CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Selangor] Tercampak keluar dari kereta

[Copy link]
Post time 3-11-2022 12:41 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN perubatan memberi rawatan awal kepada mangsa. FOTO ihsan bomba

Bangi: Seorang pemandu parah selepas tercampak dari kereta yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Bangi Avenue, di sini, semalam.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.52 pagi.

"Seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikejarkan ke lokasi.


"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati berlaku kemalangan membabitkan Nissan Cefiro yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

"Kemalangan itu menyebabkan pemandu berusia 24 tahun tercampak keluar dan terjatuh ke dalam cerun dianggarkan sedalam hampir 10 meter," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa berjaya dibawa naik oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut.

"Difahamkan mangsa mengalami kecederaan parah akibat kemalangan terbabit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -keluar-dari-kereta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.199702 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list