CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 978|Reply: 3

Zarina teruja saksikan naskhah pertama Azal

[Copy link]
Post time 7-11-2022 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Zarina teruja saksikan naskhah pertama Azal



Zarina bersama anaknya, Azal Azrai.



Kuala Lumpur: Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi rasa teruja untuk menyaksikan telefilem pertama lakonan anak istimewanya, Azal Azrai berjudul Kasih Dari Syurga yang akan ditayangkan malam ini.

Zarina ketika dihubungi berkata, ini adalah naskhah pertama yang menyaksikan Azal memegang peranan utama.

"Sebelum ini, dia pernah berlakon, tapi sebagai pelakon tambahan untuk watak yang sangat kecil. Jadi, kali ini rezeki untuk Azal memegang watak utama dalam telefilem Kasih Dari Syurga ini," katanya kepada Harian Metro.

Zarina juga mengucapkan terima kasih kepada pengarah, Riza Baharudin dan Jasmin Hamid selaku penerbit yang memberi peluang kepada anaknya.

"Saya rasa sangat bertuah kerana diberi peluang oleh penerbit, Jasmin Hamid dan rakan kongsinya serta mendapat bantuan pengarah Riza Baharudin yang banyak memberi tunjuk ajar kepada Azal dengan penuh kesabaran.

"Alhamdulillah, Azal boleh buat. Dah lama saya menyimpan hasrat untuk melihat dia berlakon," katanya.

Ditanya sama ada Zarina akan mengizinkan Azal untuk terus pergi jauh dalam bidang lakonan, Zarina terbuka hati.

"Kalau ada tawaran lagi untuk Azal, saya akan terima sebab dia pun memang minat berlakon. Lagi satu, saya nak dia berdikari dan memberi peluang kepada dirinya sendiri.

"Dia adalah anak dan juga pembantu peribadi (PA) saya. Tapi, dia cakap, kalau dia jadi pelakon, saya pula kena jadi PA dia," katanya.

Kasih Dari Syurga mengisahkan mengenai Azli, remaja yang menghidap Autisme dan melalui fasa kehidupan keluarga yang berpecah belah selepas ditinggalkan bapanya yang tidak mampu menerima kekurangannya.

Selain Azal, telefilem yang akan ditayangkan di TV2 pada jam 9 malam ini juga turut dibintangi Raja Azmi, Haeriyanto Hassan, Meor Mhd, Mili Supina dan Jasmid Hamid.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... askhah-pertama-azal

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah ader kabel
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la tak tau nak komen apa… semoga Allah pelihara Azal sentiasa… Aaminn
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Drma autism or apa2 kisah ank istimewa msia balik2 tema gitu je. Bapak mak xleh terima ank istimewa sedih meleh2. Tgk omputeh bt cite the accountant, good doctor. Tema autsm msia smua bajet rendah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.191674 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list