CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5492|Reply: 58

Gadis meraung mak ayah hantar balik kolej, tak tahan hidup dengan rakan toksik - “Mereka kata saya gila populariti”

  [Copy link]
Post time 1-11-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 1-11-2022 04:43 PM


Atul berkongsi video dirinya meraung sambil meluahkan perasaan berhubung rakan toksik di kolej.

Gadis meraung mak ayah hantar balik kolej, tak tahan hidup dengan rakan toksik - “Mereka kata saya gila populariti”
Selasa, 01 November 2022 10:00 AM

RAKAMAN audio seorang pelajar yang meraung meluahkan masalah kepada ibu bapanya meraih perhatian warga maya.

Menurut gadis berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Atul, dia pada ketika itu menangis seperti hilang arah sambil menceritakan masalah dirinya yang berdepan rakan-rakan dan beberapa pensyarah kolej yang disifatkan sebagai 'toksik'.

Ketika dihubugi mStar, gadis berusia 20 tahun ini berkongsi semula kisah di sebalik rakaman tular yang dimuat naik di TikTok.

"Semasa kejadian, saya hanya rakam untuk simpanan sendiri. Saya upload video tu pula sekadar nak simpan kenangan nasihat walid (bapa).

"Saya mula buat luahan perasaan sebab rasa dah tiba masanya untuk mereka tahu dan bagi mereka nampak kondisi sebenar saya dekat kolej. Sebelum ini saya tak pernah luahkan perasaan saya, jadi bila berdepan dengan mereka sukar untuk saya kawal emosi.

  

"Saya bimbang juga kalau emosi saya semakin teruk, keadaan jadi makin rumit. Jadi saya ambil keputusan luahkan saja masalah yang terpendam supaya mereka tahu," kata Atul.

Menurut gadis yang berasal dari Johor ini, sejak kecil lagi dia sememangnya sukar untuk berkongsi masalah dengan kedua-dua orang tuanya dan lebih memilih untuk memendam rasa.

Tambahnya, keadaan dirinya semakin parah apabila dia menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi yang enggan dinyatakan nama dan lokasinya.

"Saya malas nak bercerita sangat masalah dekat ibu dan walid sebab tak nak mereka susah hati ketika kami berjauhan. Saya dah pendam masalah ni sejak mula masuk belajar sampailah tamat semester lima.

"Tapi semasa cuti pertengahan semester tamat, sebelum mereka hantar saya balik ke asrama... saya mula rasa berat hati nak balik. Tiba-tiba air mata saya jatuh sendiri depan mereka. Masa tu saya rasa nak luahkan semuanya sebab itu adalah pilihan terakhir, dah tak tahan lagi nak pendam.

"Saya menangis sambil cakap apa saja yang terbuku di hati. Tak sangka sangat ibu dan walid boleh beri semangat dan dorongan serta mahu dengar luahan hati saya," katanya.

Luah Atul, masalah dihadapi sejak semester pertama sehingga lima ini berpunca daripada persekitaran rakan dan pensyarah yang dilabel sebagai golongan toksik.

Imbas anak kedua daripada empat adik beradik ini, pelbagai cara dilakukan oleh golongan ini terhadap dirinya, didakwa bertujuan untuk menjatuhkannya di kolej.

Dia juga dituduh 'gilakan populariti' apabila memegang jawatan dalam setiap kelab dan persatuan disertainya.

Saya pernah juga dimalukan depan students lain seperti direndahkan sebab saya mengalas jawatan di tempat belajar.
ATUL

"Ada kawan yang tikam belakang belakang. Depan saya mereka berlakon nak ambil tahu tapi mula menjaja cerita buruk dekat pesyarah dan kawan-kawan lain. Lebih malang lagi apabila pensyarah pun percaya cakap mereka ni bulat-bulat.

"Saya pernah juga dimalukan dan direndahkan depan pelajar lain gara-gara jawatan yang saya pegang. Mereka kata saya tak layak pegang jawatan tersebut. Tak cukup dengan itu, mereka perli saya di status WhatsApp dan media sosial.

"Orang kata saya gila populariti dan jawatan sedangkan saya hanya ingin aktif dan buat apa yang saya suka sahaja," ujarnya.

Menurut Atul, dia berasa beruntung kerana walaupun masalah ini dianggap cukup besar tetapi ibu bapanya sangat memahami dan sanggup mendengar keluhannya.

Malah, kata-kata nasihat dan semangat dititipkan oleh mereka membuatkan Atul berasa lega dan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam pengajiannya.


Atul dikatakan sebagai seorang yang gilakan populariti setelah menyandang banyak jawatan di kolej.

Bercerita mengenai video dimuat naik, dia tidak menyangka bahawa rakaman tersebut meraih perhatian netizen di TikTok.

"Cara ibu bapa saya menasihati tu buatkan hati saya tersentuh. Mula-mula tu ibu agak terkejut saya tiba-tiba datang dan peluk dia tapi selepas saya menangis dia pesan 'Antara anak-anak kami... Atul yang paling kuat, jadi Atul kena kuat untuk ibu dan walid. Cuba cari kawan baru dan abaikan mulut orang, ibu percaya kamu boleh buat. Lagi sedikit saja dah nak habis belajar. Masih ada lagi kawan-kawan yang sayang Atul'. Macam tulah nasihat ibu pada saya.

"Lepas saya upload video tu, ramai yang komen dan berikan kata-kata semangat juga pada saya. Setelah baca komen, saya dapati ramai yang menghadapi masalah sama tetapi mereka saling memberi semangat dan nasihat serta berkongsi pengalaman masing-masing. Alhamdulillah dalam masyarakat kita pada hari ini masih ramai orang yang baik dan prihatin.

"Saya berharap tiada pihak yang salah anggap dengan perkongsian video tu. Saya tak berniat nak menjatuhkan sesiapa tetapi hanya berkongsi luahan hati supaya mereka yang menjadi 'mangsa' macam saya tidak rasa keseorangan," katanya lagi.

https://www.mstar.com.my/lokal/v ... aya-gila-populariti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2022 04:38 PM | Show all posts
TikTok: https://www.tiktok.com/@.irror


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2022 04:40 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2022 05:55 PM | Show all posts
Ceritanya cewek ini dimarahi sama orang tuanya karena ndak mahu kembali ke tempat kuliah, alasan cewek ini teman-teman kampusnya toksik karena iri sama dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau galas byk jawatan tp time group assignment kau buat kje x?
Biasa aktif sgt ni mesti assignment buat ala kadar n group meeting xdtg sume mana org xangin..

Sbb takat jawatan kat uni tu alahai xkemane pun..
Semua pun dah besar2.. kau mpp ke ape like who cares..

Kalau kwan toxic carik je la kawan lain.. ade beribu dlm uni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena pandai bawa diri je masa kt ipta..
Iols dulu kawan lepak2 lain group..
Kawan buat assignment lain-lain..
Kawan sekuliah ikut subjek..pandai2 la manis mulut
bertegur sapa ..
.kang kalau sombong.
Nanti assignment task nak group dgn sape lak..




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2022 07:30 PM | Show all posts
rasa mcm betul jek ko gile populariti dek
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ko jenis mencapab ke sis?kalo jenis kaki mencapab mmg selayaknyalah sistur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu semasa ke????
Bertunggu tangga kt tiktok pastu amek buat bahan buka tred…sampah sgt
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu yang toksik seketul dua aja..

Kalau semua cari pasal dengan kau, maknanya kau yang toksik...


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 1-11-2022 10:50 PM

Sis ko mmg nak glamer kan? Menyemak kat forum.


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
aku lagi percaya pensyarah dan rakan toxic ko tuh, sbb terbukti ko kaki mencapub dan kebulur perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 1-11-2022 08:30 PM

Lepas tu budaya aktif sana sini tu dibawa ke tempat kerja lepas habis belajar tu. Kerja hakiki tak buat, suruh orang lain buat. Dia duk sibuk dengan aktiviti selain kerja. Makanya banyaklah kaunter yg kosong, kerja tak siap siap, projek tak siap siap dan lain lain lagi. Anehnya orang begini la yang akan cepat naik pangkat, dapat cemerlang etc.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 08:24 PM | Show all posts
habiskan je lah belajar tu... lepasni takde dah toxic2... lain la lagi 5 tahun baru habis yang tu ko lari je dikkkk dari kolej tu.. lari je ikut jantan ke apa lagi bagus dari nak mengadap orang2 toksik...

tapi kenapa tengok macam betul je apa kawan2 dia kata tu hahahahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 08:27 PM | Show all posts
Mampos time keja dek kalau macam ni. Better bukak company sendiri lah then. Hidup u tak susah and u tak susahkan org lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
knapa akak rasa uols yg toksik dik.. ke akak dah jadi mcm bangsa Korea.. kurang empati
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 08:57 PM | Show all posts
kenapa kau sibuk jaga budak kolej friska? rumah tangga kau pun dh  nak karam di langgar ombak bola2 api
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 08:59 PM | Show all posts
STOP PLAYING THE BLOODY VICTIM. YOU BLOODY HELL ARE AN ATTENTION SEEKER & DESPERATE TO BE POPULAR. You are TOXIC in reality. The truth hurts for this female.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Toksik pun toksik la
Janji tiktok majuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.106831 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list