CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1605|Reply: 5

Jadi Calon PRU- Dira Abu Zahar Dah Aishah Dimaki, Dicaci, Akidah Dipersoal

[Copy link]
Post time 2-11-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Dimaki dan dicaci depan muka antara cabaran dilalui penyanyi terkenal Datuk Aishah ketika menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.


Aishah, 57, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata, menjadi calon mewakili parti Pas ketika itu memerlukan hati kental untuk berdepan dengan pelbagai situasi.


"Ketika menjadi calon, pelbagai cabaran ditempuh. Bukan semua orang menyokong kita. Kalau lalu sahaja akan diejek dan macam-macam dicakap depan muka kita.


"Itu satu perkara yang mengejutkan, apatah lagi yang mengeluarkan kata-kata kesat itu daripada mak cik, pangkat mak kita.


"Tapi itulah dalam politik kena kental hati, terima hakikat yang mana bukan semua, ramai tak sokong dan maki. Selain itu, cakap macam-macam cerita mengenai kita, itu kena hadapi.


Foto: IG




"Masa itu saya tidak bersalaman dengan bukan mahram. Saya ingat lagi sewaktu berkempen, ada orang tua lelaki nak bersalam dengan saya tetapi saya tarik tangan ke dada.


"Dia bukan main marah sedangkan itu adalah pendirian saya. Malah sebelum menjadi calon pun ketika mula berhijrah, saya tidak bersalaman dengan lelaki bukan mahram.


"Sampai sekarang ini prinsip saya. Saya percaya ia hukum agama. Namun, ketika itu, ia ibarat satu tamparan kepada pak cik itu," katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurut Aishah, menjadi calon PRU memberikannya pengalaman baharu buat dirinya selain ia membina karakter.


"Menjadi calon PRU satu pengalaman baik. Bagi saya, ia satu pengalaman membina karakter.


"Banyak perkara yang saya lalui semasa berkempen, menjadi calon yang membuatkan saya sedar, saya ini orang yang macam mana apabila berdepan situasi itu. Pendek kata ia pengalaman mahal.


"Ia perkara yang hebat apabila menjadi calon. Apatah lagi saya orang baharu ketika itu tetapi dapat melalui pengalaman yang baik," katanya.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Rim Melaka yang juga bekas pengacara dan pelakon Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira berkata, beliau pernah dipertikai soal akhlak dan akidah berikutan berpengalaman dalam bidang seni.




Foto: IG




"Nama pun bertanding, akan ada pihak lawan. Nak berhadapan dengan pihak lawan satu perkara yang sudah termaktub, inilah fitrah.


"Jadi, cabaran pertama nak bertanding kena lawan, jadi kita nak kena pastikan ini dapat diselesaikan.


"Kedua, dalam mana-mana organisasi masalah dalaman akan ada. Bila kita bertanding, tentu sahaja nak kena menjaga jentera kita, tahu macam mana nak susun, menjadi orang yang adil dalam membuat keputusan sama ada boleh atau tak, boleh buat atau tak.


"Kita bekerja bukan seorang sahaja, bila bertanding ada jentera dan pasukan kita yang sama-sama membantu.


"Kebanyakan masa memang jentera yang bantu, jentera bawa kita, kita yang buat keputusan. Cabaran nak membuat keputusan yang baik-baik itu perlu dipertimbangkan.


"Cabaran lain apabila menjadi calon, akan dengar macam-macam orang cakap baik buruk mengenai kita.


"Macam saya yang pernah bekerja sebagai anak seni, ada yang pertikai akidah dan akhlak saya sebagai pekerja seni dan sebagainya.


"Jadi kita perlu pastikan, pertama dapat menjawab dengan baik, kedua, dapat juga berhadapan. Ini kerana bila orang bercerita mengenai kita, baik buruk kita semua akan keluar.


"Emosi mental kena kuat, ini lumrah. Jadi kena faham. Kita tak boleh marah orang nak cerita buruk, itu adalah tanggungjawab orang berlawan dengan kita. Ini memang kerja lawan, itu kena hadap," katanya.


Menurut Dira yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Melaka pada November tahun lalu, diberi peluang menjadi calon pilihan raya adalah sesuatu yang menarik meskipun perlu mengorbankan masa bersama suami, anak dan keluarga.


"engalaman sebagai calon, ia menarik dan berat sebenarnya," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tpi dira ni aktif aishah x taw pulk
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dira nampak makin semenggah dah yea, dia pun dah tak aktif jd retis ok la tu.
Iols perasan retis2 indon pun ramai join politik dan jd waibi kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
lyshafull replied at 2-11-2022 11:42 AM
Tpi dira ni aktif aishah x taw pulk

Kak ecah dah tarik diri dari ahli politik..beliau sedar menyanyi juga yg untung.nyanyi 2,3 lagu dpt bayaran belasan ribu.sama juga dgn yebbi yabadi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dira skrg da full time YB. Mana dan nak blakon ke mngarah. Tiap2 hari kena attend event dgn meeting. Tp rasa2 klu dia free nak jugak tu on screen
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 10:20 AM | Show all posts
ecah ko xyah nk feeling jadi ahli politik tgk muka pon xda kyakinan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.037887 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list