CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 250|Reply: 0

[Selangor] Tumpasnya sindiket 'jual' tubuh gadis remaja

[Copy link]
Post time 7-11-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode

Acryl Sani bersama Surachate Hakparn hadir pada sidang media tangkapan dan penyerahan 3 orang dikehendaki daripada Polis Diraja Malaysia kepada Polis Diraja Thailand di Balai Pelepasan Semenanjung, Subang. FOTO GENES GULITAH

Subang: Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks membabitkan gadis remaja ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas lima warga asing termasuk tiga dalang wanita Thailand diberkas polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Thailand (RTP) menangkap dalang terbabit bersama tiga pekerja lelaki Indonesia berusia 30 hingga 39 tahun di sekitar Lembah Klang, pada 26 dan 29 Oktober lalu.

Susulan itu katanya, seramai empat wanita masing-masing dua warga Thailand dan Indonesia berusia 18 tahun diselamatkan dan ditempatkan di pusat perlindungan di bawah arahan perlindungan sementara (IPO).


"Kami terima maklumat sindiket itu diberikan polis Thailand awal Oktober lalu. Kami kemudian mengambil tindakan susulan sebelum menahan kesemua suspek.

"Sudah tentu PDRM dan RTP mempunyai kerjasama baik sejak sekian lama. Malah kami ada membuat mesyuarat bilateral disertai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan polis marin bagi membincangkan isu keselamatan sempadan antara kedua-dua negara.

"Banyak maklumat dikongsi mengenai sindiket itu yang membawa kepada penahanan semua suspek dalam tempoh singkat," katanya berhubung tangkapan dan penyerahan tiga orang dikehendaki kepada RTP di balai pelepasan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, di sini, tadi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Thailand, Surachate Hakparn.

Ditanya identiti suspek, Acryl Sani berkata, pihaknya tiada niat untuk mendedahkan perkara itu kerana ia akan mengganggu proses siasatan pada masa ini.

"Warga Thailand itu akan dihantar pulang mengikut akta imigresen bagi berdepan tindakan undang-undang di sana. Setakat ini, kita tidak memburu suspek lain dalam kes ini.

"Kita sentiasa menjalin kerjasama erat dengan pasukan polis di rantau ini untuk mencegah kegiatan jenayah secara menyeluruh," katanya.

Sementara itu, Surachate berkata, terdapat seorang remaja perempuan warga Thailand berusia 14 tahun menjadi mangsa sindiket itu.

"Untuk makluman, hasil kerjasama PDRM dan RTP berjaya menyelesaikan kes sindiket pemerdagangan manusia merentasi sempadan.

"Dalang terbabit memasuki Malaysia bagi menjalankan aktiviti pelacuran. Sindiket ditumpaskan selepas RTP menyalurkan maklumat berkaitan pemerdagangan manusia untuk siasatan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tubuh-gadis-remaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.060895 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list