CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10947|Reply: 19

[Politik] Muhyiddin jawab tuduhan 'tikam belakang' Tun M

  [Copy link]
Post time 30-10-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab tuduhan tikam belakang sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari 2020.

"Tun Mahathir kata saya tikam beliau dari belakang. Jenuh saya memikirkan bila masa saya menikamnya. Saya pada mulanya tidak mahu melayan tuduhan ini kerana bagi saya ini cerita politik yang telah berlalu. Saya lebih suka mengambil sikap berlapang dada.

"Tetapi saya berfikir semula. Kalau saya tidak jelaskan kedudukan yang sebenarnya, ramai orang akan mempunyai pandangan serong terhadap saya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Muhyiddin, beliau berjumpa dengan Tun Mahathir pada 24 Februari itu, namun tidak dimaklumkan mengenai niat untuk meletakkan jawatan.

"Setelah saya pulang ke rumah, saya menerima sepucuk surat daripada Tun Mahathir memaklumkan kepada saya bahawa beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Perdana Menteri dan semua jawatan dalam kerajaan. Pada masa yang sama, sepucuk surat peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dihantar ke Istana Negara.

"Saya amat terkejut dengan tindakan Tun Mahathir meletak jawatan. Saya bergegas semula ke rumahnya untuk memujuk beliau supaya menarik balik peletakan jawatannya. Namun beliau berkeras untuk meneruskan niatnya," katanya.

Beliau berkata, alasan yang diberikan Tun Mahathir di dalam suratnya ialah kerana beliau tidak lagi mendapat sokongan Majlis Tertinggi parti yang mewakili ahli-ahli parti.

"Sehari sebelumnya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH). Beliau meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan keputusan MPT Bersatu untuk keluar PH.

"Sebenarnya, Tun Mahathir telah memulakan gerakan untuk Bersatu keluar dari PH. Tetapi beliau membuat pusingan U di saat akhir apabila Majlis Presiden PH dalam mesyuaratnya pada 21 Februari 2020 membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

"Sebelum itu, kalau kita masih ingat, beliau telah didesak oleh beberapa pihak di dalam PH supaya berundur untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

"Setelah Majlis Presiden PH membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, beliau cuba meyakinkan MPT Bersatu supaya kekal berada di dalam PH. Tetapi MPT Bersatu hampir sebulat suara membuat keputusan sebaliknya," katanya.

Muhyiddin menjelaskan keputusan itu dibuat kerana memikirkan Bersatu semakin kehilangan sokongan orang Melayu akibat tindak-tanduk beberapa pihak di dalam PH terutamanya parti DAP yang dilihat gagal menjaga sensitiviti orang Islam dan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Walaupun kecewa dengan keputusan MPT Bersatu, Tun Mahathir tidak sepatutnya meletak jawatan. Kerana pada masa itu telah ada 138 Akuan Bersumpah Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

"Saya adalah salah seorang ahli Parlimen yang telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

"Dengan peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu, saya sebagai Presiden parti telah mempengerusikan mesyuarat khas MPT Bersatu. Mesyuarat tersebut telah sebulat suara membuat keputusan untuk mencalonkan semula Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Semua Ahli Parlimen Bersatu telah diarahkan supaya menyokong Tun Mahathir," katanya.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Pagoh juga mendedahkan Presiden Pas dan Presiden UMNO mencadangkan supaya beliau menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri pada ketika itu.

"Saya tolak pencalonan itu kerana keputusan parti ialah untuk menyokong Tun Mahathir. Ketika semua Ahli Parlimen dipanggil menghadap oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, saya telah menyatakan sokongan saya kepada Tun Mahathir.

"Malangnya, Tun Mahathir gagal mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen. Sebahagian besar ahli-ahli Parlimen yang menandatangani Akuan Bersumpah menyokong beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini telah menarik balik sokongan kepadanya. Oleh sebab itu, menurut Perlembagaan Persekutuan, beliau tidak boleh dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

"Seorang lagi calon Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pun gagal mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Negara pada masa itu terumbang-ambing kerana tidak ada seorang pun dalam kalangan ahli-ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen yang lain untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Pada ketika itulah saya sekali lagi didatangi oleh rakan-rakan dalam parti Pas dan UMNO yang menyatakan sokongan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri," katanya.

Muhyiddin berkata, sebagai tanda hormat, beliau telah menemui Tun Mahathir untuk meminta sokongan.

"Beliau beritahu saya, beliau sedia memberi sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri jika saya berjaya mendapatkan sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen. Saya beritahu Tun Mahathir, Insya-Allah saya akan mendapat sokongan majoriti.

"Namun, Tun Mahathir membuat pusingan U sekali lagi apabila beliau mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri untuk berlawan dengan saya. Allahuakbar. Jadi, cuba saudara dan saudari bayangkan. Adakah saya menikamnya dari belakang? Adakah saya khianat?

"Saya buat ini demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara saya. Saya bukan pengkhianat," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/228358/berita/politik/muhyiddin-jawab-tuduhan-tikam-belakang-tun-m

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bodohhya abahcow ni, bila dah takde sokongan yg cukup mmg kena letak jawatan sebagai formaliti utk melengkapkan proses tu. Klu dia tak letak memang nanti kena tekann jugak mcm anak dia kena, better sendiri letak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2022 04:43 PM | Show all posts
Edited by Orenn1 at 30-10-2022 08:45 AM

Takyah lah nak pusing2 cerita abahcow oiiii, semua org tahu dia n azmin buat langkahh shaithonirrajjims, korg dah sepakat nak form kjaan baru so kjaan ada tu dah jatuhhh, tun m tu satu aku puji bila dia tahu kjaan dia dah hilang sokongan dia terus letak jawatan, tak perlu korg nak tekannn2 dia nanti. Tak perlu acah2 nak letak kesalahan kjaan jatuh pada org lain abahcow oiiii, bukan semua org bodohhh! Phuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2022 04:49 PM | Show all posts
Bangsattt betulll manusia yg suka menipu ni, belit2 cerita. Hari ni aku encountered sorg forumer perangaiii suka menipu belit2 cerita ni, ni pasal abahcow pulakk. Aku mmg menyampahhh org yg suka menipu n belit2 cerita sebenar ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata Tun pulok...dipersilakan....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2 salah dap... dah boleh baca akai depa ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya ini semua skrip yg telah dirancang oleh Tun demi menghalang Anwar naik jadi PM. Berlakon je konon ada masalah dgn Din Pagoh.

Tun M bermatian tak nak Nuar jadi PM bukan sebab Nuar ni suka meliwat.... Tapi sebab Tun tau Nuar naik jadi PM habislah nasib dia dikerjakan Nuar yg akan balas dendam perbuatan Tun memenjara & mengaibkan dia seisi keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2022 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat lagi mahathir gatal burit cadangkan muhyiddin sebagai perdana menteri. Pak nyanyok lalok tiikam belakangnya sendiri lagi  mau salahkan orang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah2 la… memasing bersara elok. Kucar kacir berkelahi cam paria kena tinggal laki dek
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Azumu pulak bacul tahap sial suka hulur leher kat komando israel
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2022 05:43 PM | Show all posts
berlakon bergaduh lg la tu.... you still your grandfather lackey
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dan Takiyudin tu la yg tak nk bukak parlimen dulu kan kurung rakyat cam dlm reban ayam. Kerja si sembab ni la jgn buek2 lupo!

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketika itu Syed Songlap pula sibuk memperkayakan diri dengan duit parti yang sedang memerintah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 12:12 PM | Show all posts
keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak yidin kena sedar diri la.....ko naik pun sbb PH, lps sailang ko konfiden sgt rkyt sokong, tgok apa jd kt mlk & johor udah le
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah nak salahkan Dap lah..semua org tahu Icerd semua tu kerja kau dgn geng2 ko dlm Bersatu..semoga Abahcow dan Bersatu pupus lepas pru15

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2022 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Azmin Ali semburit pun kena tikam belakang dengan Haziq betul-betul masuk dalam lobang jubo dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2022 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ekceli geng2 bersatu ni mmg berlagak dan sial punya org. Semoga bersatu kena kambus dan lingkup ar pru nnti
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua reject datang ke bersatu...cukup2 lah. Harap kalah semua hilang deposit .dok sibuk jaga tepinkain orang enth bila berkerja untuk rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 12:15 AM | Show all posts
Begini lah kalau dpt pembangkang geng sendiri pun tikam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.073957 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list