CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

Samun Klinik Pergigian, 2 Lelaki Dalam Buruan Polis

[Copy link]
Post time 8-11-2022 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Polis memburu dua lelaki kerana disyaki terlibat menyamun sebuah klinik pergigian di Bandar Seri Putra, Bangi, petang Isnin.


ACKetua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata. pihaknya menerima satu laporan mengenai kejadian selain satu video tular berkaitan klinik berkenaan yang memaparkan dua lelaki memakai topi keledar bersenjatakan parang telah masuk dan merompak kakitangan serta pelanggan di premis itu.




Gambar hiasan




"Suspek telah mengambil sebuah Macbook, dua telefon bimbit, wang tunai hampir RM2,000 dan seutas rantai emas.


"Dalam kejadian ini, kesemua mangsa yang berada di dalam premis itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan malam Isnin.


Mohd Zaid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan dengan menggunakan senjata.


Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Insp Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan.




Sumber: Bernama








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.267166 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list