|
KEADAAN air naik di sekitar Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, malam ini. FOTO Ihsan Pembaca
Hulu Langat: Hujan berterusan selama beberapa jam sejak tengah hari tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air, hari ini.
Penduduk Kampung Sungai Serai Norsila Zulkamal, 51, berkata, air mula naik di kawasan kampung itu jam 6.45 petang tadi.
"Hujan di kawasan ini sejak tengah hari tadi. Sekejap ia berhenti, lepas itu hujan balik sehingga sekarang masih (hujan) renyai.
"Setakat ini, air sudah naik di sekeliling rumah. Ada beberapa rumah jiran sudah dinaiki air," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Norsila berkata, dia sudah membuat persiapan dengan menyelamatkan barang berharga termasuk dokumen serta buku sekolah anak ke tempat tinggi.
"Saya sudah letak juga barang-barang keperluan rumah di tempat tinggi sebagai persiapan jika air terus naik.
"Setakat ini, air semakin surut. Saya harap air tidak akan naik semula nanti," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilanda-banjir-kilat |
|