awalnya, saya sekadar pemandu lori di dalam kawasan pelabuhan. Ini kerana saya tidak mampu mengambil lesen memandu treler sewaktu mula tiba di Semenanjung.

"Bagaimanapun, saya berusaha mengumpul wang dan mengambil lesen kelas E (lesen kenderaan berat melebihi 7.5 tan) untuk melayakkan saya bekerja sebagai pemandu treler selain berpeluang memandu treler di luar kawasan pelabuhan.

"Saya bersyukur akhirnya diterima bekerja oleh sebuah syarikat walaupun kebanyakan majikan mahukan pemandu lori atau treler berpengalaman," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Mohamad Rais, bukan mudah untuknya berada di tahap sekarang kerana memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.

"Pendapatan sebagai pemandu lori atau treler ini bergantung kepada jumlah 'trip' (jumlah tugas penghantaran). Lebih banyak 'trip', semakin banyak diperoleh.

"Kebiasaannya saya akan pulang ke rumah tiga ke empat kali dalam seminggu bergantung tugasan 'trip' serta masa perjalanan.

"Tugas ini memang mencabar berikutan saya sering tidur di jalanan. Bangun esoknya nampak jalan raya dan begitulah yang perlu dihadapi setiap hari," katanya.

Biar apa pun tanggapan masyarakat, Mohamad Rais bersyukur dengan rezeki yang ada malah sudah menganggap pekerjaan sebagai pemandu treler sebati dengan dirinya.

"Seronoknya pekerjaan ini kerana ia memberi peluang kepada saya 'pusing' seluruh Semenanjung, jumpa pelbagai orang dan lalui pengalaman baru setiap hari.

"Jadi tiada istilah bosan bagi saya. Walaupun pernah terbabit kemalangan, saya bersyukur ia tidak serius. Setakat ini isteri memahami kerjaya saya," katanya.

Berkongsi hala tujunya, Mohamad Rais berkata, dia tidak mungkin menjadi pemandu treler sehingga tua.

"Jadi, saya kini sedang mengumpul modal untuk membuka perniagaan sendiri apabila pulang ke Sabah suatu hari nanti," katanya.

Wanita lasak pun jadi pemandu lori

Bukan hanya lelaki berupaya memandu treler seberat puluhan tan malah kerjaya 'dunia lori' itu kini turut dipelopori wanita lasak.

Ketika ini ramai wanita muda mula berani menceburi kerjaya sebagai pemandu lori yang menjanjikan gaji lebih lumayan berbanding.

Nurul Amira Razali, 25, berasal dari Sungai Petani, Kedah, berkata, dia mula berminat dengan dunia lori itu sejak berusia 22 tahun apabila sepupunya mengajar 'selok belok' berkaitan lori.

"Tidak lama kemudian, saya mengambil keputusan mengambil lesen E bagi membolehkan saya memandu semua jenis lori," katanya.


NURUL Amira tak gentar jadi pemandu lori.

Dia yang memandu treler Scania seberat 36 tan memberitahu tugas mengendali jentera berat itu bukanlah perkara mudah tambahan lagi kerjayanya itu ditentang kedua ibu bapanya.

"Bukan semua orang boleh bawa lori atau treler. Malah ramai lelaki yang tidak mampu mengendali jentera berat ini.

"Apa yang utama adalah perlu ada keyakinan dan kepercayaan pada diri kalau tak macam mana nak bawa jentera seberat ini.

"Ibu bapa saya mulanya menentang keputusan saya menjadi pemandu lori. Hampir setahun mereka memujuk saya menukar kerjaya sebagai kerani atau kerja di pejabat. Bagi mereka, perempuan tidak sesuai membuat kerja lasak dan ekstrim," katanya.

Dia turut menerima kritikan nitizen di media sosial yang mempertikaikan pilihan kerjayanya itu.

"Bagaimanapun, saya nekad meneruskan kerjaya sebagai pemandu lori apatah lagi tarikan gaji lumayan diterima.

"Saya mampu memperolehi purata gaji sehingga RM5,000 sebulan. Tidak seperti pemandu lori lain, saya tidak mengejar 'trip' dan hanya melakukan sekadar terdaya," katanya yang ditugaskan menghantar muatan gula dari Shah Alam, Selangor ke Batu Pahat, Johor.

Seorang lagi pemandu lori wanita, Wan Mahani Abdul Latif, 41, mengakui 'jatuh cinta' dengan kerjaya sebagai pemandu lori berikutan sukakan aktiviti lasak.

"Saya pernah bekerja sebagai guru sandaran namun mula menceburkan diri dalam kerjaya ini selepas mendapat dorongan suami," katanya.


WAN Mahani bekas guru sandaran yang kini menjadi pemandu treler.

Satu 'trip' pemandu boleh dapat RM500

Jangan pandang sebelah mata berikutan kerjaya pemandu lori tangki turut mampu menjanjikan gaji lumayan termasuk pelbagai imbuhan lain.

Mohd Tarmizi A Bakar, 31, sudah berkecimpung dalam 'dunia lori' selama 10 tahun. Berkhidmat dengan tiga syarikat berbeza, dia sudah lali dengan cabaran dan asam garam dalam 'dunia lori'.

Bapa kepada dua cahaya mata ini, mampu menyara keluarga kecilnya hasil pendapatan yang 'agak' lumayan daripada memandu lori.

"Satu trip saya boleh dapat dalam RM500 dan sebulan mampu menjangkau lebih RM 6,000. Jumlah ini tidak termasuk gaji pokok. Pendapatan ini lebih dari mencukupi untuk menampung kehidupan saya dan keluarga.

"Sepanjang bekerja sebagai pemandu lori, saya mampu untuk membeli kereta selain pelbagai barang emas," katanya.

Dia yang memandu lori tangki minyak sawit mengakui bukan mudah mengendalikan kenderaan berat yang kerap dikaitkan dengan nahas jalan raya.

"Kami tidak pernah mengeluh dengan kerja kami yang perlu berkhidmat siang dan malam bagi menghantar barangan di setiap pelusuk Malaysia. Tugas kami sekaligus memastikan bekalan untuk rakyat tidak pernah terputus," katanya.

Sementara itu, pemandu lori, Mohd Sharmizan Mohd Zaipal, 35, yang sudah berkhidmat di dalam 'dunia lori' sejak 12 tahun lalu mampu memperoleh pendapatan lebih RM 6,000 sebulan sekali gus.

"Sebelum Covid-19 melanda negara, pendapatan paling tinggi sebagai pemandu lori boleh mencecah sehingga RM9,000.

Namun jumlahnya gaji bersih boleh melebihi angka itu bergantung kepada jumlah 'trip' dilakukan dalam sebulan.

"Hasil pendapatan memandu lori ini membolehkan saya membeli rumah pada tahun 2018 selain memiliki kereta. Tidak dinafikan kerjaya ini berbaloi," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2022 01:59 PM | Show all posts
janji Halal...ok bah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 02:44 PM | Show all posts
balik2 cerita gaji
xcerita plak keja teruk mana mcm babi kandangpastu berlagak
aritu rider2 babi yg kemain eksen bercerita gaji dorg
skang da senyap
datang balik puak2 ni sembang gaji dorg
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 02:46 PM | Show all posts
Dapat RM10k tu pun sebab kejar trip. Lepas tu tak ada masa dan luah perasaan dengan tampal benda merapu di belakang lori.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah2 la pilot darat ni bgtau pasal gaji. Ramai je org kat Malaysia dapat lebih dari 10k, tapi tak perlu berpenat lelah memandu, duduk sedap2 kat bilik berpendingin hawa. Tapi, otak la penat.
Kesimpulannya, gaji setakat 10k, tak payahla nak bangga sangat
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-11-2022 02:46 PM
Dapat RM10k tu pun sebab kejar trip. Lepas tu tak ada masa dan luah perasaan dengan tampal benda mer ...

Kejar trip smpi lori treler sume sondol keter2 atas highway
Parents org lain yg mati..x pasal2 budak2 jd anak yatim piatu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji saya jauh lagi ye nak sampai 10k. Takkan sampai kot. Org yg saya cerita kat atas tu bukan saya. Saya kerja biasa2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 02:52 PM | Show all posts
dah lama dah tahu gaji diorg ni besar. tapi hati2 la. kalo laki pilot darat mmg x lekat umah. silap2 ada cawangan sana sini. tu belom lagi penat jalan jauh. tmbah jem waktu perayaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Palat. Darat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru2 ni pergi kelantan. Tertembung dengan pemandu lori samseng siap tunjuk penumbuk dekat iols. Aku dah siap bagi signal dari awal, dah highbeam utk masuk, pilot darat celaka ni tak bagi aku potong. Lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah gaji dorang berbaloi dgn keje. Tapi harap nye pilot2 ni bawak lori tu dgn berhemah juga & alert dgn pengguna2 jln raya lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
biras aku ada bwa lori gak, biasa borak2 dgn diaorg masa pkp sakit juga, sebab tiada barang
lepas tu memang selalu tiada kt rumah selalu masuk Singapore skrg dh susah masuk Singapore
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 06:00 PM | Show all posts
Kawan aku pun pemandu treler. Tapi klo masuk group wasap suka melalut cam lalok pun ada. Last2 kena kick. Taulah duit banyak tp jangan lah gelakkan kerjaya orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
greantea replied at 9-11-2022 02:52 PM
dah lama dah tahu gaji diorg ni besar. tapi hati2 la. kalo laki pilot darat mmg x lekat umah. silap2 ...

Biasanya mmg bukak cawangan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 06:42 PM | Show all posts
bagus lah ..
tapi bila ada di jalanraya, jgn cuba nak jadi raja
prihatin dengan kenderaan2 kecil

lumayan ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.280123 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list