CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

[Selangor] RM3,000 seorang 'upah' seludup keluar Pati

[Copy link]
Post time 6-11-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode

TEKONG yang membawa 12 Pati ditahan APMM Selangor. FOTO Ihsan APMM

Kuala Selangor: Sanggup bayar RM3,000 setiap seorang untuk menyusup keluar Malaysia secara haram. Itu dilakukan 12 pendatang asing tanpa izin (Pati) bagi mengelakkan ditahan pihak berkuasa.

Tindakan itu terbongkar apabila mereka diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, di kedudukan 2.5 batu nautika barat daya Kuala Selangor, di sini, 3.14 pagi semalam.

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, tangkapan dilakukan selepas pihaknya mengesan kapal mencurigakan di perairan Pulau Angsa menuju ke Jeram sebelum mengatur gerak bot ronda bagi memintas kapal terbabit.


"Pada 3.14 pagi, sebuah bot kayu berjaya ditahan selepas dikejar hampir 15 minit. Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit dikendalikan dua kru warga Indonesia masing-masing berusia 44 dan 55 tahun dari Tanjung Balai.

"Pemeriksaan lanjut terdapat sembilan penumpang lelaki dan tiga penumpang wanita berusia lingkungan 23 hingga 46 tahun. Semua warga asing itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah," katanya menerusi kenyataan, semalam.

Beliau berkata, bot dan Pati dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

Katanya, sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... seludup-keluar-pati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.050724 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list