CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 612|Reply: 3

Kemalangan Akibat Tudung Tersangkut Roda Motor, Wanita Koma Berjaya Lahirkan Bayi

[Copy link]
Post time 2-11-2022 04:25 PM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Bayi perempuan di Uttar Pradesh, India, selamat dilahirkan pada 22 Oktober lalu, walaupun ibunya dalam keadaan koma sejak tujuh bulan lalu.


Wanita yang dikenali sebagai Shafiya itu koma selepas mengalami kecederaan serius akibat terbabit dalam kemalangan motosikal.


Kemalangan itu menyebabkan wanita terbabit mengalami kecederaan di kepala kerana tidak memakai topi keledar.


Ketika kejadian pada Mac lalu, wanita itu sudah disahkan mengandung kira-kira 40 hari.


Gambar Hiasan




Tudungnya dikatakan tersangkut pada roda motosikal yang dibonceng bersama pasangannya menyebabkan mereka terjatuh.


Susulan kejadian, Shafiya terpaksa menjalani lima pembedahan neurologi di Institut Sains Kesihatan India di Bulandshahr, Uttar Pradesh.


Dalam beberapa tempoh tertentu, dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan beberapa tulangnya terpaksa dikeluarkan kerana terkena bahagian otak.


Doktor juga berada dalam keadaan dilema sama ada terpaksa menggugurkan bayi dalam kandungan wanita itu atau sebaliknya, kerana implikasi yang boleh berlaku kepada wanita itu.


Selepas menjalani ujian ultrabunyi, kandungan wanita itu disahkan normal dan pasukan perubatan memberi keyakinan kepada keluarga bahawa tiada implikasi pada kandungannya.


Wanita itu pada mulanya hanya berpeluang untuk hidup antara 10 hingga 15 peratus saja berdasarkan keadaan kesihatan dan kecederaan yang dialami.


Kini, Shafiya sudah tidak perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan, malah sudah boleh menggerakkan kaki dan kepala.


Pakar bedah, Dr Deepak Gupta menganggap kes ini satu keajaiban dalam bidang kesihatan.


"Tidak pernah terlintas di fikiran saya keadaan sebegini akan berlaku sepanjang 22 tahun menjadi pakar bedah.


"Shafiya kini berada dalam keadaan yang stabil dan tidak memerlukan bantuan alat pernafasan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2022 08:45 PM | Show all posts
Asal aku baca tersangkut tedung..haduhhh...letih nau mata aku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Uttar Pradesh?? Trauma sungguh iols dgn negeri ni sebab mengikit sorsng forumer, satu uttar pradesh ni sihat dr covid makan ubat cacing.  Org yg sembuh tu lagi banyak dr overall yg sakit sebab ubat cacing.  Saka kut pergi berlapan balik 14.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 10:09 AM | Show all posts
tak pelikla si jahidah koma dipukul suami tu pon lahirkan anak dlm koma kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.055021 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list