CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2705|Reply: 43

'Mana Datangnya Duit Perbelanjaan Banyak Itu?' - Tengku Zafrul Belanja Kempen Politik Lebih RM200,000?

[Copy link]
Post time 7-11-2022 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Kurang 72 jam selepas proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu, kini timbul pelbagai dakwaan kononnya berlaku pelanggaran Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 1957.


Pemasangan bahan kempen sebelum hari penamaan dan had perbelanjaan untuk membiayai kempen politik melebihi RM200,000 antara kesalahan yang didakwa dilakukan seorang calon berstatus menteri di kerusi P096 Kuala Selangor.


Calon Pejuang Parlimen Kuala Selangor, Shaid Rosli mendakwa, pesaing terbabit menganjurkan jamuan makan kepada orang awam sedangkan perbuatan itu dilarang sepanjang tempoh berkempen.




Calon Pejuang Parlimen Kuala Selangor, Mohd Shaid Rsoli bercakap kepada MalaysiaGazette di pejabatnya di Bandar Baru Puncak Alam, Kuala Selangor, semalam.




“Parti-parti ini telah melanggar proses berkempen, sepatutnya apabila nama diumumkan calon, maka barulah boleh pasang bahan kempen.


“Kesalahan ini dilakukan semua parti kecuali Pejuang yang tidak menaikkan apa-apa bendera dan bahan kempen sehingga muktamad proses penamaan calon pada Sabtu lalu.


“Peraturan juga telah mengatakan tidak boleh mengadakan sebarang bentuk jamuan makan kepada orang awam, tetapi semalam saya tengok dalam jadual calon itu sendiri ada majlis makan malam dengan veteran,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di pejabatnya di Bandar Baru Puncak Alam, semalam.


Shaid yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Jeram melahirkan rasa kesal apabila pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah tidak nampak pelanggaran peraturan yang dilakukan calon daripada kerajaan itu.


“Ini adalah salah guna kuasa, perkara ini kena tengok balik, dari awal lagi sudah tidak ikut peraturan, jadi SPR atau majlis tidak mengambil apa-apa tindakan.


“Saya nak tanya berapakah yang dibelanjakan BN di Kuala Selangor. Rata-rata nampak, kalau kita kira satu bendera 10 sen pun, kita sudah tahu (kos), apatah lagi benda-benda yang diberikan,” katanya.


Menurutnya, SPR dilihat tidak berani untuk mengambil tindakan mahupun membuat teguran ke atas calon parti pemerintah itu.


“Benda ini salah, saya tak pasti siapa yang perlu mengambil tindakan, adakah SPR tengah tidur tak nampak atau SPR disogok sehingga mereka tidak berani untuk mengambil sebarang tindakan ataupun teguran.


“Setiap kali cara kempennya mengadakan jamuan besar-besaran. Bila sudah kempen, sepatutnya tak boleh guna nama kementerian lagi, tetapi masih lagi.




FB Zafrul




“Mana datangnya duit perbelanjaan banyak itu untuk menyediakan jamuan berterusan, memberikan pelbagai hadiah, motorsikal, semuanya dapat hadiah yang mewah-mewah.


“Ini satu perbelanjaan yang besar, jadi di mana kerajaan atau SPR yang bertanggungjawab dalam isu-isu ini, jadi saya tak nampak,” dakwanya.


Tambahnya, jika SPR tidak mampu lagi untuk menguruskan pilihan raya kali ini, lebih tugas itu diserahkan kepada agensi kerajaan yang lebih berani menguatkuasakan undang-undang.


“Kalau tak mampu menguruskan pilihan raya dengan cara yang betul, maka mereka ini tak diperlukan lagi, kena tukar dengan jabatan-jabatan yang berani untuk mengendalikan benda-benda ini.


“Benda ini amat mengecewakan dan tak tahu berapa banyak duit telah digunakan untuk membawa kumpulan anak muda. Saya dimaklumkan, anak-anak muda yang datang dengan motosikal diberikan sebanyak RM200 setiap seorang.


“Itu satu bentuk rasuah, dimaklumkan anak-anak muda ini akan diberi RM200 setelah memangkah, letak kad pengenalan dan ambil gambar. Kemudian pergi tuntut RM200. Jadi suatu perbuatan yang menjijikkan,” katanya lagi.




Sumber: MalaysiaGazette






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 07:11 PM | Show all posts
Baru masokk politaikk dah salah lakiu phuiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 07:16 PM | Show all posts
Duit UMNO dan Parti banyak Dik.. berBilliun  dan dicampur  juga sumbangan ahli2 perniagaan, pelobi2  ahli politik yang menjilat demi kelangsungan kekayaan mereka. benda ni open secret dikk. Stakat 200K tu celah gigi deme jer.





Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la bila masuk politik, tak pernah rasa being low rank and hustle to the top. Tiber je dah kt atas. Profil mantap pun nampak lembikkk.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
200k kecik jer bagi politaik2 ni..lain la kalau dia jaga sekolah keb tamil..tukang kebun..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Calon PN tempatku pun belanja $180k Masa last PRN ... Dia yng cakap kat orang2 dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2022 08:04 PM | Show all posts
habis tu geng2 perantau dapat duit tambang balik ke Pantai Timur mengundi kira macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
apalancut replied at 7-11-2022 07:16 PM
Duit UMNO dan Parti banyak Dik.. berBilliun  dan dicampur  juga sumbangan ahli2 perniagaan, pelobi2  ...


Zafrul ni bukan dlm list pandora papers ke?duit dia sendiri pun byk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 08:07 PM | Show all posts
patutnya psg bendera/banner/.bunting/poster tu semua diharamkan

majlis2 jamuan santapan tu semua banned

org nk pilih pemimpin, bukan nak buat taik hasil makan jamuan2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau bukan duit umno pun, sah2 dia dari keluarga kaya, keja position tinggi even before jadi ceo cimb. ingat gaji dia rm2k sebulan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 7-11-2022 08:07 PM
patutnya psg bendera/banner/.bunting/poster tu semua diharamkan

majlis2 jamuan santapan tu semua ba ...

kalau x dipasang bendera x meriah lah, org pun xtau tgh dalam mood pilihanraya

majlis2 santapan tu semua patut potluck je
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rafiji yg xde jawatan pun ada aset 19juta hengget. Apa citaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukankah nama dia ada dlm Pandora papers ke dek? Cer tanyer dek
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Campaign donation dari Pegaga kut.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Chuols kt kawasan iols lg meriah sepanduk dan bendera zuraida kamarudin ok. Bendera BN & PH pun sendu. Tp yg iols pelik bendera warisan pun byk. Terus iols wonder iols ni kt sabah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 7-11-2022 07:56 PM
200k kecik jer bagi politaik2 ni..lain la kalau dia jaga sekolah keb tamil..tukang kebun..

200k tu limit belanja yang ditetapkan oleh SPR. Kecik ke besar untuk calon bukan isu. Kalau belanja lebih dari 200k bermakna melakukan kesalahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 7-11-2022 09:39 PM
Chuols kt kawasan iols lg meriah sepanduk dan bendera zuraida kamarudin ok. Bendera BN & PH pun send ...

Kawasan iols dari 2-3 minggu lepas bendera PN PAS merata.  Derang ni tak faham bahasa kut.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:41 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
fezy replied at 7-11-2022 08:15 PM
kalau bukan duit umno pun, sah2 dia dari keluarga kaya, keja position tinggi even before jadi ceo ci ...

Masalahnya limit ditetapkan SPR ialah 200k sahaja. Xleh belanja lebih dari tu. So SPR kena check lah perbelanjaan calon.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana dpt duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.249726 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list