CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

[Selangor] Sorok ketamin dalam bungkusan mi segera

[Copy link]
Post time 5-11-2022 03:32 PM | Show all posts |Read mode

Bungkus mee segera mempunyai dadah ketamin seberat 25.5 gram.


SUBANG JAYA – Sebanyak 7,134 gram dadah jenis ketamin bernilai anggaran RM392,370 berjaya dirampas selepas pihak polis membuat serbuan di sebuah premis di kawasan Taman Perindustrian Sime UEP di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, rampasan di premis yang menjalankan aktiviti penghantaran barangan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pada pukul 3 petang.

“Kami telah menjumpai enam kotak berwarna putih yang berada di atas lantai di bahagian belakang premis berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kesemua kotak mendapati terdapat sebanyak 286 bungkus plastik mi segera dimana setiap bungkusan mengandungi satu paket plastik warna kelabu berisi dadah disyaki ketamin,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Menurut Wan Azlan, anggaran berat keseluruhan dadah berkenaan adalah 7,134 gram dan bernilai RM392,370.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan meniru cara pembungkusan mi segera yang berada di pasaran dan menyorokkan dadah jenis ketamin di dalam bungkusan sebelum dihantar ke luar negara melalui syarikat penghantar barang.

“Sindiket ini baru sahaja bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ketamin sejak awal Oktober lalu,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ungkusan-mi-segera/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.483708 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list