CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2458|Reply: 28

Seram Tengok Momen Jambatan Runtuh Di India, Had 20 Orang Je Tapi 500 Yang Naik

[Copy link]
Post time 1-11-2022 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Polis membuka kertas siasatan jenayah terhadap individu yang tidak dinamakan dipercayai bertanggungjawab terhadap kerja pengubahsuaian, penyelenggaraan dan pengurusan jambatan gantung di barat India yang meragut hingga 141 nyawa pada tengah hari Isnin.


Kerajaan membentuk pasukan lima anggota untuk menyiasat bencana itu.




Reuters




Kumpulan Oreva, pembuat peralatan elektrik yang berpangkalan di Gujerat yang terkenal dengan pembuatan jam Ajanta, telah bertanggungjawab menyelenggara jambatan itu selama 15 tahun, kata Sandeepsinh Zala, ketua pegawai perbandaran Morbi.


"Mereka tidak memberi kami sebarang maklumat bahawa mereka sedang membuka semula jambatan itu," kata Zala. "Kami tidak mengeluarkan sebarang sijil kelulusan kepada mereka."


Jayrajsinh Jadeja, ahli parlimen tempatan dari Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, menyalahkan Oreva kerana menjual tiket tanpa sekatan hingga menyebabkan kesesakan dan jambatan runtuh.


Jambatan itu sebelum ini diselenggara oleh majlis perbandaran tempatan yang mengehadkan bilangan orang di jambatan itu pada satu-satu masa kepada 20 orang, katanya.





Momen jambatan gantung di Gujerat runtuh - Video: Twitter



Bagaimanapun, menurut penyiar tempatan NDTV, semasa runtuhan terdapat kira-kira 500 orang di atas jambatan itu.


Jurucakap Oreva tidak menjawab panggilan dan mesej teks daripada Reuters.


Akhbar Indian Express memetik jurucakap Oreva sebagai berkata: "Kami masih menunggu maklumat lanjut. Jambatan itu runtuh kerana terlalu ramai orang di bahagian tengah jambatan itu dan ada yang cuba mengayunkannya dari satu arah ke arah yang lain."


Perdana Menteri Narendra Modi, bekas ketua menteri Gujarat, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.




AFP




"Kerajaan Gujerat sedang menjalankan operasi bantuan dan menyelamat sejak semalam. Kerajaan pusat juga menghulurkan semua bantuan kepada kerajaan negeri."


Jambatan pejalan kaki itu berukuran 1.25 meter lebar dan menjangkau jarak 233 meter menghubungkan hotel warisan Istana Darbargadh dan bandar.


Ia dibina pada tahun 1877 ketika India adalah tanah jajahan British.


Ahli politik pembangkang berkata bencana itu mendedahkan kekurangan pengawasan infrastruktur di negara ini.


"Kami bukan sahaja sangat sedih di atas tragedi ini tetapi juga sangat marah kerana kejadian ini hanya menunggu masa untuk berlaku," katanya.




Sumber: Harian Metro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 09:54 AM | Show all posts
mati skrg ni beratus2 je...
indon
korea
india
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:05 AM | Show all posts
kemain posing lagi ek...siap melompat-lompat lagi sesak-sesak tu... alangkan jambatan simen batu pun orang gayat nak lalu kalau ramai-ramai, inikan pulak jambatan gantung bergoyang2....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:13 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 1-11-2022 10:05 AM
kemain posing lagi ek...siap melompat-lompat lagi sesak-sesak tu... alangkan jambatan simen batu pun ...

monyet pun tak perangai mcm ni. company buat jam jaga jambatan gantung, speck jambatan utk 20 org tapi bg lepas beratus org. dalam beraatus org tu perangai monyet, ungka, kera kongkang ada dalam 10-15% pun jahanam dah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:17 AM | Show all posts
Footage video beberapa survivor tergantung kat serpihan jambatan tersebut:

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:27 AM | Show all posts
pasa replied at 1-11-2022 10:13 AM
monyet pun tak perangai mcm ni. company buat jam jaga jambatan gantung, speck jambatan utk 20 org  ...

heyy! monyet pun behave je dduk kat kuil diorang tau... ekekekekekeke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2022 10:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:40 AM | Show all posts
aku tengok mesti ada yang nak test dengan lompat-lompat. Sama kes dengan jambatan di amerika selatan yang runtuh kerana melompat...

https://www.youtube.com/shorts/_lmWWP8Jnes



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 10:41 AM | Show all posts
yg bodohnya sorg keling tu dok goyang2 kan jambatan tu...bodoh....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:42 AM | Show all posts
Edited by Travelo at 1-11-2022 10:43 AM
nuralisa replied at 1-11-2022 09:54 AM
mati skrg ni beratus2 je...
indon
korea

selalu benda2 mcmni trendy...

kalau sekali insiden berlaku, akan keep on happening benda yg sama lepas tu...
dalam kes kes ni...persamaan adalah dari segi mati beramai2

so trendy

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Peristiwa hujung tahun ni:
Indon= 130 org mati
Korea= 149 mati
India = 141 mati

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:44 AM | Show all posts
noor2 replied at 1-11-2022 10:43 AM
Peristiwa hujung tahun ni:
Indon= 130 org mati
Korea= 149 mati

trend terkini...mati beramai2

lepas ni mati beramai2 konsep macamana pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:45 AM | Show all posts
keling tak kisah sangat mati, India ada lebih 1 billion org..kematian keling ibarat mcm kita pijak semut kat lantai je
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:50 AM | Show all posts
bila kena kat SK kemain semua pray for itaewon, pray for oppa..

bila kena kat india, mengutuk orang umpama Tuhan tak wujud..

padahal dua2 kes pun melibatkan kelemahan pengurusan dan kebodohan manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Travelo replied at 1-11-2022 10:44 AM
trend terkini...mati beramai2

lepas ni mati beramai2 konsep macamana pulak?

Mati dlm satu masa sekaligus.....ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 10:54 AM | Show all posts
Sendiri punya mahu mendapat ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 1-11-2022 11:06 AM
~boolean replied at 1-11-2022 10:50 AM
bila kena kat SK kemain semua pray for itaewon, pray for oppa..

bila kena kat india, mengutuk orang ...


siapa la SRK dibanding kpop....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal runtuh, terlebih muatan mesti dari sana.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:12 AM | Show all posts
~boolean replied at 1-11-2022 10:50 AM
bila kena kat SK kemain semua pray for itaewon, pray for oppa..

bila kena kat india, mengutuk orang ...

south korea bagus juga mati, sebab mereka terus jadi roh hantu halloween..

keling ni standard la mati hari2...itu biasa...ada 1 billion org di sana...ape nak sedihnya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Travelo replied at 1-11-2022 10:42 AM
selalu benda2 mcmni trendy...

kalau sekali insiden berlaku, akan keep on happening benda yg sama l ...

biasalah
dah hujung tahun
malaikat maut nak penuhi kuota
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.231321 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list