CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

[Selangor] Rampas pelbagai barangan tiruan bernilai RM16,225

[Copy link]
Post time 7-11-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode

KPDNHEP Selangor merampas pelbagai barangan tiruan bernilai RM16,225 di sebuah premis di Taman Garing Utama, Rawang. FOTO KPDNHEP

Rawang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas pelbagai barangan tiruan bernilai RM16,225 di sebuah premis di Taman Garing Utama, Rawang di sini, Rabu lalu.

Pengarahnya, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, KPDNHEP Selangor menggerakkan satu operasi di bawah Perlindungan Harta Intelek yang dengan kerjasama bersama wakil pemilik cap dagang pada 8.30 malam.

Menurutnya, asas tindakan adalah aduan yang diterima daripada wakil pemilik cap dagang berdaftar berhubung terdapat aktiviti mencurigakan membabitkan cap dagangan yang diwakili.


"Sebuah premis jenis gudang tanpa nama dipercayai dijadikan sebagai tempat penyimpanan dan pembungkusan pelbagai barangan jualan secara dalam talian.

"Susulan maklumat itu, satu serbuan dijalankan bersama wakil pemilik cap dagang di lokasi yang dilaporkan dan pasukan menjumpai pelbagai barangan seperti selipar (3,520 pasang), topi (760 unit), seluar (135 pasang) dan sarung kaki (120 pasang) dengan pelbagai jenama, saiz dan rekaan yang dipakaikan dengan suatu cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran pemilik cap dagang yang sah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuhairi berkata, ketika pemeriksaan seorang lelaki dirakam keterangan dan memberi kerjasama sepanjang pemeriksaan.

"Potensi kesalahan adalah membabitkan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah mengikut Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019 (ACD 2019) dan suatu kesalahan mengikut Seksyen 102(1)(c) ACD 2019," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-bernilai-rm16225
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.228971 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list