CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

[Selangor] Ban pecah, tujuh sekeluarga dipindahkan

[Copy link]
Post time 6-11-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode

KAWASAN yang terjejas akibat ban pecah di Tanjong Karang. FOTO Ihsan Bomba

Tanjong Karang: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memindahkan tujuh sekeluarga di pekan Tanjong Karang, dekat sini, ke tempat selamat selepas rumah mereka dilanda banjir, awal pagi hari ini.

Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata, semua mangsa dipindahkan ke rumah keluarga terdekat di Jalan Kilang Padi selepas kawasan itu dinaiki air dengan kedalaman kira-kira 0.5 meter susulan kejadian ban pecah yang menyebabkan limpahan air sungai.

"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.07 pagi dan sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dihantar ke lokasi kejadian.


"Pada 5.24 pagi, bomba mendapati air naik hingga ke paras satu meter di kawasan Pasar Awam Tanjong Karang dan melakukan dua pemindahan membabitkan tujuh sekeluarga berusia empat hingga 70 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa membabitkan empat lelaki dan tiga wanita, termasuk seorang wanita warga emas.

"Pada 6.13 pagi, didapati air mula menunjukkan trend penurunan. Bomba percaya kemungkinan kejadian ban pecah itu berlaku buat kali ketiga," katanya.

Beliau menasihatkan penduduk supaya mengikut arahan pasukan penyelamat sekiranya diarahkan berpindah termasuk menutup sepenuhnya bekalan elektrik

Pada 11 Oktober lalu, media melaporkan kejadian ban pecah berlaku di pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eluarga-dipindahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.283744 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list