CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6555|Reply: 26

Cerpen: Kebahagiaan Dalam Perpisahan

[Copy link]
Post time 18-10-2010 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ShahGraphixer at 18-10-2010 22:25



KARYA : WAZRUL SHAH

Cerpen ini telah dibengkelkan oleh sasterawati negara, Azmah Nordin..


Pawana yang berderu kencang membuat Asrar terjagadari lena nan panjang. Pelupuk matanya bingkas terbuka. Lantas berlegar-legarsejenak ke seluruh perosok ruang kamarnya itu dalam kebilan berat yang sukardikendali.
Sebelum tertancap tegar padasuasana luar melalui ruang jendela yang dikuak luas. Justeru mengamit kehadiranpusaran angin yang memberi nafas mesra pada persekitaran kamar.Tak terkecualimembelai nakal ke guraian rambutnya.

Sejurus kemudian dibangkitkan tubuhnya dari ranjangbujang itu. Lantas segera berlangkah gontai mendekati ruang jendela yang sama.Sembari melayarkan retina mata ke dada langit yang ditaburi gombolanbintang-bintang berkelipan. Memaut rasa tenang di nubari lewat bioskop malamciptaan Tuhan yang sukar disangkal ketakjubannya. Malah tak putus dikagumidalam diam.

Asrar berdengus lesu. Jam besar berbentuk lonjongyang bergantung kaku di muka dinding kamar, dilirik matanya sepintas lalu.Menekur kedudukan jarum jam itu sambil menjongket sebelah kening mata. Bagaikanakur pada kebiasaan yang sering diulit ketika dirinya terjaga mendadak sepertiitu di pertengahan malam. Agak sukar hendak memujuk mata untuk kembali melena.Malah dia akan berbuat perkara yang digemarnya bagi mengisi luangan waktu.

‘Baru pukul empat pagi. Cuaca pun seperti mahu hujansaja. Lebih baik aku tutup jendela ini sebelum hujan menempias masuk!’ gumam Asrardi dalam hati.

Dengan pantas, jemari kedua tangannya bingkas menarikdaun tingkap yang terkuak luas lalu mengatupnya rapat-rapat. Sembari menyangkakketerobosan angin yang masih berpusar kengang di luar. Dia akur. Kawasan rumahyang terletak di pinggir laut itu memberi suatu suasana baginya untuk
merasai deru bayu dari laut serta bunyidesiran ombak yang beralun tenang.

Sejurus kemudian, Asrar melangkah keluar dari kamarlalu menuju ke ruang tamu rumah.. Sembari menghidupkan suis lampu yang terlekapkemas di muka sudut dinding dengan hujung jari tangan.

‘Ya Allah! Televisyen terpasang! Tetapi tiada orangyang menontonnya pula.’ Asrar mengomel sendirian di dalam benak.

Sekilas tampak sosok tubuh Nazihah sedang tidurnyenyak di atas sofa yang empuk sambil memeluk patung Patrick yang berwarnamerah jambu. Patung dari karakter asal siri Spongebob Squarepants itu sangatdigemari Nazihah. Melihat sahaja pada baju pijama yang dipakai di kala itu,andai tiada gambar dari karakter Patrick, belum tentu Nazihah mampu tidur lena.

Kepala Asrar bergeleng-geleng kecil. Ligat matanya mencarialat kawalan jauh di sekitar tempat. Tidak sampai beberapa minit, alat kawalanjauh untuk program televisyen itu sudah pun berada di dalam genggaman tangan.Lantas butang merah yang terdapat di situ, ditekan perlahan.

‘Kalau tidak ditutup, pasti bil elektrik akanmelambung naik pula nanti.’ Gumam Asrar ladi seraya bermonolog kecil di dalamhati.

Nafasnya dihela perlahan. Sejak dulu, dia memangtekun mengamal sikap berjimat cermat. Walaupun dia dilahirkan dari keluargayang berada, namun dia tidak begitu gemar bersikap membazir tidak tentu hala.


“Naz, bangunlah.Pergi masuk dalam. Selalu saja sebegini.. Tak pernah hendak tidur di dalambilik. Habiskan masa berjam-jam menonton drama Korea. Akhirnya menangis,selepas itu terus tidur. Itulah kerja awak setiap hari. Drama Korea pun asyikcerita yang sama sahaja.” Bebel Asrar jengkel.

Asrar mengoyang-goyangkan sekujur tubuh Nazihah,mengejutnya agar segera beralih tidur ke dalam bilik. Nazihah tampak bingkasmengeliat. Mungkin kuping telinganya terasa berbahang apabila dibebel di waktubegini. Lebih-lebih lagi tatkala dia sedang lena diulit mimpi yang indah.

“Asrar! Awak jangan kejutkan saya sambil membebelboleh tidak? Saya bosanlah. Sudahlah tidak cukup tidur. Boleh pulak awakmembebel dengan saya. Leceh tahu?” Nazihah bingkas terbangun lantas memarahi Asrar.Bengang dengan tindakan Asrar itu. Wajah Asrar tampak berkerut.

‘Eh, kita marah dia. Dia boleh marah kita pula.’Rungut Asrar.

Sebaik sahaja Nazihah menonong masuk ke dalam kamartidur, Asrar segera mengemas ruang tamu yang berselerakan. Botol-botol airtampak bertaburan. Manakala beberapa helai tisu terpakai tampak bercempera disemua arah. Asrar langsung memicit-micit kepala menahan gejolak geram.

‘Ini sahajalah kerjanya. Buang tisu, buang air mata.Pelik benar perangai Naz ini lah..” Asrar berkeluh, seraya mengerlingnya sekalilagi ke arah muka jam yang digantung di dinding. Jarum jam masih utuhmenunjukkan ke arah angka empat. Bermakna sudah pun pukul empat pagi.

Seusai mengemas ruang tamu, Asrar mengegas ke dapur.Perutnya terasa berbunyi-bunyi sedari tadi, tekaknya pun sudah mengering. Lampudapur segera dibuka, dan Asrar bingkas melangkah ke peti sejuk. Pelbagaimakanan yang ada, tetapi semuanya perlu dimasak. Asrar menutup semula daunpintu peti sejuk lantas memutuskan untuk memasak mee maggi sahaja.. lebih cepatdan pantas. Dari terus berlengah waktu, dan membuat perutnya ikut sengsara.

‘Aduh. Hari ini saya hendak jumpa dengan Azie. Sayaharus bersiap awal-awal.’ Asrar berkata sendiri sambil menepuk dahi.

Sudah beberapa hari dia berjanji dengan Azie untukbertemu, tetapi ada sahaja benda yang perlu diselesaikan. Akhirnya, Asrar seringbertangguh. Tangguh dan bertangguh. Sehingga dua minggu lamanya. Semalam barusahaja Azie menelefonnya sehingga dia ketiduran. Nada yang dituturkan Azie dicorong telefon tampak marah dan sakit hati. Kecut perut Asrar dibuatnya.

“Senang awak jumpa saya bila saya sudah dikebumikansahaja, Asrar. Tidak perlu berjanji-janji. Tidak pun awak jumpa saya dekatkubur saya.” Rungut Azie di talian semalam, masih terngiang-ngiang di cupingtelinga Asrar. Sinis sekali.

Asrar sungguh terasa hati. Dia tahu Azie sedang marahpadanya. Oleh itu, dia berjanji akan menemui Azie juga
hari ini, tidak kiralah jika dia perlumembatalkan segala aturcaranya yang lain. Biarlah! Diakui perlu menjagahubungan persahabatannya dengan Azie. Persahabatan itu penting bagi dirinya.Jaraknya dengan kediaman Azie adalah di dalam berpuluh kilometer.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2010 10:22 PM | Show all posts
Azie merupakan anak jati Johor Bahru. Mengajar di sebuah sekolah menengah di kawasan bandar. Manakala Asrar pula tinggal di daerah Pontian sebagai seorang pereka grafik di kedai miliknya sendiri. Jadual harian Azie yang sentiasa padat dengan acara mengajar, sering  menghalangnya untuk menemui Asrar di Pontian, sebaliknya Asrar mempunyai lebih banyak masa berbanding Azie memandangkan Asrar bekerja sendiri.

Asrar mengangkat mee maggi yang sudah siap di masak di dalam periuk. Memindahkan ke dalam mangkuk, setelah itu Asrar berlalu ke meja makan.  Ketika menjamu selera, dia teringat pergaduhannya dengan Ruslan, kekasihnya yang turut tinggal di Johor Bahru.

Ruslan juga sahabat Azie. Cuma Ruslan jarang bertemu dengan Azie di Johor Bahru walaupun mereka tinggal tidak jauh. Sudah hampir seminggu dia bertelingkah dengan Ruslan, semuanya gara-gara salah faham. Ada sahaja modal yang dibangkitkan oleh Ruslan untuk bergaduh dengannya. Kadangkala Asrar terasa bosan dengan perangai kekasihnya itu. Tidak ubah seperti kanak-kanak kecil. Sentiasa hendak marah. Seolah-olah ada sahaja salah-silap dirinya di mata ruslan.

Asrar masih boleh bertahan jika Ruslan memarahinya sekali sekala, tetapi siapalah mampu terus bertahan jika setiap kali dia ingin berbaik dengan Ruslan, lelaki itu sentiasa memarahi dirinya pula? Dia juga manusia, dia bukan patung yang tak punya perasaan. Kalau hampir setiap hari dimarahi tanpa sebab, dia akan naik angin juga.

Setiap kali perbincangan dengannya, pasti akan timbul perbalahan. Ruslan tidak pernah mahu mengalah. Kadang-kadang hampir setiap hari Asrar menangis kerana perbuatan kekasihnya itu. Sering menengking dirinya, sudah hilangkah rasa sayang Ruslan terhadap dirinya? Kemana pergi kata-kata yang manis pada dirinya yang ditabur dalam tempoh lapan purnama itu?

‘Bodohkah aku kerana mencintai dia?’ suara hati Asrar berbisik. Mangkuk yang kotor diletakkan di dalam sinki, lantas dicuci bersih. Lama minda berterawang mengingat kekasihnya itu. Sehingga terjatuh mangkuk yang sedang dicucinya itu.

PRANNG!

Mangkuk yang sedang dipegangnya jatuh berkecai di atas lantai. Asrar tersentak. Cuai benar dia membasuh mangkuk tersebut. Kerana teringatkan Ruslan, mangkuk yang dicucinya pecah berkecai. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. Mungkinkah pinggan yang pecah itu suatu petanda perkara yang tidak baik akan berlaku? Asrar berdoa di dalam hati. Meminta supaya perkara yang tidak baik itu, segera dijauhkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:23 PM | Show all posts
“Akim, kau ada masa lapang tidak hari ini?” Tanya Ruslan kepada sahabatnya, Akim di corong telefon. Masa yang terluang di pejabat, dibazirkannya dengan menelefon sahabat baiknya itu. Suasana di sekitar pejabat dipandang menyeluruh. Bimbang jika perbualannya didengari oleh pekerja yang lain. Setelah lama menanti jawapan dari Akim, Ruslan bersuara lagi. Bertanya soalan yang sama, tetapi kali ini nadanya lebih ditegaskan.
“Ya? Sorry. Aku tidak dengar kau cakap apa sebentar tadi. Apa kau tanya?” jawab Akim pendek. Nadanya kedengaran sedih dan hambar. Ruslan terkesima dengan nada Akim. Mahu sahaja dia bertanya mengapa sahabatnya itu kedengaran bermuram durja. Tetapi diurungkan sahaja niat itu. Bimbang dianggap menjaga tepi kain orang pula.
“Tidak ada apa. Aku cuma tanya kau ada masa lapang ke tidak hari ini. Kalau tak ada masa lapang tidak mengapalah.” Ruslan mengulangi soalannya dengan perlahan. Terjentik rasa kesal kerana menelefon Akim pada saat-saat begini. Di kala sahabatnya itu sedang bermuram.
“Aku ada masa luang sekejap lagi. Memang aku ingat nak jumpa kau. Aku ada masalah.” Akim berterus-terang. Biarlah dia berkongsi masalahnya itu dengan Ruslan. Sekurang-kurangnya hilanglah sedikit rasa beban dalam dirinya. Dari dia memendam masalahnya sendiri, kelak kepalanya pula akan tambah berserabut.
“Masalah? Masalah apa ni Akim? Selama ni kau tak pernah ada masalah. Aku tengok selalu gembira sahaja.” Ruslan memberi komen. Memang benar apa yang dikatakannya, selama ini Akim tidak pernah menghadapi masalah. Dia bijak mengawal masalahnya. Tapi mengapa hari ini Akim kedengaran sedang dilanda masalah yang besar sekali. Seakan hatinya baru sahaja dilanda tsunami yang hebat.
“Nantilah aku cerita. Sekarang aku sedang pening. Macam hendak bunuh diri pun ada.” Ucap Akim, laju sekali dia menutur. Seakan-akan tidak tahu hukum agama pula. Ruslan terkejut dengan kata-kata Akim yang dianggapnya ekstrem itu.
“Gila kau. Jangan sampai bunuh diri. Hilang nanti kawan baik aku.” Jawab Ruslan, berpura-pura dungu, walaupun hakikatnya dia tahu Akim tidak akan melakukan perkara itu. Sengaja dia berbujuk begitu.
“Iya. Dahlah. Jumpa nanti aje okey?” pinta Akim. Ruslan mengangguk seraya membalas kata-kata Akim di hujung talian.
KLIK!       
Ruslan menutup telefon bimbitnya lantas memandang kembali skrin computer, menyelesaikan semula kerja-kerja yang tertangguh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:25 PM | Show all posts
Nazihah melangkah keluar dari bilik dengan langkah perlahan. Dirinya tiba-tiba terasa letih. Mungkin akibat tidur terlalu lewat semalam, ketusnya sendiri. Dilihat suasana rumah agaksunyi, dia pasti Asrar sudah berangkat ke Johor Bahru, seperti yang dikatakan semalam. Tanpa membuang masa, Nazihah melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Badannya masih terasa letih lagi. Lama juga dia berjaga semalam, menonton drama Korea sambil bergayut di telefon dengan kekasih hati. Disebabkan lama berbual, matanya menjadi segar membuntang.
‘Seusai mandi, Nazihah mencapai telefon bimbitnya dari atas almari solek. Jari laju menekan menekan nombor telefon si kekasih hati. Hari ini dia akan menemui kekasihnya, mereka mahu menonton wayang bersama, setelah lama berhubungan di telefon sahaja. Hari ini mereka akan bersua, melempiaskan rasa rindu yang kian menebal di hati. Hati Nazihah berbunga riang, tidak sabar menatap wajah kekasih tersayang.
“Hai sayang! Jadikah hari ini temujanji kita?” sapa Nazihah setelah panggilannya dijawab. Suara kekasihnya kedengaran lesu di corong telefon, menjawab dengan nada yang kurang sihat. Nazihah jadi runsing, hatinya kuat mengatakan bahawa temujanji hari ini pasti akan dibatalkan. Seperti mahu menitiskan air mata rasanya.
“Maaf. Saya rasa macam tidak jadi. Keadaan saya kurang sihat.” Jawab kekasih Nazihah dengan suara yang ditahan-tahan. Nazihah memegang dadanya, menahan sabar. Kata-kata yang disulami dengan benang penipuan! Bentak hati Nazihah. Semalam kekasihnya itu beria mahu mengajaknya keluar. Tiba di siang hari, segala janji-janjinya hilang berterabur di bawa angin. Nazihah merengus bengang. Talian telefon dimatikan tanpa terus menunggu penjelasan lanjut dari sang kekasih. Nazihah melemparkan telefon bimbitnya ke atas katil.
Sudah pasti dia tahu mengapa kekasihnya itu tidak jadi bertemu. Ada insan lain yang menghalang pertemuannya ini. Perasaan benci mulai hadir di nubari seterusnya mula mencengkam di lubuk hati. Pabila difikir kembali, dia harus sabar, belum tiba masanya dia bertindak untuk melempiaskan segala rasa amarahnya itu. Seeloknya dia bertindak secara diam.
Nazhah melangkah keluar dari bilik lalu mencapai kunci kereta yang tergantung di muka dinding, dengan pantas pintu rumahnya ditutup dan enjin kereta dihidupkan. Cuaca yang panas membuatkan kulit Nazihah yang putih mulus itu memijar seperti udang bakar. Alat pendingin hawa dihidupkan bagi mereda kebahangan di dalam kereta. Setelah itu, Nazihah memecut laju keretanya menuju ke pusat  bandar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:26 PM | Show all posts
Seulas senyuman terbit di ulas bibir merah Azie, hatinya terasa senang tatkala melihat kelibat Asrar yang hadir ke rumahnya. Mujurlah hari ini sahabatnya itu tidak menanam tebu di tepi bibir, apa yang dijanjikannya ternyata benar. Dia faham benar dengan sifat takut Asrar. Takut untuk menyakiti orang lain, bukan takut pada benda-benda halus.
Azie keluar dari rumahnya dan menjemput Asrar masuk dengan mesra. Wajah manis Asrar ditatapnya dengan rasa rindu yang bergebu-gebu. Tanpa berfikir panjang, Azie memeluk Asrar dengan erat sekali. Asrar tampak terkejut dengan kelakuan sahabatnya itu.
“Eh, kenapa ini Azie? Awak okey?” soal Asrar setelah lama dia didekap Azie. Terasa rimas pula walaupun dia tahu Azie merindui dirinya.
“Saya rindu awak, Asrar!” ucap Azie dengan kuat. Suaranya sengaja dikuatkan, memberi penegasan. Asrar tersenyum gembira. Gembira kerana ada juga orang yang merindui dirinya.
“Sudahlah itu. Lama awak peluk saya. Nanti patah pula tulang saya.” Ujar Asrar berjenaka. Azie tertawa mendengar kata-kata sahabatnya itu seraya melepaskan pelukan. Dia mempelawa Asrar masuk ke dalam rumah. Asrar akur. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah lantas berbual-bual kosong.
Asrar berlabuh duduk di atas sofa empuk berona biru muda. Lembut. Badan disandar pada tulang belakang sofa, walaupun perjalanannya tidaklah sejauh mana, tetapi dia tetap berasa penat. Azie pula sudah berlalu ke dapur, menyiapkan minuman untuk dihidang.
Dia tahu Asrar pasti haus, ditambah lagi dengan cuaca panas yang hangat membahang di ubun-ubun kepala. Pasti sahaja akan membuat tekak mudah menjadi kering. Justeru dia menyedia air limau ditambah dengan ais bagi menghilangkan dahaga.
“Nah, minum dulu. Saya tahu awak penat.” Azie menghidang air minuman yang telah siap itu. Matanya mencerlung pada sosok tubuh kecil Asrar. Asrar mengangguk. Tidak sampai beberapa saat sahaja air yang disediakan habis diminum oleh Asrar. Azie pula menguatkan kipas rumahnya, membantu Asrar reda dari kepanasan.
“So, macam mana? Apa cerita?” Azie melempar soalan pertama setelah dilihat Asrar mulai reda. Asrar kebingungan, lurah kerutan muncul di dahinya. Tidak mengerti dengan soalan yang diutara. Azie mengulang soalannya sekali lagi, tetapi kali ini dengan selangan tawa. Tahulah dia sahabatnya itu tidak faham pada soalannya itu.
“Cerita awak dengan Ruslanlah!” kata Azie pantas. Bantal kecil yang berada di sebelahnya dibaling ke arah Asrar dengan manja. Asrar menangkap, cekap.
“Entahlah. Dah seminggu saya tak hubungi dia. Kadang-kadang saya bosan dengan perangai dia tu.” Ujar Asrar dengan perasaan yang sedih sekali. Azie kini beralih tempat, dia kini duduk bersebelahan dengan Asrar, mahu mendengar masalah sebenar sahabatnya itu. Siapa tahu andai dia dapat membantu.
“Cuba cerita dengan saya, mungkin saya boleh membantu masalah awak. Ingat, Ruslan itu pun sahabat saya.” Azie mempelawa dirinya menjadi pendengar masalah. Asrar tersenyum hambar. Dia tahu, walaupun dia berkongsi masalahnya dengan Azie, pasti masalah itu tidak akan menemui jalan selesai.
“Saya sendiri tak tahu nak ceritakan macam mana. Saya tak tahu dimana letaknya silap saya. Saya manusia biasa, jika saya buat kesalahan, dia seharusnya menasihati saya. Menegur saya. Bukan dengan cara memarahi saya saban waktu. Saya juga punya perasaan. Saya bukan boneka yang mudah dicampak sesuka hati sahaja. Diguna pabila diperlukan, dibuang kala diri senang. Boleh awak bayangkan? Setiap kali saya cuba menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik, pasti akan timbul hal yang lain. Seolah-olah dia sengaja mencari fasal. Pasti, setiap kali penyelesaian akan jadi perbalahan. Jika diikutkan hati, mahu sahaja saya meninggalkan dirinya!” Asrar melepaskan segala perasaan yang berbuku di hati. Tanpa sedar, air jernih bergulir keluar dari kelopak mata.
Azie memegang belakang Asrar, sambil menenangkan sahabatnya itu. Sesungguhnya, dia juga buntu dengan konflik yang melanda Asrar di waktu itu. Ibarat taufan yang melanda secara tiba-tiba, perhubungan yang lama mekar serta tanpa sebarang pergaduhan itu spontan bertukar musim. Lewat kebelakangan ini, Asrar sering mengadu dengannya tentang sifat Ruslan yang amat menjengkelkan.
Apalah dayanya hendak membantu, andai dia dikurniakan kudrat seperti seorang lelaki, pasti dia akan memukul insan yang telah melukakan hati sahabatnya itu. Namun dia bukan superhero, dia bukan superwoman. Hanya untaian kata-kata semangat sahaja yang mampu dihulur. Azie menarik nafas sedalam-dalamnya. Menyusun rapi kata.
“Sabarlah. Sesungguhnya bukan dia sahaja yang ada di dalam dunia ini. Cekalkan hati, kuatkan minda awak. Awak berdua patut sama-sama harungi masalah ini dengan bijak. Mengapa setiap kali perbincangan menjadi perbalahan? Hal itu kerana kamu berdua tidak membuang segala yang keruh. Bukankah sepasang kekasih perlu membuang segala yang keruh dan mengambil yang jernih? Jika keadaan berlarutan begini, nescaya hubungan kalian tidak akan menemui jalan penyelesaian, sebaliknya menemui keretakan." Azie memberi kata-kata semangat dengan ikhlas. Seperti berkongsi jiwa, dia turut merasai kesedihan yang melanda jiwa Asrar.
“Saya rasa saya akan selesaikan semuanya hari ini. Jika benar dia sayangkan saya, jika benar dia cintakan saya, dia akan merungkaikannya hari ini. Saya tak mahu jadi insan yang digantung tidak bertali, tertampi-tampi menanti kasihnya. Kesabaran saya ada batas.” Asrar memberitahu, keputusan yang dianggapnya sangat berat. Azie berangguk setuju. Belum lagi Asrar menghabiskan kata, telefon bimbitnya bingkas berbunyi. Asrar melihat nama pemanggil. Ruslan! Dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada Azie, Azie menolak.
Azie mahu Asrar sendiri yang menjawab panggilan itu. Dia tidak mahu masuk campur dalam hal yang semakin meruncing ini. Dia memaksa Asrar menjawab panggilan itu dengan pantas. Dengan terpaksa, Asrar menjawab panggilan dari Ruslan. Suara girang Ruslan kedengaran di corong telefon.
“Kenapa lambat sangat angkat ini sayang! Saya minta maaf, hari ini kita jadi keluar. Saya rasa saya datang rumah awak. Asrar ada di rumah bukan?” Ruslan melemparkan soalan sejurus panggilannya disambut. Telefon yang sedang dipegang oleh Asrar terhempas jatuh ke atas lantai. Hatinya remuk redam. Air matanya menitis jatuh ke lantai. Azie yang tika itu sedang memerhatikan Asrar tergamam. Dia pasti, sesuatu telah berlaku pada sahabatnya itu.
“Asrar? Mengapa ini? Awak tidak apa-apa?” soal Azie dengan cemas. Dia bimbang dengan keadaan Asrar yang tiba-tiba kaku bagai dihembus dengan angin yang sejuk, keras dan beku. Selajur itu juga, air mata yang sedari tadi mencurah, laju menitis. Asrar duduk terpekur.
“Mengapa ketika aku sedang indah dibuai selendang kasih, engkau meragutnya? Apakah salahku? Kalau benar engkau mahu meragut kebahagiaan dariku, ucapkanlah kata perpisahan!” kata Asrar dengan sendu. Azie memandang dengan hiba. Dia sendiri tidak dapat menghurai apa yang telah terjadi pada sahabatnya setelah menerima panggilan dari Ruslan sebentar tadi.
“Asrar… mengucap. Tenangkan diri awak.” Azie memberi nasihat. Asrar pantas memeluk Azie dengan sedu sedan. Hatinya sakit benar. Seolah-olah ditusuk dengan belati yang tajam menikam. Kata-kata yang didengarinya sebentar tadi umpama racun yang bisanya berbisa.
“Ruslan mempunyai kekasih lain!” itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Asrar. Azie terkesima dengan kata-kata Azie. Namun dia tidaklah begitu terkejut, apa yang diramalkannya selama ini benar belaka. Dia sudah mengesyaki perkara ini sejak dulu lagi. Namun bagi menjaga hati Asrar, dia mengunci kata-kata itu di dalam hatinya.
“Saya tidak kisah. Sejujurnya saya tidak kisah.” Jawab Asrar menyeka air matanya. Setelah lama berdiam, akhirnya dia bersuara kembali.
“Jika ini yang dia mahukan. Saya juga tidak sangka, akan menemui sahabat yang makan sahabatnya sendiri. Sungguh, tidak saya sangka.” Ucap Asrar dengan nada yang tersekat-sekat. Azie terkejut dengan kata-kata Asrar sebentar tadi. Apa sudah terjadi? Azie bertanya sendiri.
“Azie, izinkan saya tinggal di rumah awak. Saya akan berpindah ke sini.” Asrar menyambung katanya. Azie terdiam. Mengangguk tanda setuju. Lagi pula, dia tinggal berseorangan. Tidak ada masalah buat dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:26 PM | Show all posts
“Ya Allah! Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh tersalah dail ini!” Ruslan menepuk dahinya. Perasaan takut mulai menjalar ke dalam hatinya. Rahsianya kini sudah terbongkar.
“Maafkan aku, setelah lama aku memadu kasih, menabur janji padamu, aku masih belum dapat melupakannya.. Maafkan aku.. Maafkan aku kerana tidak bersikap adil dalam perhubungan ini” ucap Ruslan sendiri, sejujurnya dia sendiri menyesali tindakannya itu. Dia tidak mempunyai pilihan, dia menyayangi kedua-dua insan tersebut. Tidak sanggup dia melepaskan salah satu darinya. Keduanya bagaikan nyawanya. Dia tidak sanggup kehilangan kedua-duanya.
Ruslan mendail nombor telefon Asrar sekali lagi. Tetapi kali ini tidak berbalas. Hanya operator sahaja yang menjawabnya. Minda Ruslan buntu, dia terasa bersalah dengan tiba-tiba. Mungkin inilah akibat dia tidak jujur dalam perhubungan ini. Tidak cukup dengan itu, dia menduakan cinta sejati yang diukirnya bersama Asrar dua purnama lalu. Tetapi! Ini bukan salahnya juga, dia tidak seharusnya dipersalahkan! Nazihah! Nazihahlah puncanya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-10-2010 10:26 PM | Show all posts
Sewaktu kirmizi mulai tenggelam melabuh malam, Ruslan menekan loceng rumah Asrar. Hari ini dia akan mengajak kekasihnya itu keluar menonton wayang di samping bertemu dengan sahabatnya yang lain. Lama Ruslan menunggu, setelah itu Ruslan mendapati daun pintu rumah Asrar terbuka. Bukan Asrar yang tampil keluar, sebaliknya Nazihah dengan wajah yang manis sekali.
“Asrar suruh tunggu dia sebentar. Dia keluar berjumpa dengan orang tuanya. Awak masuklah dulu. Ruslankan?” Nazihah memberi penjelasan disamping mempelawa masuk lelaki yang berada di hadapannya. Ruslan mengangguk
. Niatnya ingin tunggu diluar, tetapi memandangkan angin mulai kuat berkencang seperti tanda mahu hujan, dia menerima pelawaan Nazihah. Nazihah tersenyum.
Mereka bingkas bergegas masuk ke perut rumah Asrar. Nazihah mempelawa Ruslan duduk, sebelum dia berlalu naik ke tingkat atas. Ruslan akur duduk sambil melebar pandang ke sekitar ruang dalaman  rumah. Dalam hati, dia memuji hiasan dan dekorasi ruang yang tampak begitu cantik tersusun.  Pasti Asrar yang menghiasnya, hati Ruslan terdetak.
Nazihah kembali turun dari tingkat atas dengan mengenakan seluar pendek. Betis yang putih kian jelas terserlah. Ruslan memalingkan wajah ke arah lain. Namun tidak semena-mena, Nazihah bertekad memeluk Ruslan dari belakang. Terkejut dengan tindakan tersebut, Ruslan segera menolak tubuh kecil Nazihah sehingga terjatuh lantas terhantuk kuat di bucu tangga.
Darah pekat mulai mengalir keluar dari kepalanya. Walaupun lukanya tampak kecil, namun darah kian membuak keluar. Ruslan panik, dia takut dengan keterlanjurannya sebentar tadi. Nazihah mengaduh kesakitan, pantas mengalirkan air mata.
“Tak guna! Aku akan report pada polis! Aku akan membuat tuduhan kau mahu mencabulku!” Ugut Nazihah bengang. Niatnya hendak mengoda lelaki kacak itu bertukar menjadi kecoh. Malah melukai pula dahinya yang mulus. Ruslan terkaku. Takut dengan amaran Nazihah sebentar tadi, dia merayu.
Pasti dia tidak dapat mempertahankan dirinya kelak, pasti Nazihah akan memberikan seribu satu alasan kepada pihak polis. Sebaiknya biarlah dia sahaja yang beralah. Nazihah tersenyum sinis. Akalnya ligat mengatur rancangan untuk terus memiliki lelaki yang disukainya dalam diam itu
“Baiklah. Aku tidak akan akan mendakwa kau. Melainkan…” Nazihah membiarkan kata-katanya tergantung.
“Melainkan apa?” sampuk Ruslan.
“Melainkan kau jadi kekasih aku.”
“Itu tidak mungkin. Aku tidak akan menduakan Asrar. Aku cintakannya.” Jawab Ruslan dengan jujur.
“Jika begitu, teruskan sisa hidupmu di penjara. Kau tahu apa hukumannya mencabul wanita?” Nazihah kembali mengugut. Ruslan menelan liur, sememangnya dia tidak mempunyai jalan lain selain menerima tawaran Nazihah, meski tampak payah untuk diterima. Mungkin Asrar mampu memahaminya, fikir Ruslan. Apa yang difikirkannya sekarang ialah menyelamatkan dirinya dari dituduh.
“Baiklah. Tapi rahsiakan hal ini dari pengetahuan Asrar. Kau hanya boleh jadi kekasihku selama dua bulan sahaja.” Ruslan menjawab. Nazihah mengangguk, setuju. Dia pasti, setelah dia memiliki Ruslan, pasti Ruslan tidak dapat meninggalkan dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:26 PM | Show all posts
Azie menemani Asrar berangkat ke Pontian, mengemas segala barangan yang ada di rumah. Dia memutus untuk tinggal bersama Azie, biar apapun yang terjadi, keputusannya itu adalah muktamad. Sudah tidak sanggup lagi rasanya dia tinggal bersama insan yang bersifat talam dua muka.
Azie telah mengetahui segala cerita mengenai Asrar dan Ruslan. Dia mendesak Asrar memberikan pengajaran pada kedua-dua insan yang melukai hati Asrar itu. Asrar menolak, dia tidak mahu menimbul kekecohan.
“Jauhi bayangan plastik disebalik sekujur tubuh yang mempamerkan topeng palsu di balik wajah dan bersenandungkan bait-bait kasih yang suci mengemis cinta sejati” ucap Asrar tiba-tiba kala masing-masing melayan perasaan di dalam kereta milik Asrar. Azie diam. Dalam hatinya, dia mengakui kebenaran kata-kata Asrar itu.
Suasana rumah Asrar kelihatan terang benderang dengan lampu yang serba bergemerlapan. Azie turut sama mengekori Asrar masuk ke dalam rumah. Baru sahaja Asrar ingin melangkah masuk, suara seorang lelaki yang amat dikenal terdengar memanggil dirinya.
“Asrar!” jerit suara itu dengan lantang. Asrar memalingkan wajah. Dia memberi peluang kepada lelaki itu untuk mengungkap kata-kata perpisahan.
“Ada apa?” Tanya Asrar tidak acuh. Azie hanya memerhatikan situasi yang sedang berlaku di antara dua insan yang dikenalnya sedari bangku sekolah itu lagi. Dia memutus untuk berdiam diri sahaja.
“Maafkan Lan. Lan tahu Lan salah. Berikan Lan peluang kedua please…” Ruslan merayu, menagih simpati dari Asrar. Asrar tertawa dengan paksa.
“Mudah benar Lan ucapkan kata-kata maaf. Lan tidak tahu perasaan Asrar? Ada pernah Lan hargai perasaan Asrar? Walau sekelumit pun? Asrar bagaikan tunggul dimata Lan, mudah sahaja disakiti, tatkala diri susah baru Asrar dikutip. Tak ubah seperti boneka.” Ujar Asrar.
“Lan tak sanggup nak ceritakan pada Asrar.”
“Tak perlu Lan bercerita. Jelaslah semua sangkaan Asrar selama ini. Bila terbukti di depan mata Asrar sendiri, baru Asrar tahu. Tempat Asrar di kamar hati Lan, kini sudah disinggahi kekasih baru. Sungguh, tidak sangka. Lan tega berlaku begitu. Asrar mencurah segala kasih Asrar hanya untuk Lan, tetapi ini yang Lan balas? Akurlah pada kenyataan ini, Lan. Tidak perlulah lagi rasanya Asrar menanti bagai digantung tidak bertali. Asrar menyesal kerana bertemu dengan Lan . Mengapa kita perlu bertemu? Mengapa? Pertemuan kita dahululah yang menjeratkan Asrar dengan cinta Lan. Jika Asrar tahu Lan hanya menanam tebu di tepi bibir, berjanji untuk setia, pasti Asrar akan menolak Lan sedari dulu lagi.” Ucap Asrar panjang lebar, serentak itu juga air matanya jatuh bergenang. Tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Azie memerhati dengan perasaan bengang. Marah dengan Ruslan yang bersikap mengambil mudah bagi setiap perkara yang berlaku.
“Tinggalkan Asrar Lan.” Pinta Asrar dengan paksa. Ruslan terkejut, tidak menyangka dia akan berpisah dengan insan yang disayanginya itu. Dia tidak menyangka dia akan berpisah dengan Asrar sama sekali. Dia menggeleng.
“Setiap kali Lan memandang dada langit, melihat kanvas hitam yang disulami dengan bintang-bintang yang indah bertemaram, Lan teringatkan Asrar. Percayalah, Lan masih mencintai Asrar.” Tutur Ruslan dengan ikhlas. Azie yang memandang semakin naik mual. Dia tahu kata-kata itu hanyalah sekadar untai kata manis bagi memujuk Asrar yang sedang dilanda gundah.
“Tidak perlu Lan. Lan teruskan hidup Lan bersama dengan Nazihah. Asrar tak mahu jadi insan ketiga.” Setelah Asrar mengucapkan kata-kata itu, Nazihah terus keluar dari rumah. Dia tampak terkejut dengan kehadiran Ruslan, Asrar dan Azie. Niatnya mahu ke kedai langsung terbantut. Dia nampak ketegangan wajah Asrar dan Ruslan. Pasti sesuatu telah terjadi, fikir Nazihah di dalam hati.
“Ada apa ni? Tanya Nazihah dengan ceria, berpura-pura di hadapan Asrar. Seperti selalu. Semuanya diam.
“Lan nak bawa Asrar jalan-jalan ke? Dah lama korang tak keluar. Pergilah cepat.” Kata Nazihah lagi, dengan nada gedik yang dibuat-buat. Hati Azie terbakar tiba-tiba. Entah bagaimana, tangannya laju menampar pipi mulus milik Nazihah. Tidak tahan dengan perangai berpura-pura wanita itu.
“Tak perlulah kau berpura-pura, perempuan hipokrit. Sanggup kau sakitkan hati sahabat kau? Aku harapkan kau tidak lahir dari dunia ini!” hambur Azie dengan riak bengang. Entah bagaimana tangannya boleh tersasar begitu sekali. Mungkin terlalu marah. Nazihah terkejut.
“Apa salah aku?” soal Nazihah, masih berpura-pura. Satu lagi tamparan hinggap di pipi kirinya. Azie hilang pertimbangan. Dia tahu Asrar tidak akan memberi pengajaran pada wanita itu. Justeru biarlah dia mengajar wanita itu.
“Azie!” teriak Ruslan. Marah dengan tindakan Azie yang bertubi-tubi melempang wajah Nazihah. Asrar tampak terkejut.
“Apa? Kau nak pukul aku? Pukullah! Aku cabar kau Lan! Kalau sebab perempuan ni kau nak pukul aku, perempuan yang dah menghancurkan hati sahabat aku. Kalau ikutkan hati aku, aku dah tikam kau tau?” Ujar Azie dengan berani. Dia hilang sabar. Lama dia menjadi pemerhati, akhirnya tibalah masa untuk dia bertindak pula. Asrar segera menyuruh Azie bertenang.
“Kau tinggalkan Ruslan sekarang!” paksa Azie pada Nazihah. Wajah Nazihah merah padam menahan marah.
“Dia bukan milik Asrar. Walau harus aku bergadai nyawa, dia tetap milikku! Bukan mengharapkan simpati, aku tidak menagih kasih. Pendirianku tidak akan sesekali bertukar. Biar ribut taufan melanda! Benar kau mahu memiliki Ruslan, Asrar? Boleh! Hanya dalam mimpi!” akhirnya Nazihah mengaku juga. Sekali lagi Azie menampar wajah Nazihah sehingga wanita itu jatuh terduduk di atas jalan tar.
“Tidak perlu tinggalkan Ruslan. Biarlah awak bersama dia. Saya akan undur diri. Teruskan perhubungan awak, saya tidak mahu menjadi insan ketiga. Maafkan saya selama ini kerana menganggu hubungan kalian.” Ucap Asrar dengan hiba. Azie terasa sebak mendengar kata-kata sahabatnya itu. Dia tidak menyangka Asrar sanggup beralah.
“Asrar!” panggil Ruslan. Asrar berjalan pantas memasuki rumahnya dan mengemas segala barang miliknya. Asrar dan Azie meninggalkan Ruslan yang berdiri kaku di luar rumah dan Nazihah yang duduk termangu di jalan bahana tamparan Azie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2010 10:27 PM | Show all posts


“Aku menyesal kerana curang dengan dia.” Ujar Ruslankesal kepada Akim. Akim hanya diam, tidak membalas kata-kata sahabatnya itu.

“Kalaulah aku dapat rewind kembali masa. Aku pasti akan menjaganya.” Ruslan menuturdengan kesal. Seribu penyesalan terbit di nubari. Menyesal kerana melukakanhati wanita yang begitu suci itu.

“Kau tidak dapat undurkan masa Lan.” Ujar Akimdengan selamba sambil mengunyah kacang parang yang dibelinya sebentar tadi.

“Aku tahu.” Jawab Ruslan sepatah.

“Sabarlah, bukan dia aje yang ada kat dunia ni. Banyaklagi girl lain kat luar sana tuh.Yang kau mengada-ngada nak fikir pasal dia lagi apa hal? Keraskan hati kau tu!”tegas Akim memberi semangat. Ruslan terdiam, langsung tidak berminat.

“Kau masih ada Nazihah, apa kau nak takut?” Akimmencadangkan. Ruslan menggeleng.

“Aku dah tinggalkan dia. Aku tak boleh lagi bersamadia.” Jawab Ruslan.

“Mengapa?”

“Tidak perlulah kau tahu.” Jawab Ruslan lagi.Tiba-tiba sahaja seorang lelaki yang tidak dikenali memperkenalkan dirinya dihadapan Ruslan. Dia menyerahkan sepucuk surat berwarna putih. Setelah itu,lelaki itu berlalu dari bengkel milik Akim. Hairan, bagaimana lelaki itu bolehtahu Ruslan berada disini? Itulah persoalan yang timbul di fikiran Akim ketikaini.

Ruslan membuka perlahan sampul surat yang diserahkanlelaki itu. Akim hanya menyorot gerak geri sahabatnya itu dalam diam. Setelahdibuka, terhampar sehelai warkah dengan tulisan tangan yang begitu kemassekali.

AssalamualaikumLan,ketika awak membaca surat saya ini, saya sudah tiada di Malaysia. Saya akanmembawa haluan saya menemui pakcik saya di Mesir. Maka, janganlah awak membalassurat saya ini. Sejujurnya, saya ingin katakan bahawa saya masih mencintai diriawak. Hakikat itu memang tidak dapat ditipu di dalam hati. Oleh sebab itu, sayamahu melupakan awak dan membawa diri ke Mesir.

Tujuan sayamemberi surat ini ialah untuk mengucapkan selamat kepada awak. Selamatberbahagia dengan insan yang awak cintai. Dahulu saya pernah menyimpan angan untukmembina
rumah tangga bersama awak.Ternyata jodoh kita tiada. Benarlah apa yang dikatakan orang, jodoh itu milikAllah.

Kadang-kadang Allah turunkan hujan,ditambah dengan guruh, beserta dengan kilat lagi... kitatertanya-tanya kemanakah perginya matahari? Rupanya Allah mahumemberikan kita pelangi yang indah. Begitulah juga dengan perhubungan kita,mungkin kita tidak serasi bersama, selalu ditimpa dengan ujian.


Siapa tahu Allah akan memberikan saya jodohyang lebih baik? Begitu juga dengan awak. Janganlah awak risau kerana sayatelah memaafkan segala perbuatan awak, begitu juga dengan Nazihah. Saya pintaawak jangan cari saya lagi selepas ini.

Kita tiada keserasian, segala magiscinta telah hilang. Selepas ini tidak perlulah awak mencuba lagi, betulkankesilapan perhubungan ini. Oleh kerana setiap perbincangan, menjadi perbalahan,saya sendiri sudah tidak mengerti… manakah agaknya cinta kasih.

Jika embun sendiri tidak mampumenyuburkan sekuntum bunga yang layu pada musim luruh, apakan pula kita. Bungayang dahulu mekar disinar suria, bila sudah kering pasti akan gugur. Seperticinta kita juga, semakin lama semakin terkulai layu. Saya sendiri tertanya-tanya,dimanakah salah dan silap saya. Awak tidak pernah mengungkapnya. Itu sahajayang ingin saya sampaikan. Semoga bertemu dengan jodoh awak. Hapuskan segalamemori kita bersama… Saya merayu.. Mungkin awak akan menemui kebahagiaan dalamperpisahan ini..

Yang benar..

Asrar…


Setelah tamat membaca surat itu, airmata Ruslan gugur jatuh ke tanah. Betapa sedihnya perasaan tatkala membacawarkah tersebut. Tidak disangka, begitu lama sekali Asrar bersabar dengannya, dandia sahaja yang tidak
menghargai. Kini,kesemuanya telah retak, barulah dia sadar.

Serentak itu Akim membuka televisyen yang padaketika itu sedang menyiarkan berita terkini. Ruslan tidak mengambil pusingberita yang disampaikan, dia masih ralit melayan perasaan. Hatinya masih hiba.

“Ya Allah Lan!” jerit Akim tiba-tiba. Terkejutdengan teriakan Akim sebentar tadi, Ruslan ikut berpaling. Lantas turut memakuke layar kaca televisyen. Wajah insan yang dikenalinya terpampang ditelevisyen, beserta nama.

‘Wardatul Asrar Afiqah.’ Itulah nama yang tertera dikaca televisyen. Pembaca berita mengulas lagi berita yang disampaikan.

“Nama-nama dan gambar berikut adalah di antaramangsa kapal terbang yang terhempas di Lautan Andaman. Segala proses mencarimayat masih diteruskan. Diharap semua ahli keluarga mangsa dapat bertenang.”Ucap pemberita itu lagi. Akim menutup televisyen. Dia melihat Ruslan sudah kehilangankata-kata. Terdadak itu juga, pandangan Ruslan bingkas menjadi kabur, hitam!Ruslan langsung rebah ke atas tanah.

Usah dititis airmata pada yang kau tangisi, aku dah cukup jera menampung selautan sendu, begitulama ia ku pendam.. tapi hanya berdiam, hanya kerna ingin dicuba menafirealiti..

-Tamat-

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 10:28 PM | Show all posts
Setiap post tu adalah pemati plot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 10:13 AM | Show all posts
best gak cite nie..kena beli lar..tq
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 01:07 PM | Show all posts
citer yang sad ending ~ ... anyway terima kasih TT
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 01:44 PM | Show all posts
Reply 12# RosesAre_Red


    sedihhhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 01:47 PM | Show all posts
Reply 13# epalgebuu

Helo epal, jangan nangis2... meh sini, akak bg tisu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 01:59 PM | Show all posts
not bad..tp ada ayat yg xbrape nk phm....truskn2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 03:25 PM | Show all posts
Reply 11# aireesya

hehe, ni cerpen aje. xjual. hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2010 03:28 PM | Show all posts
Reply 12# RosesAre_Red


    thankss sudi baca.. mmuaah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 03:30 PM | Show all posts
Reply 15# hise

Hehe.. memanglah. ni cerpen guna bahasa sastera
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 03:47 PM | Show all posts
Reply 18# ShahGraphixer


    bkn dr segi bhasa sastera..dr segi penggunaan ayat..btw gud job..wt byk2 lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 06:08 PM | Show all posts
Reply 19# hise


    okeh2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.069345 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list