|
Shahir Zawawi, 34, yang mendirikan rumah tangga pada 2 September lalu enggan terburu-buru mendapatkan cahaya mata.
Kata penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu, dia dan isteri, Jaskin Jaludin menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah SWT.
Foto: IG
“Soal anak bergantung kepada rezeki. Saya tidak merancang, apatah lagi menangguhkan hasrat untuk mendapatkan zuriat.
“Kalau ada, Alhamdulillah. Saya doa kepada Allah. Tetapi, yang nampak macam ‘mengandung’ sekarang adalah saya kerana berat badan bertambah,” katanya berseloroh.
Shahir berkata demikian ketika ditemui selepas Konsert Nasyid Legenda, Sabtu lalu.
Dalam pada itu, Shahir mengakui, berat badannya bertambah selepas mendirikan rumah tangga gara-gara masakan isteri yang menyelerakan.
“Dulu, saya kurang selesa keluar media ketika berat badan bertambah. Sekarang, saya reda.
“Saya kini dalam proses turunkan semula berat badan. Ketika bujang senang kawal makan, tetapi apabila sudah berkahwin agak susah sebab isteri selalu masak,” ujarnya. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|