CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Borneo] Pindaan antilompat parti Sarawak dibentang hujung bulan ini

[Copy link]
Post time 6-11-2022 11:05 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari Tun Openg

ENGKELILI: Sarawak akan meminda Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti di bawah Artikel 17 Perlembagaan Negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka berlangsung hujung bulan ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia bagi menambah baik peruntukan tersebut dan memastikannya selari dengan pelaksanaan Akta Antilompat Parti di peringkat Persekutuan.

“Hujung bulan ini DUN Sarawak akan bersidang. Kita akan meminda dan menambah baik peruntukan yang ada dalam Perlembagaan Sarawak berkaitan antilompat parti.

“Ini kerana Sarawak juga tidak mahu mempunyai wakil rakyat ‘katak’, kalau banyak ‘katak’, kita juga yang akan susah. Lebih bercakap tetapi tidak melaksanakan kerja,” katanya.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata demikian pada Program Sarawakku Sayang Bahagian Sri Aman di Daerah Kecil Engkelili, Sri Aman, hari ini.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas program tersebut, Abang Johari menjelaskan beberapa pendekatan utama berkaitan peruntukan tersebut akan dibuat dan maklumat terperinci dibentangkan pada persidangan DUN yang bermula 21 November ini.

“Antaranya wakil rakyat tidak boleh melompat parti, kalau mereka berbuat demikian bermakna pilihan raya terpaksa diadakan,” jelasnya.

Pada 28 Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, diluluskan dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.

Sehubungan itu, Abang Johari pada Ogos lalu memberitahu Sarawak telah meminta peguam negeri untuk mengkaji semula peruntukan Artikel 17 Perlembagaan Negeri bagi memastikan ia selari dengan pelaksanaan Akta Antilompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat.

Katanya, Sarawak sudah mempunyai peruntukan tersebut dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti atau berpersatuan namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berpersatuan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.065863 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list