View: 1736|Reply: 13
|
Masih Lemah Dan Dalam Pemantaun, Isteri Minta Zamani Deiberi Ruang Untuk Berehat
[Copy link]
|
|
"Kami sekeluarga sangat menghargai keprihatinan semua yang mengambil berat dan bertanya khabar. Walau bagaimanapun, kami memohon kerjasama dari semua pihak untuk memberi ruang kepada suami dan keluarga di waktu ini kerana dia masih berada di dalam keadaan lemah dan perlukan banyak rehat," kata isteri Zamani Slam, Nur Juliana Abd Rani.
Juliana berkata, dia amat bersyukur apabila suaminya itu sudah sedar dan kini berada di bawah pemantauan doktor. Malah, katanya, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 51, juga dalam proses untuk dipindahkan ke wad.
Foto: Harian Metro
"Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, suami saya sekarang sudah sedar dan berada di bawah pemantauan doktor. Seperti mana yang semua sedia maklum pembedahan dijalankan adalah satu pembedahan besar, maka untuk pulih dan kembali sihat pasti mengambil sedikit masa.
"Atas nasihat doktor, suami (Zamani) juga perlu banyak berehat supaya rawatan dan pemulihan terhadapnya berjalan dengan lancar. Kami memohon maaf kerana tidak dapat menerima sebarang tetamu untuk melawat buat masa ini.
"Diharap semua dapat memahami keadaan Zamani dan keluarga ketika ini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih untuk doa dan ucapan selamat daripada semua dan teruslah mendoakan agar Zamani segera sembuh dan sihat semula," katanya kepada Harian Metro menerusi kiriman Whatsapp.
Terdahulu, Zamani yang popular dengan lagu Rindiani dan Gerimis Mengundang selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan di Cheras, semalam.
Zamani difahamkan dibawa masuk ke dewan bedah sekitar jam 8 pagi semalam dan prosedur pembedahan itu memakan masa hampir tujuh jam seperti yang dimaklumkan pakar perubatan.
Difahamkan juga, tempoh pemulihan Zamani akan mengambil masa antara dua hingga enam minggu. Malah, dia turut memerlukan tempoh selama tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum boleh aktif menyanyi semula. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Macamlah paparatzi penuh kat sepital sampai ada percubaan masuk bilik dia. LOL. |
|
|
|
|
|
|
|
peminat fanatik, become PA, become rakan sedadih, rakan selokap, become wife... haruslah ciri fanatik tu masih ada persis masih di zaman kegemilangan pacik zamani lagi... everything was exaggerated...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
get well soon zamani |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 9-11-2022 08:34 AM
peminat fanatik, become PA, become rakan sedadih, rakan selokap, become wife... haruslah ciri fanati ...
Seriously.. Rakan mendadih jugak? |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 12-11-2022 05:52 PM
Seriously.. Rakan mendadih jugak?
Ditangkap bersama 2015 dulu. Betul la komen tu, memang fanatik till when when |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon acik j rilek dan tone down sikit. Ko emo sangat pun laki gak dapat tempias. Kenapa ada yg tak paham bahasa ke suruh zamani nyanyi ke nak melawat skg? Dah cakap rehat 3 bulan kan, rehat jelah |
|
|
|
|
|
|
|
Apa la tajuk thread ada pemantaun plak
Eja pemantauan pun xpass |
|
|
|
|
|
|
|
yer..asalnya peminat fanatik, lepas tu jadi ketua fan club, jadi pengurus pulak... kena tangkap mendadih bersama...hujung-hujung baru dapat jadi bini.. ehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 8-11-2022 09:36 PM
Macamlah paparatzi penuh kat sepital sampai ada percubaan masuk bilik dia. LOL.
Caregiver ini kekadang boleh dapat simptom hallusinasi tau....sentiasa berperasaan yg sominya sedang dikerumuni peminat2.....
Ko bukan bini retis mana ko nak tahu?
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by LadyCarefree at 14-11-2022 12:42 PM
stingergrumpy replied at 14-11-2022 08:08 AM
Caregiver ini kekadang boleh dapat simptom hallusinasi tau....sentiasa berperasaan yg sominya seda ...
aduh. kalau retis dan laki pulak retis? LOLLL makin perasanlah ya? |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 14-11-2022 12:03 PM
aduh. kalau retis dan laki pulak retis? LOLLL makin persasanlah ya?
Kalau tak over terperasan nanti dituduhnya takda kasih sayang pada suami yg tercinta dlm keadaan sedemikian...dan mulaler netizrns keluarkheun calculator casio...tolong countdownkheun hari bercerai.... |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 14-11-2022 09:00 AM
yer..asalnya peminat fanatik, lepas tu jadi ketua fan club, jadi pengurus pulak... kena tangkap me ...
Obses tul dia ya sampai sanggup mendadih,persoalannya adakah tok laki dia pun cinta mati sama dia? |
|
|
|
|
|
|
| |
|