CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 267|Reply: 0

[Selangor] 500,000 penduduk bakal dapat manfaat projek pendalaman, pelebaran hilir Sungai Klang

[Copy link]
Post time 1-11-2022 03:21 PM | Show all posts |Read mode

AMIRUDIN Shari (dalam lori korek tanah) merasmikan simbolik Projek Pengurangan Banjir Sungai Klang, Pendalaman dan Pelebaran Sungai Klang di Kota Kemuning, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar

Shah Alam: Projek pendalaman dan pelebaran hilir Sungai Klang sepanjang 56 kilometer (km) dilaksanakan secara berperingkat bermula semalam bagi mengurangkan risiko banjir teruk seperti kejadian yang berlaku pada Disember tahun lalu.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek pendalaman sungai dengan anggaran kos bernilai RM700 juta itu akan meliputi 12 zon menerusi empat blok utama kawasan titik panas berlaku banjir sekitar kawasan sungai bermula dari Mid Valley, Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang.

Katanya, projek yang diuruskan oleh Menteri Besar Selangor (Incorporated) menerusi subsidiarinya, Landasan Lumayan Sdn Bhd itu dijangka mengambil tempoh selama lima tahun untuk disiapkan.


"Kerja-kerja (pendalaman dan pelebaran) ini akan memberi tumpuan kepada dua blok termasuk kawasan Taman Sri Muda dan kita sasarkan 30 peratus untuk kawasan ini siap sehingga hujung tahun ini.

"Kawasan SA06 iaitu Kota Kemuning yang mana lokasi kita pada masa ini akan dijadikan tapak operasi awal.

"Fasa pertama sejauh 10 km ini akan membabitkan kerja pengorekan sungai sehingga tiga meter di kawasan berhampiran perumahan Taman Sri Muda," katanya selepas melancarkan projek pendalaman dan pelebaran hilir Sungai Klang di Kota Kemuning, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, secara keseluruhan projek ini bakal memberi manfaat kepada 500,000 penduduk sekitar terutama di kawasan titik panas banjir antaranya Sri Muda, Bukit Lanchong, Kampung Tengah dan Kampung Baru Hicom.

Menurutnya, proses pendalaman sungai itu akan meningkatkan kapasiti tampungan air sekali gus turut mengurangkan risiko banjir seperti yang berlaku pada hujung tahun lalu.

Katanya, projek pendalaman dan pelebaran Sungai Klang akan turut merangkumi pengukuhan tanah tebing sungai dan pembinaan permatang (bunds) yang juga inisiatif pertama dijalankan di bawah Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM).

"Ia adalah salah satu projek berimpak tinggi dikenal pasti di bawah Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway (ZPE SMG) yang baru diumumkan sebagai pembangunan mampan di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ebaran-hilir-sungai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.051449 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list