CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1343|Reply: 12

Lelaki Malaysia Buat Hal Di Thailand- Tunjuk Hebat Drift BMW,Habis Rosak Kereta Dan Tuk Tuk

[Copy link]
Post time 31-10-2022 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Dalam satu posting video yang tular di Twitter, seorang lelaki rakyat Malaysia dilihat membuat permohonan maaf di hadapan balai polis Hatyai di Thailand.


Dia bertindak sedemikian selepas ditahan pihak berkuasa Thailand kerana melakukan aksi drift di sebuah tempat letak kereta kawasan pelancongan milik di sana, pada Jumaat.


Foto: Bangkok Post




"Saya janji saya salah, saya minta tolong, saya minta maaf,


"Thank you very much, semua bagus. Saya minta maaf. I'm really sorry," kata lelaki itu dengan wajah penuh kekesalan.


Aksi berbahaya yang dilakukannya itu menyebabkan batu kecil berterbangan di udara sekali gus mengakibatkan beberapa kerosakan pada sebuah kereta dan tiga buah tuk tuk.


Melalui hantaran yang sama, pemilik akaun Twitter berkenaan juga mengecam tindakan lelaki itu yang disifatkan memburukkan nama pelancong Malaysia secara keseluruhannya.







"Masuk negara orang lepas tu buat hal. Benda ni dah viral dan kecoh dekat sana. Yang jadi mangsa kita ni la yang pergi memang untuk bercuti.


"Orang-orang macam ni kerajaan jangan bagi keluar negara. Suruh dia pergi Zoo Negara sahaja tengok beruk," tulisnya.


Menurut agensi berita Bangkok Post, pemilik-pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat tindakan lelaki itu telah membuat aduan di Balai Polis Kho Hong.


Lelaki warga tempatan berasa sesal dengan tindakannya namun hanya mampu untuk memohon maaf.


Lelaki tempatan ini membuat permohonan maaf di hadapan balai polis Hatyai.


Bertindak balas kepada laporan itu, Abdul Raii Azmi, 32, yang memandu kereta BMW ditahan di pusat pemeriksaan imigresen Sadao sempadan Malaysia-Thailand ketika dia hendak pulang semula ke Malaysia pada Sabtu.


Azmi dan isterinya kemudian dibawa ke balai polis untuk bertemu dengan empat pemilik kenderaan yang menuntut bayaran ganti rugi sebanyak 107,000 baht (RM13,300).


Namun, setelah perbincangan semula ia berjaya dikurangkan kepada 99,000 baht (RM12,300) dan jumlah tersebut akan dikongsikan di antara empat mangsa mengikut tahap kerosakan kereta masing-masing.


Azmi memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan aksi tersebut setelah diminta oleh kakitangan wanita di tempat peranginan yang dilawatinya.


Dia menerima pelawaan tersebut tanpa berfikir panjang dan melalukan drift sebanyak enam kali.


Azmi berjumpa dengan empat pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan dan menuntut bayaran ganti rugi.


Menelusuri ruangan komen, netizen turut sama menyelar tindakan lelaki itu yang dianggap telah mencemarkan nama baik Malaysia.


"Apa motiftah nak drift dekat Thai.. simpan dia ni kat lokap sana.


"Tau minta benda ni jangan viral! Masa buat otak tinggal dalam seluar ke apa?" demikian antara komen warga maya. -CARI


Sumber: mStar Online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelacur ke kau bwk sampai naik kereta drift2 bagai ni..

Azmi memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan aksi tersebut setelah diminta oleh kakitangan wanita di tempat peranginan yang dilawatinya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 04:38 PM | Show all posts
Aku kalau p tempat org takut nak buat yg bukan2. Telebih advance jantan ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 04:39 PM | Show all posts
kepam dan hodohnya rupa... pakej sekali perangai pun hodoh... dia melayu ke siam tu? (walaupun dua2 sama je rhoper dan perangainya)
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 04:42 PM | Show all posts
bila mat rempit upgrade pakai kereta..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 31-10-2022 04:38 PM
Aku kalau p tempat org takut nak buat yg bukan2. Telebih advance jantan ni

bangla,indon,nepal,myanmar,areb,negro,pilak rohingya..xdenye rasa TAKUT nk buat bukan2 kt Msia....Patut mamat ni buat kt negara depa yg dinyatakan di atas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2022 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lah kafarah ummah slalu dok kutuk2 drever singapor masuk johor tunjuk samsang..

Now dah kena batang idung sendiri..2x5 je pangai bila masuk negara org
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 05:07 PM | Show all posts
Azmi memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan aksi tersebut setelah diminta oleh kakitangan wanita di tempat peranginan yang dilawatinya.


ingat dapat merasa lobang free ke pastu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia janji dia Salah dia punya hal.

Puak Siam patut sumbat je custodial sentence setahun dlm jel.

Bangang. Kalau tempat org buat mcm tu tah cemane lagak dia kat tempat sendiri takleh bayang
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
MOD @Rockafella
Thread dah ada
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5079162&extra=page%3D2&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 01:29 AM | Show all posts
Cam gampang je cara mintak maap tu..at least berlakon la sket biar ada unsur-unsur kekesalan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah buat salah, tersengih-sengih bagai kerang busuk pula
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 09:16 AM | Show all posts
tripleid replied at 31-10-2022 04:53 PM
Ni lah kafarah ummah slalu dok kutuk2 drever singapor masuk johor tunjuk samsang..

Now dah kena bat ...

Ummah singapore tak malu isi Ron95 sambil goncang kereta.

Ummah singapore dibanggakan dek non Saman kereta pun tak bayar. baru kene probok dengan kaki pancing pun buat cerita pusing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.359830 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list