CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Selangor] Bot 'tin sardin' ditumpaskan APMM

[Copy link]
Post time 3-11-2022 12:43 PM | Show all posts |Read mode

V SIVA Kumar menunjukkan bot yang membawa pendatang asing tanpa izin yang ditahan. FOTO Ruwaida Md Zain

Klang: Berhimpit umpama 'tin sardin' apabila 40 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dikesan menggunakan sebuah bot kayu untuk menyusup masuk ke negara ini.

Bot kayu berwarna merah berjalur biru dengan tanda nama SAFRI itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor di perairan Tanjung Layang, Kuala Langat di sini, Isnin lalu.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, Radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim Malaysia di Area Control Centre (ACC) Klang mengesan bot datang dari perairan Indonesia dan bergerak memasuki perairan Malaysia pada jam kira-kira jam 7.47 malam.


"Siasatan mendapati bot membawa 44 Pati termasuk tekong dan kru itu cuba melarikan diri sebaik dikesan bot ronda pasukan Maritim.

"Bot ronda APMM bertindak mengejar bot suspek hampir 10 minit sebelum berjaya ditahan sekitar jam 9.35 malam di kedudukan 0.5 batu nautika barat daya Tanjung Layang.

"Pemeriksaan awal mendapati bot itu dikendalikan seorang tekong dan dua kru warga Indonesia berumur 25 hingga 47 tahun," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Selangor, di sini, tadi.

Siva Kumar berkata, semasa ditahan, 39 penumpang lelaki dan empat penumpang perempuan serta seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia ditemui sedang duduk berhimpit di atas geladak dan di bawah dek bot.

"Semua Pati berumur lingkungan 12 tahun hingga 49 tahun itu didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Mengulas lanjut katanya, soal siasat di lokasi mendapati tekong bot itu sedang mencari laluan masuk ke perairan terdekat bagi menurunkan kesemua Pati.

"Sindiket ini mengenakan caj sekitar RM1,500 hingga RM 2,500 untuk membawa keluar dan masuk bagi setiap Pati bergantung kepada jarak lokasi.

"Siasatan mendapati kesemua Pati itu pernah bekerja di pelbagai sektor seperti pembersihan dan perladangan di Malaysia. Kemasukan mereka ke Malaysia adalah untuk bekerja semula di sektor sama,

"Bot dan kesemua suspek ditahan dan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut. Kesemua suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen1959/63.

Katanya, Maritim sentiasa melakukan rondaan dan penguatkuasaan 24 jam walaupun dalam keadaan negara yang sedang sibuk berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Mereka mungkin ingat pihak berkuasa tidak fokus kepada menjaga perairan negara kerana mungkin tumpuan ketika dialihkan kepada PRU-15 serta cuaca di perairan tidak menentu.

"Tapi tanggapan itu salah kerana pasukan Maritim dan penguatkuasa lain sentiasa berada di perairan khususnya dalam menjaga sempadan negara," katanya.

Dalam pada itu katanya, seramai 103 Pati dari Indonesia, Myammar dan Thailand berusia lingkungan 11 hingga 50 tahun setakat Oktober lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... in-ditumpaskan-apmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.105611 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list