CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11247|Reply: 41

Permasalahan catatan umur Ahazia dalam bible

[Copy link]
Post time 14-10-2010 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Di dalam 2 Raja-Raja 8:26 disebutkan umur Ahazia ketika menaiki takhta adalah 22 tahun.
Jika kita lihat dalam 2 Raja-Raja 8:26 dalam kitab Hebrew OT: WCL (Consonants only)  בן־עשרים ושתים שנה yang bermaksud dua puluh dua tahun. Sila lihat di link http://biblos.com/2_kings/8-26.htm.

Di lihat dalam Septuaginta pula
υἱὸς εἴκοσι καὶ δύο ἐτῶν οχοζιας ἐν τῷ βασιλεύειν αὐτὸν καὶ ἐνιαυτὸν ἕνα ἐβασίλευσεν ἐν ιερουσαλημ καὶ ὄνομα τῆς μητρὸς αὐτοῦ γοθολια θυγάτηρ αμβρι βασιλέως ισραηλ

Lihat dalam http://sepd.biblos.com/2_kings/8.htm

di mana terjemahannya adalah  juga menyebut umur Ahazia ketika menaiki takhta adalah 22 tahun.
Two and twenty years old was Ahaziah when he began to reign, and he reigned one year in Jerusalem. And his mother's name was Athaliah, the daughter of Omri, king of Israel.
King James Bible

Lihat dalam link http://purple.kjv.us/2_kings/8.htm

Namun permasalahan wujud dalam 2 Tawarikh 22:2.
Jika kita lihat dalam Septuaginta
ὢν εἴκοσι ἐτῶν οχοζιας ἐβασίλευσεν καὶ ἐνιαυτὸν ἕνα ἐβασίλευσεν ἐν ιερουσαλημ καὶ ὄνομα τῇ μητρὶ αὐτοῦ γοθολια θυγάτηρ αμβρι

di mana terjemahannya menyebut dalam ayat tersebut umur Ahazia adalah 20 tahun. Lihat dalam The Translation of the Greek Old Testament Scriptures, Including the Apocrypha. Compiled from the Translation by Sir Lancelot C. L. Brenton 1851 pada link berikut http://www.ecmarsh.com/lxx/Chronicles%20II/index.htm

yang mana terjemahannya adalah
Chapter 22
22:1 And the inhabitants of Jerusalem made Ochozias his youngest son king in his stead: for the band of robbers that came against them, even the Arabians and the Alimazonians, had slain all the elder ones. So Ochozias son of Joram king of Juda reigned.
22:2 Ochozias began to reign when he was twenty years old, and he reigned one year in Jerusalem: and his mother’s name was Gotholia, the daughter of Ambri.

Justeru umur yang tercatat dalam Septuaginta itu adalah 20 tahun.

Ayat yang sama iaitu 2 Tawarikh 22:2 bagi kitab Hebrew  בן־ארבעים ושתים שנה yang membawa maksud 42 tahun.
Lihat dalam link http://biblos.com/2_chronicles/22-2.htm

Justeru dalam dua manuscript bible bagi ayat 2 Tawarikh 22:2 mencatatkan umur yang berbeza iaitu 20 tahun dan 42 tahun. Justeru yang mana manuscript yang mencatatkan catatan yang menyamai catatan sebenar penulis bagi ayat 2 Tawarikh itu?

Apa-apa pun yang pasti maka di sinilah kesalahan dalam mencatatkan umur dalam ayat 2 Tawarikh 22:2 itu. Jika kita ambil perbezaan antara 2 Raja-Raja 8:26 dan 2 Tawarikh 22:2 bagi kitab Hebrew, terdapat kelompok kristian meng memberi hujah iaitu umur 22 tahun dalam ayat 2 Raja-Raja 8:26 aalah umur Ahazia namun umur 42 tahun yang tercatat dalam 2 Tawarikh 22:2 itu adalah umur Athaliah (ibu Ahaziah) dan bukannya umur Ahaziah. Namun jika benar dalam catatan aslinya mencatatkan umur 42 tahun, maka kenapa dalam manuscript Septuaginta tidak mempunyai catatan umur 42 tahun? Kenapa dalam Septuaginta umur yang dicatatkan adalah 20 tahun? Sebenarnya apakah umur yang tercatat di dalam catatan naskah aslinya yang dicatatkan oleh penulis asalnya bagi ayat 2 Tawarikh 22:2 ini? Adakah 42 (empat puluh dua) atau 20 (dua puluh)? Apa-apa pun salah satu maklumat tersebut adalah pasti tidak benar.

Dalam masa yang sama mari kita lihat terjemahan bagi ayat yang sama iaitu 2 Tawarikh 22:2 ini dalam New Living Translation. Lihat di bawah

2Ahaziah was twenty-twob years old when he became king, and he reigned in Jerusalem one year. His mother was Athaliah, a granddaughter of King Omri.

Lihat pada link http://nlt.scripturetext.com/2_chronicles/22.htm

Perkara yang perlu kita beri fokus adalah nota kaki dalam bible New Living Translation itu iaitu dicatatkan,

b 22:2 As in some Greek manuscripts and Syriac version (see also 2 Kgs 8:26); Hebrew reads forty-two.

Justeru manuskript greek dan syriac mencatatkan umur 22 tahun namun dalam manuscript Hebrew pula mencatatkan umur 42 tahun. Justeru jelas wujudnya ketidakpastian akan umur siapakah yang sebenarnya dicatatkan dalam ayat 2 Tawarikh 22:2 itu iaitu sama ada umur Ahazia atau pun umur Athaliah iaitu ibu Ahaziah. Justeru dipersilakan untuk memastikannya.

Sekali lagi keadaan yang sama di mana jika kita lihat bible New International Version pula meencatatkan
2Ahaziah was twenty-twoa years old when he became king, and he reigned in Jerusalem one year. His mother’s name was Athaliah, a granddaughter of Omri.

Lihat di link http://niv.scripturetext.com/2_chronicles/22.htm

Dimana pada nota kakinya tercatat a 2 Some Septuagint manuscripts and Syriac (see also 2 Kings 8:26); Hebrew forty-two.

Justeru sila pastikan umur siapakah yang sebenarnya tercatat dalam 2 Tawarikh 22:2 itu. Apa-apa pun kesalahan sudah terlalu terbukti wujud dalam bible itu.

Seterusnya pertimbangkan pula 2 Raja-Raja 8:26 bagi Septuaginta iaitu pada umur berapa sebenarnya Ahazia menaiki takhta? Pada umur 22 atau 20 tahun? Sekali lagi, apa-apa pun yang pasti salah satu maklumat tersebut adalah pasti tidak  benar.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 18-10-2010 10:09 AM | Show all posts
Tiadakah mana-mana inividu kristian yang sanggup memberikan komentarnya berkenaan kesalahan catatan umur Ahazia alam bible ini?
Jika tiada, yes, saya memahami iaitu sememangnya untuk mempertahankan sesuatu yang salah adalah sesuatu yang tidak akan mampu dilakukan oleh sesiapa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:17 PM | Show all posts
Soalan ini sudah lapuk dah pernah dibincangkan dahulu

semua jawapan ada di sini [urlhttp://debate.org.uk/topics/apolog/contrads.htm][/url]

 Author| Post time 19-10-2010 12:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by erusi at 19-10-2010 00:53

Reply 4# casejulia

a.
Category: copyist error)

Because we are dealing with accounts which were written thousands of years ago, we would not expect to have the originals in our possession today, as they would have disintegrated long ago. We are therefore dependent on the copies taken from copies of those originals, which were in turn continually copied out over a period of centuries. Those who did the copying were prone to making two types of scribal errors. One concerned the spelling of proper names, and the other had to do with numbers.

The two examples of numerical discrepancy here have to do with a decade in the number given. Ahaziah is said to have been 22 in 2 Kings 8:26; while in 2 Chronicles 22:2 Ahaziah is said to have been 42. Fortunately there is enough additional information in the Biblical text to show that the correct number is 22. Earlier in 2 Kings 8:17 the author mentions that Ahaziah's father Joram ben Ahab was 32 when he became King, and he died eight years later, at the age of 40. Therefore Ahaziah could not have been 42 at the time of his father's death at age 40! Such scribal errors do not change Jewish or Christian beliefs in the least. In such a case, another portion of scripture often corrects the mistake (2 Kings 8:26 in this instance). We must also remember that the scribes who were responsible for the copies were meticulously honest in handling Biblical texts. They delivered them as they received them, without changing even obvious mistakes, which are few indeed.

(Refer to the next question for a more in-depth presentation on how scribes could misconstrue numbers within manuscripts)

(Archer 1982:206 and Light of Life II 1992:201)

Yes, inilah yang saya ingin paparkan iaitu keadaan yang tertimpa ke atas bible itu apabila dilakukan ujian terhadapnya maka amat jelas kesalahan telah wujud di dalam bible iaitu kesalahan yang tidak mampu dinafikan oleh kelompok kristian itu sendiri. Apakah maksud kesalahan itu? Maksudnya unsur-unsur pengubahan telah wujud ke atas bible. Jika tiada unsur pengubahan makanya tiada unsur kesalahan. Pengubahan itu mengundang kesalahan dalam bible. Contohnya pengubahan umur 22 Ahazia kepada 42 telah mengundang kesalahan dalam bible.

Mereka menganggap bahawa umur Ahazia yang sebenarnya adalah 22 tahun dan bukannya 42 tahun. Apa-apa pun suka saya maklumkan bahawa itu adalah semuanya berdasarkan asumsi semata-mata. Tiada bukti untuk menyokong tanggapan mereka itu. Kenapa? Kerana kesalahan telah wujud dalam bible. Jika mereka mengatakan umur sebenar Ahazia adalah 22 tahun, itu cuma setelah dirujuk kembali kepada versi-versi bible yang sememangnya kita ketahui kesalahan telah wujud di dalamnya. Justeru apakah ayat yang dirujuk itu tidak salah? Tiada kepastian apabila mempertimbangkan kesalahan yang telah bertapak dalam catatan-catatan bible itu. Justeru tiada jaminan akan kesahihannya.

Sekarang persoalannya, itu adalah kesalahan yang dapat dikesan. Bagaimana pula dengan kesalahan yang tidak dapat dikesan? Ayat-ayat yang lain itu, apakah jaminannya bahawa ianya adalah ayat yang masih menyamai naskah asal atau autograph yang ditulis oleh penulis asalnya? Semuanya itu tiada jaminan disebabkan kesalahan yang telah wujud dan bertapak kukuh di dalam bible itu.

Inilah situasi yang melanda kelompok kristian hari ini. Yes, mereka boleh mengatakan kesalahan tersebut tidak menjejaskan kepercayaan mereka terhadap bible. Itu hak mereka. Namun malangnya adalah kesalahan tersebut menyebabkan mereka tidak mampu untuk mendakwa dan seterusnya membuktikan bahawa bible mereka masih asli, masih benar dan masih tulin kepada kelompok lain, malah lebih malang lagi mereka tidak mampu membuktikan kepada diri mereka sendiri akan keaslian, kesahihan dan ketulinan bible yang ada pada mereka. Mereka hanya mampu menganggap dan percaya tetapi mereka tidak mampu membuktikan apa yang dianggap dan dipercayai oleh diri mereka sendiri itu sebagai benar. Justeru perlakuan beriman secara buta tuli telah bertapak kukuh dan lama dalam jiwa mereka.

Justeru siapakah di kalangan kristian yang masih ingin mengatakan bahawa mereka mempunyai jaminan untuk masuk syurga? Hakikat sebenarnya adalah jika ayat jaminan tersebut yang duktip daripada bible itu tidak dapat dipastikan kesahihan, keaslian dan ketulenannya, maka sebenar-benarnya jaminan itu tidak pernah wujud kerana ianya adalah bersifat tiada kepastian. Mereka hanya mendakwa adanya jaminan tetapi mereka sendiri tidak dapat membuktikan kepada diri mereka sendiri bahawa mereka memperolehi jaminan tersebut. Mereka hanya percaya secara buta tuli.

Persoalan ini telah dikemukakan oleh banyak individu terdahulu. Selama tempoh itulah persoalan ini yang mencerminkan kesalahan di dalam bible itu tidak mampu ditepis dan dinafikan oleh kelompok kristian sehingga memaksa mereka mengakui bahawa copyist error telah bertapak dalam bible mereka.

Persoalan ini memang telah lapuk tetapi penuh dengan pencerahan akan apa yang saya dan individu terdahulu ingin paparkan melaluinya. Justeru dakwaan kelompok Islam bahawa bible telah mengandungi kesalahan dan telah mengalami pengubahan adalah amat terbukti melalui persoalan-persoalan seperti ini.

Seterusnya sebagai renungan, jika kita teliti dengan lebih mendalam, kelompok kristian ini menganggap bahawa umur Ahazia yang sebenarnya adalah 22 tahun. Tanggapan ini adalah menafikan pula catatan pada Septuaginta 2 Tawarikh 22:2 yang menyebut umur Ahazia adalah 20 tahun, dan bukannya 22 tahun. Inilah akibatnya jika bersumberkan suatu rujukan yang telah diseleweng. Mereka mengatakan bible mereka benar tetapi mereka sendiri yang menafikan apa yang tercatat di dalamnya.

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 11:01 PM | Show all posts
apa ke halnya nak bukti-membukti kitab suci orang? pernah baca katam ke bible atau kopy paste dari blog-blog membukti sana sini? orang kristian sendiri pun tak ramai yang tak katam bible lagi, ni kan pulak non-kristian.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2010 08:20 PM | Show all posts
Reply 6# sky_ephemeris

Eh? Tak boleh tanya apa-apa berkenaan bible kamu tu ker? Salah ke kalau tanya sesuatu berkenaan dengan bible kamu itu?

Kelompok kristian itu yang mendakwa bible mereka tahan uji, benar dan sebagainya. Jika sudah mendakwa sedemikian makanya harus siap sedialah jika ada yang bertanya berkenaan bible itu untuk kamu membuktikan apa yang kamu dakwa. Atau apakah selama ini kamu hanya mendakwa tetapi tidak bersiap sedia untuk membuktikan apa yang didakwa?

Jika kamu rasa kamu belum siap untuk menjawab, maka kamu boleh bertanyakan persoalan ini kepada paderi atau pastor kamu untuk kamu memperolehi penjelasannya dan seterusnya kemukakan di sini. Atau apakah kamu tidak dibenarkan mengemukakan sebarang persoalan kepada mereka? Jika demikian itulah prinsip jangan tanya, ikut saja. Ikut secara buta tuli.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 11:46 PM | Show all posts
Eh? Tak boleh tanya apa-apa berkenaan bible kamu tu ker? Salah ke kalau tanya sesuatu berkenaan dengan bible kamu itu?

yang tu bukan tanya, tapi pertikaikan. habis Quran kamu pun tak boleh dipertikaikan, kenapa pulak kami orang Kristian nak pertikai kitab suci kami sendiri? orang Kristian gila mana yang pertikai kitab suci sendiri? sky rs org islam pun prinsipnya macam tu lar.

Kelompok kristian itu yang mendakwa bible mereka tahan uji, benar dan sebagainya. Jika sudah mendakwa sedemikian makanya harus siap sedialah jika ada yang bertanya berkenaan bible itu untuk kamu membuktikan apa yang kamu dakwa. Atau apakah selama ini kamu hanya mendakwa tetapi tidak bersiap sedia untuk membuktikan apa yang didakwa?

hahahaa, sky tak pernah rasa nak sibuk-sibuk pun ambil tahu kitab suci orang lain. agama sendiri pun tak betul lagi, buat pe nak sibuk-sibuk agama orang lain?

Jika kamu rasa kamu belum siap untuk menjawab, maka kamu boleh bertanyakan persoalan ini kepada paderi atau pastor kamu untuk kamu memperolehi penjelasannya dan seterusnya kemukakan di sini. Atau apakah kamu tidak dibenarkan mengemukakan sebarang persoalan kepada mereka? Jika demikian itulah prinsip jangan tanya, ikut saja. Ikut secara buta tuli.

nak tanye skit. awak ni convert muslim ke atau muslim yang dah lahir-lahir muslim? nape awak ikut agama awak? sebab mak bapak awak muslim kan? prinsip sama awak tu awak tanya kat diri awak.

semoga Jesus Pandu Jalan

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 24-10-2010 02:28 AM | Show all posts
Reply 5# erusi

x baca sejarah quran sendiri ke bro? {:1_126:}

anda x tau ke...al hajjal ibn Yusuf..pada zaman pemerintah Abd malik telah membetulkan kesilapan Quran versi uthman?

(1) In Surat Yunus 10:22, he changed the word yanshorokom,    which means "spread you," to yousayerokom, which means     "makes you to go on."

(2) In Surat Ash-Shuara 26:116, he changed the word    Al-Mukhrageen, which means "the cast out," to     Al-Margoomeen, which means "those who are to be stoned     [to death]."

(3) In Surat Ash-Shuara 26:167, he changed the word     Min Al-Margoomeen, which means "those who are to be stoned     to death," to Al-Mukhrageen, which means "those who will     assuredly be cast out."

(4) In Surat Muhammad 47:15, he changed the word yasen,     which is poor Arabic to Asen, which means "unpolluted."
(5) In Surat Al-Hadid 57:7, he changed the word wataqu,     which means "feared Allah," to Wa-anfaqu, which means     "spend in charity."

Sebelum nak hentam Alkitab...naper x hentam kitab sundri dulu?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2010 08:54 PM | Show all posts
Reply 8# sky_ephemeris

yang tu bukan tanya, tapi pertikaikan. habis Quran kamu pun tak boleh dipertikaikan, kenapa pulak kami orang Kristian nak pertikai kitab suci kami sendiri? orang Kristian gila mana yang pertikai kitab suci sendiri? sky rs org islam pun prinsipnya macam tu lar.

Bagi kamu itu adalah pertikaian, tetapi bagi saya itu adalah persoalan. Justeru terpulang pada kamu dan saya untuk menganggapnya sebagai apa sekalipun. Justeru apa masalahnya? Justeru kamu nak menjelaskannya atau tidak? Kalau ingin menjelaskannya so dipersilakanlah. Tetapi kalau tidak mampu untuk menjelaskannya, well, nasib badan lah kerana tidak mampu mempertahankan kredibiliti bible itu sendiri.

Bila pula orang Islam tidak boleh mempersoalkan Al-Quran? Setiap masa jika ada sesuatu yang saya tidak faham maka saya mempersoalkan Al-Quran atau kamu mengkategorikan mempertikaikan Al-Quran.

Saya tidak suruh kamu pertikaikan bible, tetapi saya suruh kelompok kristian itu termasuk kamu menjelaskan persoalan yang saya kemukakan berkenaan bible.

hahahaa, sky tak pernah rasa nak sibuk-sibuk pun ambil tahu kitab suci orang lain. agama sendiri pun tak betul lagi, buat pe nak sibuk-sibuk agama orang lain?

hahahaha... itu hak kamu jika kamu tak mahu sibuk ambil tahu kitab suci orang lan. Namun hak saya juga jika saya nak ambil tahu kitab suci agama lain. So apa masalahnya?
Bagi kamu agama ISlam tak betul, tetapi bagi saya ianya amat betul. Jika sekatan membuat dakwaan kononya agama lain itu tidak betul tetapi dalam bab pembuktiannya adalah zero, makanya budak berhingus pun mampu membuat dakwaan macam tu. So apa bezanya budak berhingus dengan kamu? hahahahaha...

nak tanye skit. awak ni convert muslim ke atau muslim yang dah lahir-lahir muslim? nape awak ikut agama awak? sebab mak bapak awak muslim kan? prinsip sama awak tu awak tanya kat diri awak.

Saya muslim sejak lahir. Saya ikut agama saya sebab agama saya benar, bukan sebab saya ikut mak bapak saya. Saya belajar dan mengkaji, bukannya ikut orang secara buta tuli. Saya berakal dan boleh berfikir dengan sendiri. Saya tak perlu ikut orang lain dalam menentukan pilihan saya. Justeru apa masalahnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2010 09:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by erusi at 24-10-2010 21:05

Reply 9# cmf_shalom

Tunjukkan saya bukti bahawa Al-Quran mushaf Usman itu salah dan kesalahan tersebut dibaiki oleh Al Hajjah ibn Yusuf. Tunjukan saya satu versi Usman asal dan satu versi Usman setelah dibaiki oleh Al Hajjah itu. Jika setakat hanya mengemukakan perkataan-perkataan yang kamu kemukakan itu sahaja, maka semua orang boleh melakukan sedemikian. Tetapi buktinya  mana?

Jika hanya mendakwa tetapi pembuktiannya zero, budak hingusan pun mampu mendakwa sedemikian.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 10:08 PM | Show all posts
Bagi kamu itu adalah pertikaian, tetapi bagi saya itu adalah persoalan. Justeru terpulang pada kamu dan saya untuk menganggapnya sebagai apa sekalipun. Justeru apa masalahnya? Justeru kamu nak menjelaskannya atau tidak? Kalau ingin menjelaskannya so dipersilakanlah. Tetapi kalau tidak mampu untuk menjelaskannya, well, nasib badan lah kerana tidak mampu mempertahankan kredibiliti bible itu sendiri.

apa yang awak nak bangga sangat boleh jelaskan perkara itu perkara ini? awak sebenarnya tunjukkan orang Islam bersikap riak dan takbur. awak tak tahu dengan jelas pun sejarah agama Kristian.

Bila pula orang Islam tidak boleh mempersoalkan Al-Quran? Setiap masa jika ada sesuatu yang saya tidak faham maka saya mempersoalkan Al-Quran atau kamu mengkategorikan mempertikaikan Al-Quran.

awak mempersoalkan kah mengenai pari-pari dikelilingi arak syurga untuk pengganas yang meletupkan patung Buddha Bamiyan dan WTC?

Saya tidak suruh kamu pertikaikan bible, tetapi saya suruh kelompok kristian itu termasuk kamu menjelaskan persoalan yang saya kemukakan berkenaan bible.

kitab kamu menjelaskan dengan terang kah mengenai sesuatu perkara misalnya mengenai umur nabi-nabi? mengenai Ezra? awak ingat saya tak baca terjemahan kitab Quran macam tipikal orang Kristian atau orang Islam yang datang suka-suka tembak agama orang?

hahahaha... itu hak kamu jika kamu tak mahu sibuk ambil tahu kitab suci orang lan. Namun hak saya juga jika saya nak ambil tahu kitab suci agama lain. So apa masalahnya?
Bagi kamu agama ISlam tak betul, tetapi bagi saya ianya amat betul. Jika sekatan membuat dakwaan kononya agama lain itu tidak betul tetapi dalam bab pembuktiannya adalah zero, makanya budak berhingus pun mampu membuat dakwaan macam tu. So apa bezanya budak berhingus dengan kamu? hahahahaha...

awak nak ambik tahu lepas tu awak akan kata. Ya, agama saya benar, agama awak salah. awak nanti akan masuk neraka tak akan keluar-keluar dah. sebenarnya benda ni tipikal je bagi orang Katolik sebab ade gak orang-orang kami yang jenis macam awak ni. masuk bakul angkat sendiri. saya tak pernah cakap pun agama awak ke agama saya salah. macam mana awak tahu pandangan saya tentang tu? sekarang awak dah bersikap riak, hahaha Jesus tak pernah ajar orang bersikap riak, macam mn awak nak jadi pengikut Jesus pada bila Jesus kembali semula dan patahkan kayu salib lambang penderitaan umat manusia dan bunuh babi? saya selalu dengar melayu cakap macam ni kat saya

Saya muslim sejak lahir. Saya ikut agama saya sebab agama saya benar, bukan sebab saya ikut mak bapak saya. Saya belajar dan mengkaji, bukannya ikut orang secara buta tuli. Saya berakal dan boleh berfikir dengan sendiri. Saya tak perlu ikut orang lain dalam menentukan pilihan saya. Justeru apa masalahnya?

Jadi awak nak nafikan ke awak pun melalui proses indoktrinasi? macam mn awak tahu tentang kerukunan dalam agama awak kalau takde orang ajar? Tuhan sendiri beri wahyu ajaran kat awak macam nabi awak yang name Muhammad tu dapat di Gua Hira sampai sendiri boleh tahu? mase awak umur 7 tahun awak dah berakal cukup dah ke sembahyang tak payah dirotan oleh mak awak? baik jugak awak ye. Jadi skarang awak nak cakap orang Kristian bodoh sebab ikut pandangan Triniti? Awak faham ke fahaman Triniti tu ape? Ape falsafahnye? Atau awak nak cakap Tuhan diperanakkan dan dilahirkan, orang Kristian pagan? Benda2 ni dah basi lar. Bosan dan saya pon tak minat nak lawan dengan agama orang lain. Baik betulkan keperibadian mengikut jalan Jesus. He's the light!

semoga Jesus pandu jalan kamu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 12:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by erusi at 25-10-2010 01:00

Reply 12# sky_ephemeris

apa yang awak nak bangga sangat boleh jelaskan perkara itu perkara ini? awak sebenarnya tunjukkan orang Islam bersikap riak dan takbur. awak tak tahu dengan jelas pun sejarah agama Kristian

Saya tak bangga. Dan ini bukan masalah riak atau takbur, tetapi ini adalah masalah keimanan. Kita harus tegas pada sesuatu yang melibatkan keimanan, pada yang salah harus dengan tegas mengatakan salah, pada yang benar juga harus tegas mengatakan ianya benar.
Keimanan ini penting kerana ia akan menentukan kesejahteraan kita di alam abadi kelak.

Saya tidak tahu sejarah kristian? Buktikan dakwaan kamu itu. Jangan dakwaan kamu itu bersifat dakwaan kosong semata-mata.

awak mempersoalkan kah mengenai pari-pari dikelilingi arak syurga untuk pengganas yang meletupkan patung Buddha Bamiyan dan WTC?

Penganas itu benar-benar Islam kah atau mereka hanya mendakwa diri mereka Islam? Jika itu pun kamu tidak pasti maka bagaimana kamu mendakwa penganas-penganas itu kelak akan dikelilingi pari-pari dan arak ketika di syurga kelak?

Jika penganas itu benar-benar Islam, maka setiap tindakannya harus bersumberkan ajaran Islam. Namun jika dia benar-benar Islam, namun tindakannya itu tidak bersumberkan ajaran Islam, makanya dia akan dibalas dengan hukuman yang setimpal atas tindakannya itu yang tidak bersumberkan ajaran Islam. Namun akhirnya setelah dia selesai menerima hukuman tersebut, maka barulah dia akan dimasukkan ke dalam syurga dengan ditemani oleh pari-pari dan diberi arak. Justeru apa masalahnya?

Justeru sekarang meletupkan WTC itu contohnya ajaran Islam kah?

kitab kamu menjelaskan dengan terang kah mengenai sesuatu perkara misalnya mengenai umur nabi-nabi? mengenai Ezra? awak ingat saya tak baca terjemahan kitab Quran macam tipikal orang Kristian atau orang Islam yang datang suka-suka tembak agama orang?

Apakah jika Al-Quran tidak terangkan umur nabi-nabi atau Ezra, maka Al-Quran itu salah? Atas dasar apa kamu mengatakan sedemikian? Sila buktikan dakwaan kamu itu?
Kenapa pula kamu beranggapan kebenaran atau kesalahan sesuatu kitab itu bergantung kepada kewujudan atau tidaknya pemakluman umur nabi-nabi atau kisah-kisah sejarah? Mana dokumen yang mengatakan sedemikian?

awak nak ambik tahu lepas tu awak akan kata. Ya, agama saya benar, agama awak salah. awak nanti akan masuk neraka tak akan keluar-keluar dah. sebenarnya benda ni tipikal je bagi orang Katolik sebab ade gak orang-orang kami yang jenis macam awak ni. masuk bakul angkat sendiri. saya tak pernah cakap pun agama awak ke agama saya salah. macam mana awak tahu pandangan saya tentang tu? sekarang awak dah bersikap riak, hahaha Jesus tak pernah ajar orang bersikap riak, macam mn awak nak jadi pengikut Jesus pada bila Jesus kembali semula dan patahkan kayu salib lambang penderitaan umat manusia dan bunuh babi? saya selalu dengar melayu cakap macam ni kat saya

Jika saya ambik tahu, then lepas tu saya kata agama saya betul dan agama kamu salah, so apa masalahnya? Adakah dakwaan saya itu salah? Jika salah, maka buktikan.
Jika kamu rasa saya ni bersikap meninggikan diri, maka itu hak kamu untuk beranggapan sedemikian. Saya tak dapat memaksa kamu jika kamu ingin beranggapan seemikian. Tetapi bagi saya apabila melibatkan perkara-perkara keimanan, maka saya perlu tegas. Jika salah, maka saya harus buktikan ianya salah, manakala jika benar, maka saya harus buktikan ianya benar. Bagi saya jika salah, maka kita tidak harus sembunyikan kesalahan tersebut. Ianya menjadi satu tanggungjawab untuk memaparkan kesalahan tersebut supaya semua orang dapat mengetahuinya, supaya mereka yang benar-benat ingin berfikir dapat menilai kesalahan tersebut.
Nabi Muhammad pun tak pernah ajar umatnya supaya riak dan takbur, tetapi Nabi Muhammad mengajarkan kita harus tegas apabila ianya melibatkan keimanan. Kerana keimanan itulah nanti yang menentukan keadaan kita di alam yang abadi kelak. Justeru itu adalah amat penting.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 07:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by sky_ephemeris at 25-10-2010 07:22
Saya tak bangga. Dan ini bukan masalah riak atau takbur, tetapi ini adalah masalah keimanan. Kita harus tegas pada sesuatu yang melibatkan keimanan, pada yang salah harus dengan tegas mengatakan salah, pada yang benar juga harus tegas mengatakan ianya benar.
Keimanan ini penting kerana ia akan menentukan kesejahteraan kita di alam abadi kelak.

Saya tidak tahu sejarah kristian? Buktikan dakwaan kamu itu. Jangan dakwaan kamu itu bersifat dakwaan kosong semata-mata.

Awak pun tahu keimanan tu penting. Dah tu awak ingat keimanan tak penting ke bagi kitorang? Abad-abad awal Masehi, orang-orang Kristian sanggup mati dengan terseksa sebab nak pertahankan keimanan. Awak nak suruh saya buktikan di sini, kenapa awak tak cerita kisah awal ajaran Kristian versi awak? Awak nak cakap Saint Paul reka-reka ajaran Triniti? Pastu nak cerita Saint Paul benarkan non-Jews menganut ajaran Kristian dan tak bersunat? Awak tahu tak hukum bersunat dalam ajaran agama awak?   

Penganas itu benar-benar Islam kah atau mereka hanya mendakwa diri mereka Islam? Jika itu pun kamu tidak pasti maka bagaimana kamu mendakwa penganas-penganas itu kelak akan dikelilingi pari-pari dan arak ketika di syurga kelak?

Jika penganas itu benar-benar Islam, maka setiap tindakannya harus bersumberkan ajaran Islam. Namun jika dia benar-benar Islam, namun tindakannya itu tidak bersumberkan ajaran Islam, makanya dia akan dibalas dengan hukuman yang setimpal atas tindakannya itu yang tidak bersumberkan ajaran Islam. Namun akhirnya setelah dia selesai menerima hukuman tersebut, maka barulah dia akan dimasukkan ke dalam syurga dengan ditemani oleh pari-pari dan diberi arak. Justeru apa masalahnya?

Justeru sekarang meletupkan WTC itu contohnya ajaran Islam kah?

Setakat ni laporan yang rasmi cakap al-Qaeda yang bertanggungjawab. Dorang mengaku dorang Islam takkan pulak dorang beragama Hindu kot? Dah buat salah senang-senang je dapat pari-pari syurga dan sungai arak. Awak ingat saya tak tahu tentang masa dalam neraka? orang yang baik takkan berani langsung kena bakar dalam neraka. Awak asyik tanye kitorang pasti ke tak? Awak pasti ke ajaran kitorang salah?

Apakah jika Al-Quran tidak terangkan umur nabi-nabi atau Ezra, maka Al-Quran itu salah? Atas dasar apa kamu mengatakan sedemikian? Sila buktikan dakwaan kamu itu?
Kenapa pula kamu beranggapan kebenaran atau kesalahan sesuatu kitab itu bergantung kepada kewujudan atau tidaknya pemakluman umur nabi-nabi atau kisah-kisah sejarah? Mana dokumen yang mengatakan sedemikian?

Dah tu besar sangat ke masalah umur Ahazia ni? Kalau umur Ahazia salah catatan maka Bible pun 100% salah ke? Ajaran Kristian banyak mengalami pengucilan dan penderitaan. Awak expect kitab-kitab akan jadi selaras je ke? Sebab tu ade kanun kitab bagi memudahkan orang Kristian oleh Fathers of the Church. Macam la orang Islam pun tak de benda ni. Nak bagi bukti saya boleh je bg dari answeringislam. banyak, takut nanti awak sakit hati kot.

Jika saya ambik tahu, then lepas tu saya kata agama saya betul dan agama kamu salah, so apa masalahnya? Adakah dakwaan saya itu salah? Jika salah, maka buktikan.
Jika kamu rasa saya ni bersikap meninggikan diri, maka itu hak kamu untuk beranggapan sedemikian. Saya tak dapat memaksa kamu jika kamu ingin beranggapan seemikian. Tetapi bagi saya apabila melibatkan perkara-perkara keimanan, maka saya perlu tegas. Jika salah, maka saya harus buktikan ianya salah, manakala jika benar, maka saya harus buktikan ianya benar. Bagi saya jika salah, maka kita tidak harus sembunyikan kesalahan tersebut. Ianya menjadi satu tanggungjawab untuk memaparkan kesalahan tersebut supaya semua orang dapat mengetahuinya, supaya mereka yang benar-benat ingin berfikir dapat menilai kesalahan tersebut.
Nabi Muhammad pun tak pernah ajar umatnya supaya riak dan takbur, tetapi Nabi Muhammad mengajarkan kita harus tegas apabila ianya melibatkan keimanan. Kerana keimanan itulah nanti yang menentukan keadaan kita di alam yang abadi kelak. Justeru itu adalah amat penting.

Dah tu awak ingat senang-senang je ke orang nak tukar keimanan dekat benda yang tak pasti? Awak semua datang sini pastu kata itu salah ini betul dan senang-senang nak suruh kitorang tukar keimanan kita daripada jalan yang Jesus ajarkan? Awak ada keyakinan awak, kitorang pon ada keyakinan kitorang. Saya tak payah nak buktikan, masa akan buktikan. Jesus akan datang nanti untuk jadi Messiah, kan orang awak pun percayakan jugak benda ni. Nape nabi awak tak kembali semula?

Semoga Jesus pandu jalan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2010 09:54 PM | Show all posts
Reply 14# sky_ephemeris

Awak pun tahu keimanan tu penting. Dah tu awak ingat keimanan tak penting ke bagi kitorang? Abad-abad awal Masehi, orang-orang Kristian sanggup mati dengan terseksa sebab nak pertahankan keimanan. Awak nak suruh saya buktikan di sini, kenapa awak tak cerita kisah awal ajaran Kristian versi awak? Awak nak cakap Saint Paul reka-reka ajaran Triniti? Pastu nak cerita Saint Paul benarkan non-Jews menganut ajaran Kristian dan tak bersunat? Awak tahu tak hukum bersunat dalam ajaran agama awak?

Jika keimanan itu penting bagi kamu , maka kenapa kamu beriman secara buta tuli? Kenapa kamu beriman pada sesuatu yang kamu
tidak dapat nafikan bahawa kesalahan telah wujud di dalamnya? Kenapa kamu mengambil ayat-ayat yang kamu sendiri tidak dapat pastikan dan buktikan bahawa ianya adalah ayat-ayat yang benar? Bible kamu suruh kamu uji segala sesuatu dan pegang pada yang baik. Justeru kenapa kamu tidak uji, sebaliknya kamu terus pegang tanpa terlebih dahulu kamu pastikan statusnya?

Kisah awal ajaran kristian yang kamu ketahui adalah versi kamu, dan yang saya ketahui adalah versi saya. Kamu ingin mengatakan ajaran terawal kristian adalah seperti ajaran sekarang ini? Pada hal status Jesus itu sebagai Tuhan dikuatkuasakan pada MajlisNicea pada 325 Masihi. Kenapa? Kerana ajaran kristian pada masa itu terbahagi kepada dua iaitu ajaran unitari dan ajaran yang ada sekarang.
Justeru apa yang kamu ingin buktikan dengan mengaitkan ajaran kristian terawal?

Dan seterusnya , ini bukan masalah sunat, tetapi masalah keimanan iaitu kepercayaan kepada Tuhan sama Tuhan yang sebenar-benarnya atau pun Tuhan yang deselewengkan. Keimanan ini yang membawa kepada perkara sunat. Namun jika keimanan itu sudah tidak betul, maka perkara-perkara selepasnya juga tidak betul. Jika keimanan itu betul maka perkara-perkara selepasnya akan jadi betul.

Setakat ni laporan yang rasmi cakap al-Qaeda yang bertanggungjawab. Dorang mengaku dorang Islam takkan pulak dorang beragama Hindu kot? Dah buat salah senang-senang je dapat pari-pari syurga dan sungai arak. Awak ingat saya tak tahu tentang masa dalam neraka? orang yang baik takkan berani langsung kena bakar dalam neraka. Awak asyik tanye kitorang pasti ke tak? Awak pasti ke ajaran kitorang salah?

Laporan daripada siapa? Apakah laporan daripada pihak yang sama yang mengatakan perlakuan golongan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua Palestin tidak dianggap penganas, tetapi perlakuan golongan yang mengambil sebarang tindakan disebabkan masalah akar umbi iaitu Palestine maka golongan itu adalah penganas? Berdasarkan laporan itu maka kamu mengecop Al-Qaeda penganas? Nyatalah kamu mengambil kepercayaan kepada laporan tersebut secara buta tuli seperti mana kamu mengambil kepercayaan terhadap bible kamu.

Seterusnya mana buktinya laporan tersebut benar. Terdapatnya laporan yang mengatakan Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab melakukan itu dan ini. Mana buktinya laporan tersebut benar? Hey bro, jika sekadar mengemukakan laporan putarbelit macam tuh, berjuta orang lain mampu buat perkara yang sama.

Seterusnya ada laporan yang menunjukkan seorang ahli Al-Qaeda berucap mengaku buat itu dan ini. Mana buktinya bahawa orang itu adalah betul-betul anggota Al-Qaeda? Jika setakat papar muka kat depan televisyen dengan berjanggut dan sebagainya, pakar solek sekarang pun mampu menyolek seseorang menyerupai rupa orang lain dengan teknologi canggih sekarang nih.

Hey bro, berfikirlah sebelum percaya pada sesuatu.

Seterusnya kalau awak tanya saya sama ada saya pasti atau tak bahawa ajaran kamu itu salah, maka dengan senang hati saya jawab bahawa saya amat-amat pasti. Sebab saya merujuk kepada suatu sumber yang terbukti tidak wujud kesalahan di dalamnya.

Dah tu besar sangat ke masalah umur Ahazia ni? Kalau umur Ahazia salah catatan maka Bible pun 100% salah ke? Ajaran Kristian banyak mengalami pengucilan dan penderitaan. Awak expect kitab-kitab akan jadi selaras je ke? Sebab tu ade kanun kitab bagi memudahkan orang Kristian oleh Fathers of the Church. Macam la orang Islam pun tak de benda ni. Nak bagi bukti saya boleh je bg dari answeringislam. banyak, takut nanti awak sakit hati kot.

Cuba fikir kenapa saya paparkan masalah umur Ahazia ni? Adakah untuk tunjukkan umur sebenar Ahazia? Bukan bro. Saya memaparkan permasalahan umur Ahazia itu bukannya untuk membuktikan umur Ahazia 20, 22 atau 42 tahun. Bukan itu tujuan saya. Tetapi untuk paparkan dalam bible itu sudah mengandungi kesalahan. Hal umur Ahazia itu adalah hanya item yang paparkan untuk tunjukkan pada kamu kesalahan di dalam bible itu.

Justeru kesalahan dalam bible itu adalah masalah besar. Kamu tanya kepada saya kalau catatan umur Ahazia itu salah apakah 100% Bible salah? Jika bukan 100%, maka berapa? 99%, 98% atau berapa? Kamu dapat pastikan berapa peratus kesalahannya? Jika 50% kesalahan di dalamnya, bermakna kamu kufur sebanyak 50% sebab percaya pada ayat yang salah. Jika 1% kesalahan di dalamnya, maka bermakna kamu kufur 1% kerana percaya pada ayat yang salah. Apa maknanya? Makna keimanan kamu tidak 100% betul. Jika keimanam kamu tidak betul maka kamu pasti kamu akan selamat di alam abadi kelak? Apa yang kamu rujuk untuk pastikannya? Bible kamu yang salah itu? Itu bukan kepastian namanya.

Dan Orang Islam buat apa? Bagitahu saya orang Islam buat apa?

Dah tu awak ingat senang-senang je ke orang nak tukar keimanan dekat benda yang tak pasti?

Maksud kamu yang tidak pasti tu adalah Al-Quran? Al-Quran bukan macam bible kamu tu. Al-Quran tu bersih daripada sebarang kesalahan. Jika Al-Quran bersih daripada sebarang kesalahan, maka atas dasar apa untuk mengatakan Al-Quran tu tak pasti?

Awak semua datang sini pastu kata itu salah ini betul dan senang-senang nak suruh kitorang tukar keimanan kita daripada jalan yang Jesus ajarkan? Awak ada keyakinan awak, kitorang pon ada keyakinan kitorang. Saya tak payah nak buktikan, masa akan buktikan. Jesus akan datang nanti untuk jadi Messiah, kan orang awak pun percayakan jugak benda ni. Nape nabi awak tak kembali semula?

Apa salah ke saya datang sini? kamu tak suka saya persoalkan bible kamu tu? Kenapa? Apa masalahnya untuk kamu berdepan dengan persoalan jika bible kamu tu benar? Kecualilah jika kamu sedar bahawa bible kamu tu memang tidak akan tahan uji. Maka kamu akan berusaha untuk mengelak daripada sebarang pertanyaan.

Kalau kamu kata masa akan buktikan, maka penganut Hindu, Buddha pun boleh mengatakan sedemikian. Justeru apa perbezaan taraf hujah kamu berbanding hujah mereka tu? Kenapa Nabi Muhammad tidak kembali semula? Sebab dia telah lengkap menjalankan tugasnya iaitu telah menyampaikan semua kebenaran pada seluruh manusia. Tetapi Nabi Isa telah ditetapkan tugasnya belum selesai oleh Allah yang mana tugasnya adalah untuk membunuh Dajjal yang akan datang di akhir zaman kelak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2010 10:08 PM | Show all posts
Hmmm, lihatlah sehingga kini masalah umur Ahazia itu tidak pernah dapat dirungkaikan oleh kelompok kristian ini. Nyatalah dakwaan mereka kononnya bible mereka tahan ujian adalah hanya berupa dakwaan kosong semata-mata.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 27-10-2010 02:33 PM | Show all posts
sekarang ni saya masuk Islam lah, kamu dah berjaya buktikan. saudara-saudari saya jom masuk islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2010 03:09 PM | Show all posts
Reply 17# sky_ephemeris

Allah tahu keikhlasan seseorang dalam menyahut kebenaran agamanya.

Jangan jadi munafik. Sebab ianya hanya sia-sia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 06:44 PM | Show all posts
ada lagi isele yg sokong al qaeda ka? apaka bodohnya manusia mcm nih...dh menaku tu menaku la depa tu jahat.yg nk sokong lg wat apa...alangkan isele2 ni suka sangat mempitnah worg layen, ada hati bila geng sundrik yg menaku membuat kerosakan kt ataih muka bumi, tak mau menaku2 lagi...prffffffffffffffffffffffft

anak dara memukey tak hengat samapi terberanak dlm mangkuk tandaih, yahdui n kristian hat salah....anak laki mampos sms merempit tgh jalan raya, yahdui n kristian hat salah....aleh2, bila worg isele penyembelih manusia tegar menaku mjadi dalang, itu layeeeeeeeeeeeeeeen...itu belom pasti kebenarannya....prfttttttttttttttttttttttt

hipokrit bin bangsat
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 01:05 PM | Show all posts
Reply 18# erusi

macam mana awak boleh tahu orang tu munafik ke ikhlas? kalau nak bertekak agama awak kitab awak betul. kitorang pun akan cakap macam itu. pada akhirnya kita tunggulah di akhirat nanti. pada saat Jesus akan menyelamatkan kami. mengenai awak-awak semua saya tak kisah pun. awak semua ada hak awak. lor, dah orang nak masuk Islam awak tak bagi pula. macam mana tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.099390 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list