CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 379|Reply: 0

[Tempatan] Suami curang dengan isteri orang, masing-masing sanggup tinggal keluarga

[Copy link]
Post time 31-10-2022 03:37 PM | Show all posts |Read mode











Hidup berumahtangga pastinya mempunyai bermacam ujian dan cabaran untuk melihat sejauh mana ketabahan pasangan suami isteri itu mempertahankan keluarga mereka.


Namun, ada juga pasangan yang mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan sendiri untuk berlaku curang dalam diam.

Menerusi perkongsian seorang wanita di Facebook hari ini, dia memaklumkan suaminya telah curang dengan isteri orang sehingga sanggup berhabis wang untuk memuaskan kehendak kekasihnya itu.

Lebih malang, tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada dua orang anak terus dilupakan apabila nafkah yang sewajarnya diberi tidak dilaksanakan lelaki tersebut.

“Genap 11 tahun perkahwinan saya diuji oleh Allah suami curang bercinta dgn isteri orang dan dalam beberapa bulan mereka bercinta suami nekad nak berkahwin dengan wanita itu.

“Jadi kami bercerai di mahkamah yang sama, saya dengan suami dan wanita tu bercerai dengn suaminya juga.

“Dari masih berkahwin sehingga selepas bercerai suami tak prnah bagi nafkah atau nafkah anak walau sekali pun,” luahnya.

Katanya, dia terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai makan demi menampung perbelanjaan hidup bersama anak-anaknya.

Menurut wanita itu lagi, perkahwinan kedua suaminya tidak bertahan lama dan selepas hampir setahun bernikah, lelaki itu meninggalkan wanita berkenaan yang juga merupakan ibu kepada lima orang anak.

“Tak sampai pun setahun lepas itu suami bercerai, suami pujuk saya balik dengan dia dan tanpa fikir panjang terus terima, sekarang dah 19 tahun kami hidup bersama.

“Tapi tiada perubahan perangai suami tetap sama dan sudah banyak kali curang dan sekarang tinggalkan saya dan anak-anak tanpa sebarang berita,”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.054277 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list