CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 857|Reply: 8

Diikat Guna Kain Sarung- Mayat Bonceng Motor, Diusung Penduduk Berpuluh KM

[Copy link]
Post time 31-10-2022 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pemandu Ojek (teksi motosikal) memindahkan jenazah seorang penduduk dengan mengikatnya menggunakan kain sarung.


Kejadian berlaku di Pasangkayu, Sulawesi Barat, Indonesia.


Kisah tersebut menjadi tular di media sosial selepas satu hantaran di muat naik di laman Facebook.


Dilaporkan seorang penduduk kampung ditemui meninggal dunia di atas jalan, di Kampung Pakava, di Pasangkayu.




Foto: Kompas




Keluarganya kemudian mahu membawa jenazah pulang ke kampung halaman.


Bagaimanapun, keadaan jalan berlumpur dan lokasi terpencil menyebabkan tiada pilihan melainkan jenazah dipindahkan menggunakan teksi motosikal (Ojek).


Jenazah diikat menggunakan kain sarung, dan salah seorang penduduk menahannya dari belakang supaya ia tidak jatuh.


Mereka membantunya secara bergilir sehingga tiba di destinasi di Kampung Ngowi, sejauh berpuluh kilometer (km).


Seorang penduduk, Alfianus berkata, pada mulanya mereka membawa jenazah itu menggunakan motosikal separuh jalan.


Namun, keadaan jalan yang melalui kawasan berbukit yang tidak dapat dilalui kenderaan bermotor, jenazah terpaksa diusung ke kampung halaman.


"Separuh jalan dipindahkan menggunakan teksi motosikal di jalan berlumpur. Separuh jalan lagi dibawa oleh penduduk secara bergilir kerana laluan berbukit sukar dilalui teksi motosikal, apatah lagi membawa muatan berat,” jelas Alfianus. - CARI


Sumber: mStar/Kompas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2022 05:29 PM | Show all posts
yg pelik2 ajer deme ni


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kes kat sabah...seorg bapa usung jenazah anak pompuannya dekat sejam sbb van jenazah x leh lalu jln teruk...kesiannya org sabah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah kesiannya…
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 08:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2022 11:24 AM | Show all posts
yela knala paki motor celah mana palak keta nak lalu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 12:37 PM | Show all posts
Kalau kerjaan indon x rasuah mesti dah dapat jalan tar dan kampit beras berwajah ahli politik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 12:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.049557 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list