CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Selangor] 'Tercuri' motosikal polis

[Copy link]
Post time 6-11-2022 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Ampang Jaya: Cubaan seorang lelaki mencuri motosikal milik anggota polis yang diletakkan di tempat letak kenderaan di Hospital Ampang mengundang padah apabila ditahan kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, anggota polis terbabit yang sedang bertugas di Pondok Polis Hospital Ampang dimaklumkan orang awam melihat seorang lelaki mencurigakan menolak sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu disedari orang awam selepas melihat suspek berusia 34 tahun menolak sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota polis terbabit kemudian ke lokasi dan bertanya suspek mengapa cuba mengalih motosikal itu.

"Bagaimanapun suspek gagal memberi alasan munasabah dan disyaki ingin mencurinya.

"Polis kemudian merampas motosikal itu dan menahan suspek untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan ujian saringan air kencing juga positif dadah.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uri-motosikal-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.056624 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list