CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Selangor] Curi diesel 10 kali sehari

[Copy link]
Post time 7-11-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA peralatan digunakan sindiket untuk menyeludup diesel bersubsidi. FOTO ihsan KPDNHEP

Rawang: Isi minyak diesel di stesen minyak secara berulang sehingga 10 kali sehari untuk dihantar ke stor haram berhampiran premis terbabit di daerah ini.

Itu taktik sindiket penyeludupan diesel bersubsidi dari sebuah stesen minyak di Rawang ke sebuah stor haram di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun kegiatan sindiket terbabit tumpas selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyerbu premis terbabit jam 9 malam, 1 November lalu.


Pengarahnya, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, operasi hendap itu adalah susulan daripada aduan yang diterima berhubung aktiviti pergerakan lori yang membuat pengisian minyak diesel secara berulang di stesen minyak.

Menurutnya, serbuan oleh pasukan operasi dilakukan semasa aktiviti pengisian minyak diesel sedang dilakukan oleh pemandu lori di sebuah stesen minyak di Rawang.

"Modus operandi aktiviti ini adalah membuat pengisian di stesen minyak secara berulang antara enam enam hingga 10 kali sehari untuk dihantar ke stor berhampiran yang disyaki stor haram.

"Berdasarkan situasi ini, dipercayai terdapat aktiviti urus niaga jual beli di antara stesen minyak yang berdekatan dengan stor itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuhairi berkata, suatu Arahan Pengisytiharan Stok dan Mengemukakan Maklumat/Dokumen mengikut Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961) dikeluarkan kepada stesen minyak berkenaan.

"Pasukan serbuan turut menahan dua lelaki dipercayai terbabit sebagai pemandu lori sebelum dirakam percakapan dan dilepaskan dengan jaminan polis.

"Dua lori terbabit disita dan minyak diesel di dalam tangki lori yang disita adalah sejumlah 830.3 liter dengan anggaran keseluruhan nilai sebanyak RM300,000," katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 ke atas pemilik stesen minyak kerana melanggar Peraturan 12A kesalahan di bawah Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... esel-10-kali-sehari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.059528 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list