|
Perkongsian pengacara, penyanyi, penyampai radio, dan usahawan Nur Hidayah Abu Bakar atau nama panggilannya Dayah mengenai anaknya mencuri tumpuan peminat.
Dayah memuat naik video di TikTok reaksi anaknya ketika melihatnya pulang. Apa yang menarik perhatian warganet ialah apabila anaknya Fahri berlari sambil menjerit nama 'Dayah'.
TikTok/IG Dayah
Sempat dayah berseloroh mengatakan dirinya terasa seperti kumpulan Blackpink apabila melihat reaksi anaknya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan reaksi Fahri yang teruja melihat ibunya. Ada juga yang mengatakan kelakuan Fahri ketika itu sangat comel.
Tidak kurang juga komen-komen warganet terkejut dengan Fahri yang selamba memanggil ibunya dengan panggilan ‘Dayah’ dan mereka menggangap perkara itu lain dari yang lain.
Sekadar info, pada 29 Jun 2018, Dayah dan Kapten Hanif telah melangsungkan perkahwinan. Pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan di 9Kedondong, Ampang Hilir, Kuala Lumpur dan kini dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Achbar Muhammad Fahri.
Sumber: Murai
|
|