CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 838|Reply: 6

Nasib Yasin Sulaiman Diketahui 15 Disember, Pendakwa Raya Perlu Lebih Masa Teliti Representasi

[Copy link]
Post time 3-11-2022 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman optimis terhadap sebarang keputusan berhubung representasi bagi tiga pertuduhan berkaitan dadah yang ditangguhkan pada Disember ini.


Kata Yasin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 47, berkata, penangguhan itu disebabkan pihak pendakwaan memerlukan lebih masa untuk meneliti representasi yang difailkan pihaknya sebelum ini.


"Saya optimis sebab representasi saya agak panjang dengan 47 muka surat, di situ terdapat rekod kesihatan dan segala keperluan berhubung rawatan saya.


"Mungkin pihak pendakwaan memerlukan lebih masa bagi meneliti dokumen berkenaan tetapi saya optimis dengan kebijaksanaan dan belas ehsan pihak pendakwaan terhadap kes ini, " katanya kepada mStar.




Foto: mStar Online




Terdahulu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menangguhkan keputusan representasi bagi tiga pertuduhan berkaitan dadah dihadapi Yasin pada 15 Disember depan.


Keputusan itu dibuat Hakim Jamaludin Mat selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah memberitahu mahkamah pihaknya masih mempertimbangkan representasi yang dikemukan pihak pembelaan tertuduh.


Dalam pada itu, peguam mewakili Yasin, Ariff Azami Hussein pula memberitahu, pihaknya sedia maklum representasi yang dikemukana perlu dirujuk kepada Jabaran Peguam Negara (AGC) yang memerlukan lebih masa sebelum keputusan dibuat.


Bagaimanapun pihaknya berharap keputusan dapat dibuat pada tarikh sebutan akan datang seperti dipersetujui.


Mengikut pertuduhan, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.


Yasin turut didakwa atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.


Mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.


Yasin turut didakwa atas pertuduhan memberikan dirinya dadah berbahaya jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid' di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.


Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.


Penyanyi itu mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 06:03 PM | Show all posts
penjara ke denda je. ko pindah thailand la yasin oi
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tua kat penjara dia ni
Belum setahun dah kurus
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:30 PM | Show all posts
betul nampak cepat betul penuaan dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 09:10 PM | Show all posts
duduk dlm penjara kan dia ni? tgk elok je dia bercakap. xde pun nak berdifferent identity, bipolar segala. so sbnrnya xyah pun ganja tu kan. aku rasa alasan dia je utk rawatan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed ketiak pe kabar?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2023 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga di permudahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.046487 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list