Kecoh di media sosial mengenai banyak akaun Instagram dipercayai tidak ‘verified’ telah dipadamkan secara tiba-tiba oleh pemilik platform tersebut.
Kosmo! Online sendiri malam tadi kehilangan pengikut seramai 5,000 akaun.
Tinjauan di Twitter ramai akuan lnstagram mengeluh apabila akaun peribadi mereka secara tiba telah digantung selama 30 hari disebabkan beberapa isu yang dinyatakan.
Antaranya akun itu tidak mengikut panduan komuniti yang ditetapkan dan tidak membuat mengesahkan pemilikan akaun.
Antara akaun Instagram yang dipadamkan
Tanda pagar #Instagramdown sedang sohor sekarang yang melibatkan pemilik akaun di seluruh dunia.
Kata Tina, sedih tiba-tiba kena gantung akaun Instagram, sedangkan akaun itu tidak begitu aktif.
“Sayang ada banyak gambar di situ, tiba-tiba akaun hilang, “tulisnya.
Sumber: KOSMO! ONLINE
|